Beli Di ‘Bundle’ Tapi Stail Mewah Ala Berjenama! Ini 6 Trik Fesyen Yang Buat Gaya Anda Mahal & Eksklusif!

Share

Tidak semua barangan murah seperti ‘bundle’ kelihatan buruk apabila dipakai, dan tidak semua barangan mahal nampak mewah apabila disarungkan! Semuanya tentang penggayaan stail yang bijak serta padanan stail yang sempurna! 

Hari ini ramai orang, terutamanya golongan muda sudah tersalah tafsir mengenai perihal harga sesebuah barangan dengan kualiti stail anda. Apa yang anda perlu perbetulkan adalah, jika anda bijak mengenakan padangan aksesori, baju, kasut, seluar dan juga aspek yang lain, pastinya keseluruhan penampilan akan nampak mahal. Biar bijak berbelanja dan bergaya. Usah jadi hamba jenama dan status semata-mata.

Kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada anda trik untuk menjadikan keseluruhan gaya anda tampak mewah biarpun hanya dari barangan ‘bundle’!

  1. Permainan rona hitam!

Untuk trik pertama ini, lebih mudah dan senang. Apa yang tidak kena dengan warna hitam? Simbol sofistikasi, ‘bold’ dan elegan. Semuanya hanya dengan persalinan warna hitam. Jadi, usah buntu untuk menghasilkan stail yang menarik. Beli sahaja rekaan pakaian dari atas sehingga bawah dalam rona hitam contohnya kemeja, t-shirt, celana mahupun aksesori, pastikan rona hitam menyerlahkan sisi mewah anda!

2. Kuasa sehelai jaket!

 

Sumber gambar: Amir Hamzah
Sumber gambar: Dr Deden

Siapa sangka sehelai jaket mampu mengubah keseluruhan gaya anda? Tidak kira rekaan potongan yang sedikit ‘oversized’ mahupun ‘slim fit’,  jaket boleh menjadikan stail anda lebih mewah dan ‘on-point’! Apa yang penting, pastikan jaket tidak terlalu sarat dengan perincian butiran dan juga tidak keterlaluan dari segi coraknya. Lebih molek sekiranya mengenakan jaket denim atau formal jaket yang memberikan gaya kasual formal yang berkualiti. Mainkan dengan permainan warna yang kelam hingga warna-warni. Contohnya, jika anda menyarungkn sehelai t-shirt kosong berwarna putih dan dipadankan dengan jeans biru, gayakan dengan rekaan jaket denim yang mempunyai corak atau motif yang sedikit. ‘Less is more’!

3. Aksesori keemasan!

Sumber gambar: Engina Kyurt

Untuk tidak nampak bosan dalam stail anda, padankan aksesori yang keemasan! Daripada anting-anting, rantai, subang mahupun jam tangan, ia mampu menjadikan helaian yang dibeli dari ‘bundle’ tampak mewah dan glamor! 

4. Saiz mengikut tubuh badan

Sumber gambar: Steven Tanuwijaya

Trik seterusnya berkaitan dengan saiz tubuh badan anda! Jika ingin membeli pakaian yang dijual di ‘bundle’, pastikan anda memilih rekaan yang sesuai dengan potongan badan anda. Saiz yang salah boleh menyebabkan keseluruhan stail tampak ‘murah’ dan tidak ‘bold’. Jika saiz anda S, pastikan anda membeli S ataupun M. Andaikata mahu hasilkan gaya ‘oversized’, pastikan kemeja yang dibeli itu kemas dan sesuai untuk digayakan sebagai helaian ‘overzied’. Tetapi, bagi yang bersaiz besar, usah beli yang terlalu kecil dari tubuh anda. Kadang-kala ada yang ingin tampak kurus walaupun sudah berbadan besar dan membeli pakaian yang bersaiz kecil. Ini benar-benar salah! Sepatutnya, jika anda bersaiz besar, pastikan anda memilih rekaan yang menggunakan rona gelap atau paten menegak untuk tampak kurus dan mewah!

5. Menggosok dahulu sebelum pakai

Sumber gambar: Kaboom Pics

Ini ramai yang terlupa untuk melakukannya. Baju yang kemas digosok dengan rapi secara tidak langsung menjadikan keseluruhan gaya anda mewah. Bukan itu sahaja, ia juga seperti simbol personaliti anda yang sukakan kepada kekemasan dan kebersihan dalam setiap aspek. Malulah kalau kaum Hawa tidak rajin menggosok baju!

6. Kurangkan penggunaan logo

Sumber gambar: Dgtpotraits

Trik terakhir, cuba elakkan membeli rekaan yang mempunyai banyak logo. Konsep ‘pasar malam’ amat terserlah apabila sesebuah rekaan itu memiliki banyak logo. Nampak murah dan tidak eksklusif. Lebih baik sarungkan saja rekaan yang kosong dalam stail anda!

 

Published by
Putra