Bella Yakin Emran Boleh Jadi Imam Yang Baik & Baru 4 Hari Kahwin Pasangan Ini Didoakan Agar Cepat Dapat Baby. Insya-Allah

Share

Setelah sekian berteka-teki tentang hubungan mereka di mata umum, Jumaat lepas tepat jam 6.57 petang, sah sudah pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cyhthia Bella, 29 tahun, bergelar isteri kepada Engku Emran, 42 tahun.

Hanya dengan sekali lafaz, mereka disatukan di sebuah hotel di ibu kota dan turut disaksikan oleh anak tunggal Engku Emran, Engku Aleesya. Dalam majlis itu Engku Emran menyerahkan wang mas kahwin RM300 juga lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang dari Bella.

Walaupun hanya dibuat secara tertutup tetapi ia turut dihadiri oleh sanak saudara dan teman-teman rapat kedua-duanya.

Terpancar seri kebahagiaan di wajah masing-masing kerana pertemuan kedua-duanya adalah dalam masa cukup singkat.

Kelihatan berseri sekali pengantin baru mengenakan busana putih di majlis pernikahan dan juga turut mengenakan pakaian tradisional Minangkabau untuk majlis sanding di sebelah malamnya.

 

Tidak sampai seminggu bergelar suami isteri, pasangan sama cantik sama padan ini selain dihujani ucapan tahniah, rakan-rakan baik juga turut mendoakan pasangan ini cepat dapat baby termasukkan bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira.

Nampaknya ramai yang tak sabar untuk melihat zuriat hasil perkongsian dua hati ini yang berlainan negara tetapi serumpun. Pastinya akan mewarisi kecantikan ibu dan ayahnya kelak. Apa yang menyeronokkan Engku Aleesya pastinya nanti akan ada teman untuk bermain.

 

Bella dalam laman instagramnya turut memberitahu, dia begitu ikhlas dapat dipertemukan dengan Engku Emran dan hanya sekitar 5 bulan lalu. Mereka juga ketika itu hanya ada masa sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan dengan izin Allah. Bella turut berterima kasih kepada Allah atas perjalanan yang cukup indah itu.

 

Sebelum itu dalam post terdahulu Bella mengakui jatuh hati melihat cara Engku Emran yang dipanggil abang mencintai Allah, caranya mencintai Bella dan juga mencintai keluarganya.

Juga cara Engku Emran menyayangi Aleesya dan memang inilah ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai Imamnya yang mampu memimpin dan melindungi dirinya kelak hingga ke syurga.

Posting Bella ini mendapat lebih 1 juta ‘like’ daripada pengikutnya dan rakan artis lain seperti Nora Danish dan juga Hafiz Hamidun.

 

Semoga keduanya dapat melayari fasa baru dalam kehidupan ini dengan penuh indah dan bahagia sekali dengan limpahan kasih sayang dan keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA DANISH & LAUDYA CYNTHIA BELLA

 

 

Published by
Siti Zurina