Beberapa tahun lalu kemunculan penyanyi ini begitu fenomena. Maklumlah usia masih muda, tetapi lagu nyanyiannya menjadi siulan ramai dengan rentak muzik yang lain daripada yang lain. Dia juga ketika itu berjaya beraksi di pentas nyanyian yang lebih berprestij. Najwa Latif mula menceburkan diri di bidang ini sejak usianya 14 tahun. Walaupun sibuk dengan nyanyian, dia tidak pernah melupakan pelajarannya hinggalah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Sejak memasuki pengajian di universiti, Najwa memang memperlahankan aktiviti seninya. Dia lebih banyak memenuhi undangan nyanyian hanya di hujung minggu atau cuti panjang. Justeru namanya agak sedikit tenggelam namun peminat masih tidak lupakan lagu ‘Cinta Muka Buku’ yang menonjolkan namanya ketika itu.

Dan setelah beberapa tahun menimba ilmu, Ahad lalu dia berjaya bergelar graduan dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) sempena Istiadat Konvokesyen kali kelima di Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR).

Dalam posting yang dimuat turun di laman instagramnya, penyanyi ini berkata salah satu impiannya untuk tahun 2017 telah tercapai. Dia turut berkongsi kegembiraaanya itu bersama keluarga dan peminatnya.

IKLAN

Rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah dengan kejayaannya itu walaupun namanya bagaikan sabut sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Malah peminat turut memberi sokongan padu pada Najwa Latif yang memang kita tahu bukan sahaja bijak dalam akademik, tetapi juga cukup berbakat dalam bidang muzik. Malah setiap lagu nyanyian memberi inspirasi kepada generasi muda.

 

Walaupun sudah memperoleh ijazah sarjana muda (kepujian), Najwa tetap mahu menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Rupa-rupanya sejak September lalu, dia telahpun meneruskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Malaya dalam jurusan yang sama.

IKLAN

Sebelum itu dia berhasrat untuk menyambung pengajian di United Kingdom, tetapi hasrat terpaksa dilupakan kerana tidak sanggup berpisah dengan ibu tercinta, Zarina Saamah.

Katanya kepada Berita Harian Online, “Saya membatalkan hasrat untuk menyambung pelajaran di UK kerana keluarga. Ibu tidak sedap hati dengan keputusan saya untuk ke sana. Tambahan pula, saya tidak pernah belajar di tempat yang begitu jauh daripada mereka”.

IKLAN

Dia bagaimanapun tidak sesekali kecewa dengan keputusannya itu, malah menurutnya tidak kisah belajar di mana-mana asalkan dapat menuntut ilmu dan menimba pengalaman yang tersendiri.

Admin ucapkan semoga Najwa terus cemerlang dengan pengajiannya dan juga akan meneruskan minatnya dalam dunia muzik. Mungkin ada lagu baru nanti yang lebih memberi inspirasi akan disumbangkan oleh Najwa Latif

Link in the bio! ?

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NAJWA LATIF

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI