Beli ‘Perfume’ Mahal Tak Tahan Lama? Cuba Teknik ‘Layering’ Mesti Semerbak Baunya!

Share

Sedihkan sis bila dah beli perfume mahal-mahal tapi bau tetap hilang tak sampai separuh hari. Nak re-apply balik pun kita akan fikir berkali-kali takut cepat pula habis perfume yang mahal itu.

Teknik semburan pada nadi dah cuba, tetap sama. Pernah dengar pasal layering perfume? Ha, ini mungkin jadi solusi kepada masalah perfume yang cepat hilang baunya!

Artikel berkaitan: Keliru Dengan Haruman Bunga Minyak Wangi, Kenali Dahulu Jenis-Jenis Aroma Sebelum Membeli. Paling Sempurna!

‘Layering’ Untuk Haruman Berpanjangan

Siapa sahaja tidak tahu cara pemakaian perfume gaya pempengaruh Khainina Khalil. Dia juga turut berkongsi di TikTok cara anda ‘layering perfume’ untuk bau yang tahan lama!

Pakai ‘OilAtau Losen Pewangi

Penggunaan ‘oil perfume‘ atau losen boleh membuatkan bau wangian anda tahan lebih lama. Ia juga berpotensi mengekalkan setiap semburan wangian anda. Jadi anda perlu mencari satu produk ‘oil perfume‘ atau losen pewangi yang serasi dengan citarasa anda.

Cara penggunaan pula adalah sejurus anda habis mandi, sapukan pada setiap bahagian nadi. Letakkan di leher dan juga lengan anda untuk ratakan produk itu secara menyeluruh.

Gunakan ‘Base Perfume’ Pilihan Anda

Seperti Khainina, dia akan menggunakan kombinasi pewangi EDP ‘Eau De Parfum’ dan EDT ‘Eau De Toilette’ sebagai base perfume untuk tambahkan lagi wangian yang berpanjangan.

Tujuannya menggunakan gabungan kedua jenis wangian ini adalah untuk menyatukan satu kombinasi bau yang lebih menarik! Tapi anda juga boleh menggunakan salah satu sama ada EDP atau EDT sebagai base!

Artikel berkaitan: Minyak Wangi Yang Sesuai Untuk Diri, Ada Cara Untuk Pilih

Caranya, Khainina akan pakai dua jenis bau yang berbeza sebagai contoh EDP ada bau seperti Vanilla dan EDT pula mempunyai bau bunga. Kedua campuran itu akan memberikan satu bau yang cukup menarik dan menjadi signifikasi buat diri anda!

@khaininakhalil Replying to @Daisy Lens ♬ original sound – Khainina Khalil

Sumber: TikTok @khaininakhalil

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee