Wanita dan beli belah secara atas talian (online shopping) sememangya amat sinonim dan tidak dapat dipisahkan di era digital yang serba canggih ini. Namun, tidak semua bernasib baik mendapat sesi jual beli yang tulus.
Sama seperti apa yang dialami oleh wanita ini, apabila barangan yang dibelinya tidak seperti apa yang telah diorder. Lebih buruk lagi, apabila cuba berbincang dengan penjual, dirinya dilayan acuh tak acuh dan sambil lewa sahaja.
Tidak berdiam diri, wanita ini akhirnya mengambil tindakan tegas untuk memberikan pengajaran kepada peniaga atas talian ataupun secara fizikal di luar sana, agar tidak mengambil kesempatan terhadap sesi jual beli bersama pelanggan. Di sini Hijabista kongsikan semula cara yang dilakukan oleh wanita yang dikenali sebagai Aini Noraini ini.
Puas Minta ‘Tracking Number’ Barang Yang Dijanjikan, Seller Respon Acuh Tak Acuh!
Perkongsian berkenaan menjadi tular di laman Facebook milinya, dalam hantaran berkenaan Noraini telah berkongsikan pengalaman yang dialaminya dan bagaimana dia mengambil tindakan kepada penjual yang mempunyai sikap sambil lewa setelah barang jualan terjual.
“Ceritanya…
Beli tudung bawal batu 5 helai, di TikTok Live..Bila sampai, tudung bawal tiada batu. Bukan seperti apa yang di pesan. Harga pula berbeza.
Chat dengan seller di TikTok Chat.. Seller maklumkan nak pos semula tudung bawal batu. Seminggu tunggu, barang tak sampai juga. Minta seller tracking number, pelbagai alasan diberi,” ujarnya.
Tak Bertangguh Terus Ambil Tindakan Segera, Lapor Pada KPDN!
Kesal dan penat kerana sering diacuhkan peniaga dengan pelbagai alasan untuk tidak memberikan tracking number barang baharu yang dijanjikan untuk menebus kesilapan. Noraini akhirnya mengambil tindakan dengan membuka laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) agar kes ini dapat ditangani dengan sewajarnya!
Artikel berkaitan: Kualiti ‘T20’ Harga ‘B40’ Tudung Mampu Milik Che Ta Raih Pujian Netizen!
“Bila dah penat, terus buat aduan kat KPDN. Pantas tindakan KPDN. Bila maklumat lengkap, esoknya KPDN terus call tanya maklumat, saya cerita semuanya. KPDN buka kertas siasatan dan call seller untuk selesaikan masalah segera sebelum teruskan proses saman.
“Seller dah gelabah kena call dgn pegawai KPDN, terus dia pos semula semua tudung batu tu. Siap dengan nombor tracking seller bagi.
“Pegawai KPDN ajar, kalau seller tak pos semula tudung tu, bagitau je KPDN akan proceed dengan saman..Terus seller call minta maaf, dia kata parcel hilang dan macam-macam la alasan dia.. Bila tanya, tudung yang tiada batu ni nak pos semula atau macam mana? Seller kata ambil sahaja.. Sekarang ni ada 10 helai tudung, rezeki Allah. Lain kali jangan main-main dengan buyer,” jelasnya.
Sehubungan itu, Noraini sempat berpesan kepada pembeli diluar sana yang pernah mengalami situasi serupa agar terus membuat laporan kepada KPDN menerusi pautan https://eaduan.kpdn.gov.my/
Sumber: FB Aini Noraini
Artikel berkaitan: Kena Covid Sewaktu Hari Jadi, Che Ta Janji Sambut Lepas Aaisyah Kembali Sihat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI