Setelah sekian berteka-teki tentang hubungan mereka di mata umum, Jumaat lepas tepat jam 6.57 petang, sah sudah pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan, Laudya Cyhthia Bella, 29 tahun, bergelar isteri kepada Engku Emran, 42 tahun.
Hanya dengan sekali lafaz, mereka disatukan di sebuah hotel di ibu kota dan turut disaksikan oleh anak tunggal Engku Emran, Engku Aleesya. Dalam majlis itu Engku Emran menyerahkan wang mas kahwin RM300 juga lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang dari Bella.
Walaupun hanya dibuat secara tertutup tetapi ia turut dihadiri oleh sanak saudara dan teman-teman rapat kedua-duanya.
Terpancar seri kebahagiaan di wajah masing-masing kerana pertemuan kedua-duanya adalah dalam masa cukup singkat.
Kelihatan berseri sekali pengantin baru mengenakan busana putih di majlis pernikahan dan juga turut mengenakan pakaian tradisional Minangkabau untuk majlis sanding di sebelah malamnya.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Tidak sampai seminggu bergelar suami isteri, pasangan sama cantik sama padan ini selain dihujani ucapan tahniah, rakan-rakan baik juga turut mendoakan pasangan ini cepat dapat baby termasukkan bekas isteri Engku Emran, Erra Fazira.
Nampaknya ramai yang tak sabar untuk melihat zuriat hasil perkongsian dua hati ini yang berlainan negara tetapi serumpun. Pastinya akan mewarisi kecantikan ibu dan ayahnya kelak. Apa yang menyeronokkan Engku Aleesya pastinya nanti akan ada teman untuk bermain.
Ads
Bella dalam laman instagramnya turut memberitahu, dia begitu ikhlas dapat dipertemukan dengan Engku Emran dan hanya sekitar 5 bulan lalu. Mereka juga ketika itu hanya ada masa sebulan untuk membuat persiapan perkahwinan dengan izin Allah. Bella turut berterima kasih kepada Allah atas perjalanan yang cukup indah itu.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Sebelum itu dalam post terdahulu Bella mengakui jatuh hati melihat cara Engku Emran yang dipanggil abang mencintai Allah, caranya mencintai Bella dan juga mencintai keluarganya.
Juga cara Engku Emran menyayangi Aleesya dan memang inilah ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai Imamnya yang mampu memimpin dan melindungi dirinya kelak hingga ke syurga.
Ads
Posting Bella ini mendapat lebih 1 juta ‘like’ daripada pengikutnya dan rakan artis lain seperti Nora Danish dan juga Hafiz Hamidun.
A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Semoga keduanya dapat melayari fasa baru dalam kehidupan ini dengan penuh indah dan bahagia sekali dengan limpahan kasih sayang dan keberkatan dari Allah SWT. Insya-Allah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA DANISH & LAUDYA CYNTHIA BELLA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita dan aksesori tidak dapat dipisahkan. Sama juga seperti padanan solekan yang sempurna, pilihan aksesori yang betul boleh menjadikan keseluruhan gaya anda lebih menyerlah dan ‘on-point’. Terdapat pelbagai jenis dan rekaan aksesori yang dijual di pasaran dari pelbagai jenama dan harga. Daripada anting-anting hinggalah kepada gelang kaki, semuanya dijual demi memenuhi kehendak pelanggan wanita yang mengidamkan kecantikan dalam penggayaan.
Namun, berapa ramaikah yang benar-benar tahu cara untuk menjaga barangan kemas atau aksesori anda? Ramai yang memilih untuk menukar kepada yang baru apabila aksesori sudah mula berkarat dan tidak lagi bersinar. Sebenarnya, mudah sahaja untuk anda menjaga barangan kemas mahupun aksesori anda untuk sentiasa tampak berkilat dan cantik. Hanya lakukan beberapa langkah di bawah ini, pastinya aksesori anda tampak seperti baru sahaja dibeli.
1. Jauhkan daripada bahan kimia mahupun asid.
Tahukah anda, sebenarnya bahan peluntur dan klorin boleh merosakkan barangan kemas dan aksesori? Ia boleh menghilangkan kilauan dan merosakkan permukaan produk.
Sekiranya mahu berenang di kolam renang yang penuh dengan kandungan klorin, pastikan anda membuka dahuku barangan kemas dan aksesori anda. Bukan itu sahaja malah, anda juga turut digalakkan membuka barangan emas kerana sewaktu mengemas rumah kerana ia terdedah dengan bahan kimia untuk mencuci pakaian, lantai atau perabot rumah boleh merosakkan emas. Untuk langkah yang baik, pakailah sarung tangan ketika kerja membersih untuk melindungi barangan emas seperti cincin dan gelang.
2. Jangan biarkan semburan minyak wangi terkena aksesori anda!
Pasti ramai yang tidak tahu berkaitan hal ini! Sebenarnya minyak wangi pun boleh merosakkan struktur barangan kemas ataupun aksesori anda tahu! Ia boleh memudarkan warna kerana sifatnya yang beralkohol. Trik yang terbaik, usah sembur minyak wangi sewaktu anda memakai barangan akesesori anda. Pakai selepas beberapa minit anda menyemburkan minyak wangi anda. Selain daripada itu, cuba tumpukan semburan ke bahagian kulit dan elakkan ia mengalir dan terkena barangan emas sama ada pada leher, lengan atau telinga.
3. Rajin cuci barangan kemas secara konsisten.
Sama juga seperti pakaian, barangan kemas atau aksesori juga harus selalu dicuci untuk memastikan kotoran termasuk sel kulit mati tidak melekat padanya. Jika anda tidak mahu mencucinya sendiri di rumah, hantarkan barangan anda ke kedai. Selalunya, jenama-jenama seperti Pandora menyediakan perkhidmatan untuk mencuci barangan kemas ataupun aksesori yang dibeli dari butik mereka.
Sekiranya mahu ia kelihatan berkilauan seperti baru, anda juga boleh melakukan proses mengelap pada aksesori anda.
4. Jangan bawa jika ingin mandi.
Ini berlaku apabila ramai yang malas untuk menanggalkan barangan kemas ataupun aksesori anda!Sebenarnya, apabila anda memakai barangan kemas ketika mandi, ia akan menyebabkan warna produk menjadi pudar kerana produk mandian seperti sabun badan, pencuci muka, syampu ataupun pelembap rambut mungkin mengandungi bahan kimia.
Jadi, lebih baik anda menanggalkan barangan perhiasan itu dan hanya dipakai semula selepas semburan minyak wangi. Mudah kan?
5. Menyediakan kotak simpanan yang sesuai
Khas untuk anda yang terkenal dengan sifat pelupa, lebih baik jika anda sediakan sebuah kotak yang membolehkan anda meletakkan kesemua barangan perhiasan anda. Bukan sahaja ia bagus untuk tidak hilang ataupun tercicir, tetapi ia juga dapat memastikan kualiti produk terjaga dan rapi. Sekurang-kurangnya ia tidak terdedah kepada persekitaran yang melunturkan kilauannya.
Kotak barangan kemas yang sempurna mempunyai bahagian dalaman yang dibalut dengan kain untuk mengelak barangan emas daripada tercalar.
Anda juga perlu memastikan ketika disimpan, barangan perhiasan tidak terbelit atau berada terlalu hampir sehingga boleh bergeser antara satu sama lain.
6. Konsisten memeriksa kondisi barangan perhiasan anda!
Keadaan barangan kemas perlu sentiasa diperiksa terutama pada bahagian cangkuknya yang boleh rosak jika emas dibuka dan dipakai berulang kali.
Sekiranya cangkuk sudah lemah, barangan kemas boleh tercicir tanpa disedari terutama apabila sibuk melakukan urusan.
Cara Untuk Mengekalkan Kilauan Emas
1)Elakkan emas anda daripada terkena sabun(semasa membasuh pinggan mangkuk)dan klorin(terutamanya di kolam renang)kerana ia lama kelamaan akan memudarkan emas anda.
2)Jangan disimpan atau diletakkan bersama atau berdekatan dengan alat mekap seperti minyak wangi,gincu dan lain-lain.Kerana tindakbalas kimia(alat mekap) akan berlaku dengan barang emas,akan menyebabkan berlakunya tompokan kehitaman dan lain-lain.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Video muzik Siapa Tak Mahu merekodkan lebih lebih 1.8 juta tontonan selepas setakat hari ini selepas beberapa hari dilancarkan di YouTube, ramai yang memuji video muzik ini bertaraf antarabangsa.
Video arahan Ghazi Maslan yang menampilkan Bintang Paling Popular, (ABPBH) Ke-32 Mira Filzah dan bakat baharu, Hun Haqeem menjadi tarikan hingga jumlah tontonan tinggi direkodkan.
Ibu kepada Siti Aafiyah Khalid ini juga mengaku teruja menunggu pelancaran video muzik berkenaan di saluran YouTube rasminya. Rata-rata berpuas-hati dengan penampilan kedua-dua selebriti dan jalan cerita video muzik ini menjadi tarikan ramai.
Penampilan Cukup Berbeza
Berbicara mengenai penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza di dalam video muzik lagu ciptaan John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna dan Omar K itu menjadi video muzik pertama menggunakan banyak persalinan.
Apa yang menarik pemerhatian ramai persalinan berwarna putih yang direka khas pereka muda Kel Wen yang kini kian melonjak naik. Umum ketahui Kel Wen adalah pereka dan pengarah kreatif di bawah label Behati antara insan kreatif di sebalik pembikinan video muzik penyanyi cilik Erni Zakeri.
Berpeluang mereka baju untuk ikon Malaysia adalah senarai impian dalam karier seninya. Gaun putih yang diilhamkan ‘Leg of Mutton’ klasik dari era Victoria, lengan baju yang besar, membuatnya lebih dramatik dengan lipit. “Saya tidak mahu ia kelihatan seperti kostum Victoria atau pakaian pengantin jadi saya menambah kolar dan butang yang terbuka di depan supaya kelihatan lebih moden” , ujar Kel.
“Yang sukar dipercayai ialah kami membuat pakaian ini dalam 41 jam” menurut Kel dalam temubual bersama hijabista. Reka bentuk persalinan dipersetujui pada hari Ahad 12 pagi, Isnin 5 petang, Kel bersama team berkerja keras untuk menyiapkan persalalinan berwarna putih khas untuk dipakai oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Persetujuan saat akhir dari kedua-dua pihak tidak mematahkan semangat Kel, malah pelbagai cabaran disambut dengan tenang. Walaupun kesuntukan masa, hasilnya memang wow. Kel tidak berpeluang fitting baju sebelum peringkat terakhir rekaan, kebimbangannya ialah takut persalinan tidak padan dengan penyanyi tersohor Malaysia.
Di dalam Video muzik ini Dato Siti kelihatan langsing. “Ya kerana pemotongan dan bahagian lengan dan skirt yang besar, ini membuktikan bahawa memakai sesuatu yang terlalu besar tidak semestinya membuat anda kelihatan besar, tetapi memberikan ilusi untuk menjadikan badan anda lebih kecil” ujar Kel dalam sesi perbualan bersama hijabista.
“Cabaran terbesar adalah warna putih, kerana biasanya putih kan nampak besar, Tokti pun sangat risau, selalu orang menganggap hitam je yang selamat, tetapi bergantung pada reka bentuk dan fabriknya. Saya menggunakan taffeta sutera berkilat putih untuk gaun baju ini.”
Sekiranya anda perhatikan bagaimana saya merancang skirt itu, tidak ada garis pinggang mendatar, lipatan yang anda nampak itu sebenarnya adalah poket, dan ia dibina dalam bentuk bergelombang menegak untuk menjadikan pinggul kelihatan lebih kecil. Memang rekaan ini Nampak lain dari lain dengan keunikan perjalanan video muzik ini.
Lagu Moden Elemen Traditional
Diterbitkan oleh Zeel Production dan mendapat sentuhan pengarah Ghazi Maslan, video muzik Siapa Tak Mahu adalah lagu moden yang rancak, namun diulit dengan elemen tradisional di bahagian tengahnya. Sudah pasti lagu-lagu penyanyi tersohor ini turut menyelitkan unsur-unsur nasihat yang disampaikan dalam bentuk peribahasa.
Ditanya mengenai harapannya untuk video muzik Siapa Tak Mahu, Siti mengharapkan ia mendapat sambutan baik daripada peminat. Debaran menanti pelbagai reaksi peminat, ini perasaan beliau dalam temubual bersama metro,
“Saya berdebar kerana tidak tahu bagaimana reaksi peminat. Saya pasti dalam keberanian membuat sesuatu yang baharu, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Hidup ini bukan senang hendak memuaskan hati semua orang.
“Namun, sebaik melihat komen positif peminat dan penggemar muzik, ia memberi kelegaan,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Beberapa kawasan kering dan yang lain dengan minyak berlebihan, sukar untuk mencari produk yang sesuai pastinya anda yang mempunyai kulit kombinasi.
Menggunakan serum sebagai contoh, pasti tompok-tompok kering pada kulit anda boleh berfungsi dengan baik dengan beberapa lapisan serum yang menghidrat. Tetapi menerapkan formula yang sama pada T-Zone yang memerangi pengeluaran minyak yang berlebihan, mungkin kelihatan seperti sukar diuruskan.
Itu tidak bermakna anda harus melangkau langkah sama sekali. Ingat! Kulit berminyak memerlukan penghidratan untuk memastikan pengeluaran sebum tetap terkawal. Di bawah ini hijabista kongsikan cara aplikasi serum yang betul dan serum peningkatan kecantikan yang sesuai untuk anda yang meiliki kulit kombinasi .
Bagaimana Cara Aplikasi Serum Dengan Betul
1. Bersihkan muka terlebih dahulu
Sebelum menggunakan serum, cuci muka dengan pencuci muka atau skrub. Basahkan wajah anda, kemudian urut cuci muka di dahi, pipi, hidung, dan dagu. Gerakkan jari dengan gerakan kecil dan bulat, kemudian bilas muka. Mencuci muka akan menghilangkan kotoran dan minyak degil, sementara pengelupasan masuk ke liang roma anda untuk membersihkan yang mendalam. Untuk hasil terbaik, cuci muka setiap hari dan mengelupas kulit anda 3-4 kali seminggu. Jangan gunakan pengelupasan manual dan pengelupasan kimia seperti asid glikolik pada hari yang sama.
2. Sapukan 1 titis ke setiap bahagian wajah anda.
Jumlah serum yang anda gunakan akan berbeza bergantung pada konsistensi ramuan. Semasa menggunakan serum yang lebih nipis, anda hanya memerlukan sedikit sahaja. Sapukan 1 titis ke jari, kemudian gosokkan ke pipi. Ulangi ini untuk pipi yang lain, serta kawasan dahi dan hidung / dagu anda. Gosokkan serum dengan perlahan ke atas.
3. Hangatkan 3-5 titis di tangan anda sebelum menggunakan serum pekat ke wajah.
Serum yang lebih padat perlu dipanaskan sebelum anda menggunakannya. Untuk melakukan ini, titiskan beberapa titis ke telapak tangan, kemudian gosokkan tangan bersama-sama. Ini juga mengagihkan produk pada kedua tangan anda. Kemudian, gunakan gerakan menekan yang lembut untuk mengoleskan serum ke wajah. Tutup kedua pipi, dahi, hidung, dan dagu.
4. Pupuk kulit anda dengan lembut selama 30-60 saat sehingga serum diserap.
Setelah anda menggosok serum ke kulit anda, letakkan jari di pipi dan tekan kulit anda dengan gerakan bulat kecil. Ulangi ini ke seluruh wajah anda selama kira-kira satu minit. Dengan cara ini, serum akan menyerap jauh ke dalam kulit anda.
5. Tunggu satu minit untuk menggunakan pelembap di seluruh wajah.
Serum akan larut ke dalam kulit anda selepas kira-kira satu minit. Kemudian, masukkan pelembap berukuran kecil ke tangan dan gosokkannya ke dahi, pipi, hidung, dan dagu. Pelembap menutup semua sifat khasiat serum, jadi kulit anda akan kelihatan berseri dan bersinar dalam masa yang singkat.
Sekiranya anda melakukan ini pada waktu pagi, anda boleh memakai solekan anda selepas anda menggunakan pelembap. Beri pelembap hanya satu minit lagi untuk kering sebelum memulakan rutin solekan anda.
Rawatan semalaman, cubalah Squalane + Phyto-Retinol Serum by Biossance. Serum ini mengandungi bakuchiol yang membantu mengurangkan kedutan dan meratakan warna dan tekstur kulit anda. Sekiranya anda mencari alternatif retinol, inilah yang sesuai untuk anda.
Jenis kulit berminyak dan kombinasi lebih cenderung pada liang pori yang kelihatan membesar kerana pengeluaran minyak yang lebih kerap. Tetapi jangan risau, Effaclar Serum mengecilkan liang dengan asid glikolik dan asid lipo-hidroksi, dapat membantu mengetatkan penampilan liang, tekstur kulit yang halus dan meningkatkan cahaya.
Serum ini adalah pilihan yang tepat jika anda mempunyai kulit kombinasi dan ingin mengatasi tanda-tanda dan perubahan warna selepas jerawat. Rumusan ini mengandungi bahan pencerah seperti ekstrak akar licorice dan niacinamide, serta retinol terkapsul yang dilepaskan masa untuk mengurangkan penampilan pori-pori besar dan meningkatkan kehalusan kulit.
Serum ringan ini diformulasikan secara unik dengan pro-vitamin B5 dan ceramide nanas untuk menarik dan menahan kelembapan pada kulit anda. Kompleks kulit tembikai, epal, dan lentil menyediakan penghidratan berterusan selama dua puluh empat jam, ekstrak burberry menenangkan kulit kering dan polimer natrium hyaluronat melindungi daripada radikal bebas. Tekstur dan garis halus yang tidak rata akan kelihatan suram dan kulit anda akan kelihatan lebih cerah, sihat, dan lebih awet muda dengan setiap aplikasi. Formula yang serasi dengan bio ini mudah menembusi sebarang jenis kulit, tanpa mengganggu keseimbangannya.
5. THE INKEY LIST Niacinamide Face Serum
Vitamin B3 yang terdapat secara semula jadi ini, Niacinamide, adalah pilihan yang bagus untuk kulit yang rentan noda kerana ia membantu mengurangkan minyak dan kemerahan yang berlebihan. Diformulasikan dengan Asid Hyaluronik 1%, ia juga membantu menenangkan dan menghidrat kulit. Memperbaiki penampilan kulit rawan cela dengan serum harian ini.
Formula sokongan hidrasi ringan dan pekat dengan 17 peratus asid amino dan lima peratus vitamin B5. Serum Ringan Bahan-bahan yang terkandung seperti asid amino menngekalkan kelmbapan semula jadi kulit dan memberikan sokongan penghalang yang lebih baik, keanjalan, dan keseimbangan. Manakala vitamin B5 untuk memberikan penghidratan permukaan dan bawah permukaan sambil membantu fungsi pembaikan kulit dan anti-iritasi.
Serum dwi prebiotik & probiotik untuk menghasilkan kulit yang lebih tegang, lebih anjaldan berseri. Dikenali dengan formulasi inovatif mereka, Neogen telah membuat duo serum anti-penuaan dua pam ini untuk meningkatkan fungsi penghalang kulit semula jadi dan mengembalikan tahap pH kulit agar kelihatan sihat dan terhidrat. Diformulasikan dengan fermentasi mesra kulit dalam bentuk probiotik dan prebiotik, termasuk lebih dari 20% lactobacillus ferment lysate, untuk mewujudkan persekitaran berasid yang optimum untuk kulit dan membantu melicinkan dan menggebukan garis-garis halus dan kedutan.
Serum cenderung menjadi antara jenis produk penjagaan wajah yang lebih mahal. Adakalanya sampai tidak terjangkau harganya. Serum Bio-Essence ini terbaik dari drugstore, formula kompleks bio-energy yang unik menggunakan Bio-Gold 24K mewah untuk memperbaiki dan menjana semula kulit, melambatkan proses penuaan pramatang. Sementara itu, ekstrak mawar Jepun menyempurnakan pori-pori besar sambil menawarkan penghidratan yang mencukupi.
Sekiranya kulit anda mudah teriritasi atau meradang, Cicapair Serum adalah penyelesaian untuk jenis kulit yang paling sensitif. Rumusannya yang luar biasa menggunakan penggunaan Centella Asiatica, bahan yang telah didokumentasikan dengan baik untuk memberi manfaat yang menenangkan pada kulit, dan sangat berguna untuk melindungi dan mendorong pertumbuhan semula kulit yang rosak dan sensitif.
Teh hijau telah lama menjadi ramuan untuk menghilangkan kulit yang kering. Serum ini dibungkus dengannya asid amino dan mineral yang menghidrat. Air Teh Hijau Segar 2.0 yang unik juga memberikan formula ini sedikit lebih banyak, menawarkan khasiat dan pelembapan 3.5 kali ganda untuk penghidratan dan perlindungan yang optimum.
Biarkan setiap pagi terasa seperti pagi yang indah dengan Pixi Overnight Glow Serum. Dalam tidur anda, serum ini bekerja keras untuk mengelupas sel-sel kulit mati sambil mengeluarkan bahan-bahan yang menyukai kulit seperti vitamin A, C dan E. Nutrien dari ekstrak timun dan lidah buaya juga memberi kulit anda R&R yang diperlukannya, menenangkannya agar lebih cerah dan penampilan yang lebih segar pada keesokan harinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...