Inisiatif pengacara dan pelakon, Sarah Hildebrand membelikan sejadah pelbagai kegunaan buat suaminya, Otto Gillen yang merupakan seorang mualaf mendapat perhatian ramai.
Bukan niat membuat iklan, Sarah menjelaskan perkongsiannya itu adalah bagi membantu mereka yang baru belajar solat ataupun buat mereka yang ingin membaiki kualiti solat mereka.
Ini bukanlah iklan berbayar dan bukan juga saya yang menjualnya. Tetapi saya berkongsikan ini buat mereka yang berminat untk membeli sejadah ini buat mereka yang baru memeluk islam, kanak-kanak mahupun seseorang yang mahu memperbaiki solat mereka.
Ia dipanggil My Prayer Mat by Tenfold. Anda bolehlah membelinya atau dermakan sejadah ini di laman web mereka. https://www.tenfold.ngo/shop/
Harap membantu!🖤
Menariknya, di sejadah itu tertera segala panduan yang perlu dilakukan oleh seseorang itu ketika sedang solat. Dengan ini, perlahan-lahan mereka akan mudah belajar menunaikan solat dengan betul.
Sebagai info, Sarah,30, telah berkahwin dengan Otto yang berdarah campuran Fillipina dan Amerika itu pada 3 November tahun lalu.