Belum berhijab sepenuhnya! Ini pengakuan finalis rancangan realiti Pilih Kasih yang juga pelakon dan model wanita, Lia Natalia kini sering mengenakan hijab, hingga menimbul persoalan adakah si cantik manis itu kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik?
Malah, Lia juga kerap menghadiri majlis-majlis ilmu agama bersama rakan artis, sambil menggayakan busana patuh syariah seperti jubah dan bertudung litup.
Belum Berhijab Sedang Usaha Ke Arah Itu
Memetik hantaran kapsyen di ruangan Instagram milik Lia, jelitawan itu memaklumkan dirinya masih dalam fasa belajar dan belum berhijab sepenuhnya seperti yang didakwa netizen.
“Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada,” kata Lia.
Jelasnya lagi, gambar yang tular di media sosial adalah ketika menghadiri majlis ilmu agama, sekaligus menolak dakwaan dirinya kini sudah pun berhijab.
Ads
Namun, menurut lia, dia sememangnya ada menyimpan hasrat untuk ke arah itu dan memohon agar diberi ruang dan peluang untuk berubah secara perlahan-lahan dan kerana kemahuannya sendiri.
Pada masa yang sama, Lia berkata dia merasa cukup terharu dengan komen-komen positif yang dilemparkan netizen kepadanya, malah Lia berharap agar para peminat sentiasa mendoakan agar dia menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.
Ads
“Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat,” katanya.
Sebagai rekod, pada sambutan ulangtahun kelahiran yang ke-30 tahun, lia telah memuatnaik gambar dirinya tampil bertudung litup serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata positif serta mendoakan supaya dia mendapat hidayah untuk kekal berhijab.
Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya, jiwa manusia akan mati. Melayari bahtera bahagia sebuah rumahtangga juga memerlukan petunjuk dariNya, jadikan doa dan sunnah sebagai amalan untuk melayari keluarga bahagia.
Doa tradisi orang soleh
Semua perkara dalam kehidupan mempunyai doa khusus. Apatah lagi soal-soal yang besar seperti membina keluarga bahagia dan beriman. Itulah uniknya Islam. Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan, menerusi ayat-ayat dalam al-Quran.
Apakah doa yang harus diamalkan dalam rumah tangga? Kesejahteraan dan kerukunan berumah tangga adalah idaman setiap keluarga. Semua orang mahukan keluarga bahagia. Alangkah bahagia kiranya dapat suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni dan penuh ketakwaan terhadap Allah SWT.
Berikut himpunan doa yang mustajab diamalkan oleh suami isteri keluarga Islam untuk menjamin kelangsungan kehidupan keluarga bahagia lagi harmoni:
1. Doa Ketika Hendak Berjimak Dengan Isteri
Maksudnya:
Ya Allah, ya Tuhanku, hindarilah aku daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)
InsyaaAllah, jika pasangan itu memperoleh anak kelak, syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya.
2. Doa Mendapat Anak Soleh
Maksudnya:
Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)
3. Zikir Untuk Mendapat Anak
Maksudnya:
Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk
Perempuan yang lama berhasrat memiliki anak, bolehlah mewiridkan nama-nama (Asmaul Husna) di atas sebagai wirid harian.
4. Doa Untuk Mendapat Anak Yang Sempurna (Tidak Cacat)
Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
— Surah Ali-‘Imran ayat 38
5. Doa Agar Mendapat Anak Yang Berakhlak Mulia Dan Menghormati Ibu Bapa
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”
— Surah al-Ahqaf ayat 15
6. Doa Memperoleh Isteri Dan Anak-Anak Bertakwa
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
— Surah al-Furqan 74
7. Doa Mengekalkan Kasih Sayang Suami, Isteri & Anak-Anak Yang Terpisah Agar Tertambat Hati Antara Satu Dengan Yang Lain
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
— Surah Ali ‘Imran 200
Dibaca setiap kali solat fardhu.
8. Doa Kasih Sayang (Pelembut Hati Suami atau Isteri)
Maksudnya:
Taha (Hai Manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Allah yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy
— Surah Taha ayat 1-5
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
— Surah Asy-Syura ayat 19
9. Doa Keampunan Allah
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.
— Surah al-A’raf ayat 23
10. Doa Memohon Rahmat Dan Pimpinan Allah
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”
— Surah al-Kahfi ayat 10
11. Doa Menghindar Diri Daripada Perangai & Nafsu Jahat
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.
12. Doa Mendapat Hidayah Berkekalan Daripada Allah
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
— Surah Ali Imran ayat 8
13. Doa Mendapat Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
— Surah al-Baqarah ayat 201
14. Doa Keluar Rumah Agar Mendapat Perlindungan Allah Atas Harta Benda Dan Keluarga
Maksudnya:
Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.
15. Doa (Selawat) Mohon Rezeki Yang Luas Dan Akhlak Yang Baik
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dengan selawat yang melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami, begitu juga (selawat ini dikurniakan) atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah kesejahteraan (kepada mereka).
16. Doa Melindungi Anak-Anak Daripada Gangguan Syaitan
Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit)
17. Bacaan Untuk Menolak Gangguan Syaitan
Maksudnya:
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada penipuannya, bisikannya dan godaaannya.
18. Doa Ketika Marah
Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam
19. Doa Mengawal Diri Daripada Sifat Panas Baran
Maksudnya:
Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, air embun, dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.
20. Doa Ketika Ditimpa Musibah
Maksudnya:
Sesungguhnya kami milik Allah dan KepadaNya kami akan kembali (pada hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala pada musibahku dan gantilah aku dengan lebih baik daripadanya (musibah itu)
21. Doa Memohon Akhlak Yang Baik
Maksudnya:
Ya Allah, sepertimana Engkau telah mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku.
Semoga perkongsian ini menjadi manfaat kepada semua. Insyallah!
Pakaian sukan mesra hijab telah diabaikan sejak sekian lama dan budaya gim dan kelab bersama menyukarkan wanita Islam untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan fizikal. Akhirnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa jenama lokal dan antarabangsa pakaian aktif telah muncul. Ini bermakna berjuta-juta wanita kini boleh bersaing dalam sukan yang mereka gemari.
Jenama sukan global PUMA telah secara rasminya melancarkan PUMA Hijab baharunya di Malaysia, sekaligus menunjukkan komitmen PUMA dalam memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. Produk ini merupakan hijab sukan pertama keluaran PUMA, dengan rekaan tempatan khusus untuk membantu wanita berhijab bergerak dengan lebih bebas dan selesa sepanjang hari, terutamanya semasa menjalani rejim kecergasan dan senaman mereka.
Dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen #FlexHijabku oleh PUMA, PUMA Hijab ini diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi yang ringan dengan pengudaraan yang baik untuk menawarkan fleksibiliti dan versatil. Selain itu, produk ini juga direka dengan teliti bukan sahaja untuk kegunaan di trek, padang, gelanggang mahupun gim, malah pakaian harian yang bergaya dan selesa.
Hijab sukan yang bersatil
Memandangkan masyarakat kini sudah mula kembali ke dunia luar secara beransur-ansur selepas sekatan pergerakan, menggayakan pakaian yang tepat mampu memberikan perbezaan ketara dalam menjalani semula aktiviti harian. Justeru itu, PUMA Hijab direka selari dengan idea tersebut, iaitu menawarkan hijab sukan yang versatil bukan hanya sesuai untuk aktiviti sukan dan kecergasan, tetapi juga sebagai pelengkap kepada pakaian kasual harian
PUMA Hijab boleh didapati di kedai Al-Ikhsan, yang juga merupakan pengedar eksklusif PUMA Hijab di Malaysia. Dengan adanya produk ini rakyat Malaysia bersemangat untuk menangani perubahan tempo dalam norma baharu in.
Ciri-ciri patuh syariah
Menjadi tanda faktor penting untuk wanita islam menyarungkan hijab dengan patuh syariah walaupun menjalani aktiviti bersukan. Hijabi tidak perlu gusar, ukuran panjang PUMA Hijab direka melepasi bahagian dada untuk labuh yang mencukupi dan selesa, antara ciri yang tidak dimiliki oleh kebanyakan hijab sukan lain. Tambahan lagi, hijab ini juga direka khas dengan bukaan kecil pada kedua-dua belah supaya penggunaan fon telinga adalah ergonomik dan lebih mudah.
Sebagai produk edaran eksklusif Al-Ikhsan Sports, hijab ini kini boleh didapati di semua kedai Al-Ikhsan Sports dan di alikhsan.com pada harga RM89 sahaja. PUMA Hijab hadir dalam warna hitam, dengan saiz S dan M.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa kata tugas sebagai isteri itu hanya duduk goyang kaki di rumah. Dialah doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak.
Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya.
Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini.
Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...