Kerohanian

Belum Berhijab ‘Sepenuhnya’, Namun Lia Natalia Punyai Hasrat Dan Sedang Berusaha Ke Arah Itu!

Share

Belum berhijab sepenuhnya! Ini pengakuan finalis rancangan realiti Pilih Kasih yang juga pelakon dan model wanita, Lia Natalia kini sering mengenakan hijab, hingga menimbul persoalan adakah si cantik manis itu kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik?

Malah, Lia juga kerap menghadiri majlis-majlis ilmu agama bersama rakan artis, sambil menggayakan busana patuh syariah seperti jubah dan bertudung litup.

Belum Berhijab Sedang Usaha Ke Arah Itu

 

Memetik hantaran kapsyen di ruangan Instagram milik Lia, jelitawan itu memaklumkan dirinya masih dalam fasa belajar dan belum berhijab sepenuhnya seperti yang didakwa netizen.

“Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada,” kata Lia.

Jelasnya lagi, gambar yang tular di media sosial adalah ketika menghadiri majlis ilmu agama, sekaligus menolak dakwaan dirinya kini sudah pun berhijab.

Namun, menurut lia, dia sememangnya ada menyimpan hasrat untuk ke arah itu dan memohon agar diberi ruang dan peluang untuk berubah secara perlahan-lahan dan kerana kemahuannya sendiri.

Artikel berkaitan: Wanita Berhijab Ini Cipta ‘Sejarah’ Wanita Palestin Pertama Menang Pilihanraya AS

“Saya memang nak bertudung tapi saya tak mahu perubahan itu dilakukan kerana saya mengikut trend atau fesyen serta melihat kawan-kawan bertudung.”

“Saya nak keputusan bertudung ini biarlah muktamad dan selama-lamanya. Tetapi buat masa ini saya belum bersedia ke arah itu,” jelasnya.

Terharu Terima Sokongan Penuh Peminat

Pada masa yang sama, Lia berkata dia merasa cukup terharu dengan komen-komen positif yang dilemparkan netizen kepadanya, malah Lia berharap agar para peminat sentiasa mendoakan agar dia menjadi lebih baik di masa hadapan.

“Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.

“Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat,” katanya.

Sebagai rekod, pada sambutan ulangtahun kelahiran yang ke-30 tahun, lia telah memuatnaik gambar dirinya tampil bertudung litup serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata positif serta mendoakan supaya dia mendapat hidayah untuk kekal berhijab.

Sumber: Instagram Lia Natalia

Artikel berkaitan: Tak Gusar ‘Putus Rezeki’ Nad Zainal Kini Berhijab, Contohi Noorkhiriah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir