Belum Ada Rezeki Dapat Zuriat, Beby Tora Tora Minta Netizen Kongsi Tip Kehamilan

Share

Baru-baru ini, personaliti Instagram iaitu Beby Tora Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie ada berkongsikan sebuah video yang menyentuh hati berkenaan hasratnya untuk menghadiahkan zuriat sendiri buat suami tercinta. 

Mengucapkan terima kasih kepada suami, Muhammad Hafis Al Hafus Johari, kerana sentiasa ada di sisi dan bersabar dengannya, Atierah juga berharap dia dan suami serta pasangan di luar sana yang belum mempunyai anak akan dikurniakan zuriat suatu hari nanti.

Atierah bersama suaminya telah bernikah pada 11 Mac 2019.
Di ruangan kapsyen, dia juga membuka ruang bagi pengikut-pengikut laman Instagramnya untuk berkongsikan tip bagi mudah mendapatkan cahaya mata.

Mana tahu kakak-kakak mahu berkongsi tips untuk adik-adik yang masih menanti zuriat di ruangan komen 🙂

terima kasih DM dan semangat yang diberi

Ramai yang membantunya dengan berkongsikan tip selain mendoakan agar dia dan suami cepat-cepat dikurniakan zuriat. InsyaAllah Atierah, moga akan datang rezeki buatmu!

sumber: instagram @beby_toratora

Published by
Team Hijabista