Kecantikan

Bella AlYahya Kongsi Video Petua Cantik Guna Tomato Untuk Kekal Awet Muda Seperti Arwah Umminya

Share

Kesibukan bekerja kini menyebabkan kita tidak begitu mementingkan penjagaan kuit wajah. Akibatnya wajah akan menjadi kusam, tidak berseri hingga menyebabkan ada yang nampak lebih tua dari usia sebenar. Bagi pemilik jenama Bella Ammara, Syarifah Nabilla Al Yahya, atau dikenali Bella ini seorang yang begitu menjaga kecantikan kulit wajahnya.  Seperti orang lain dia juga pernah mengalami masalah jerawat tetapi pesanan arwah uminya supaya menjaga kulit wajah. Arwah ibunya merupakan sumber inspirasi untuknya mementingkan penjagaan wajah.

Menurut Bella walaupun usia umminya ketika itu sudah 40 tahun, tetapi ramai yang ingat dia adalah kakak. Bagi Bella lagi semua insan dilahirkan cantik tetapi cara pemakanan dan penjagaan kulit wajah memainkan peranan sangat penting.

Tambah Bella lagi jika seseorang itu memang cantik tetapi tidak jaga dari awal lama-lama kulit akan cepat berkedut, naik jeragat, jerawat dan banyak lagi masalah kulit lain. Apatah lagi faktor gaya hidup dan cuaca yang juga penyumbang kepada punca masalah kulit.

Artikel Berkaitan: Kongsi Tip Jadi Jutawan Muda & Bina Empayar Sendiri

Justeru ibu muda ini menyarankan bagi mereka yang tidak ada masa boleh membuat ‘face spa’ di rumah dengan melakukan skrub menggunakan tomato. Skrub ini adalah untuk menghilangkan kotoran atau menanaggalkan sel kulit mati. Selain dibuat skrub, tomato juga boleh dimakan begitu sahaja.

Bella tidak lokek berkongsi cara membuat face mask menggunakan tomato di laman sosialnya. Tomato ini dicampur dengan madu atau minyak zaitun dan boleh juga dibuat dalam bentuk ais atau cara lain.

Dalam video yang ditonton 132K ini Bella menunjukkan cara paling senang dan murah untuk membuat paper face mask. Caranya hanya menggunakan kertas tisu dan tomato. Ini kerana bahagian tomato memang berair dan boleh terus sahaja sapu dan lekap pada wajah.

Cara ini sangat senang dan menurut Bella boleh dibuat ketika sedang melihat televisyen atau sebelum tidur. Hasilnya kulit akan jadi lembap dan licin

. Dia juga turut berpesan kita kena rajin untuk mendapat kulit yang cantik. Dia juga menasihatkan agar membuat face mask ini sebulan sekali jika masa terluang.

Untuk pengetahuan Bella sekarang sedang mengandung anak keduanya yang dijangka akan dilahirkan tidak lama lagi. Selain rajin membuat face spa di rumah, Bella juga turut mengamalkan minum air kosong untuk menjaga kecantikan dirinya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM BELLA ALYAHYA

 

 

 

Published by
Siti Zurina