Beli Beg Tangan Banyak-Banyak, Tapi Tak Reti Nak Jaga? Lakukan 5 Langkah Penjagaan Beg Yang Bijak Ini!

Share

Beg tangan dan wanita tidak boleh dipisahkan! Beg tangan umpama ‘rakan karib’ untuk setiap wanita. Maka tidak hairanlah di dalam almari pakaian wanita mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan warna beg tangan yang kadang-kala tidak mampu untuk dikira! 

Sumber gambar: Flat Hito

Namun, pastinya ramai yang mengalami masalah beg tangan mudah rosak biarpun kosnya melambung tinggi! Ha! Apa yang silapnya di situ? Team Hijabista akan kongsikan kepada anda langkah-langkah bijak yang boleh anda lakukan untuk menjaga beg tangan kesayangan anda!

  1. Pastikan anda simpan dengan cermat

Sumber gambar: Anastasia

Kadang-kala, oleh disebabkan terlalu banyak koleksi beg tangan, pasti anda tidak menyimpannya dengan cermat! Mana tidaknya, disebabkan ruang yang sempit dan kecil menjadikan anda sukar untuk menyusun aturnya. Ha sis! Pandai beli kenalah pandai jaga…

Langkah bijak:

  1. Asingkan dahulu beg tangan yang selalu dipakai dan yang jarang dipakai kemudian tempatkan dalam satu tempat yang berbeza.
  2. Cari atau beli kotak tambahan untuk menyimpan beg tangan anda sekiranya ruang almari anda sempit dan juga kecil.
  3. Pastikan anda menyusun mengikut saiz (dari kecil hingga besar) supaya boleh menjimatkan ruang.
  4. Jika ingin nampak kemas dan anda terlebih rajin, susun ikut warna, barulah sedap mata memandang!

Baca juga: Rupanya Banyak Gaya Fesyen Boleh Dilakukan Dengan Sehelai ‘Blazer’! Ini 5 Gaya Yang Boleh Anda Ikuti!

2. Wajib ada beg kecil atau small clutch!

Sumber gambar: Анастасия

Terutamanya bagi anda yang suka bersolek, pastinya anda memiliki banyak alatan solekan yang anda bawa kemana-mana sahaja. Maskara, lipstik, bedak asas, lip gloss, pembayang mata, penggaris mata, pemerah pipi dan juga losyen semuanya anda masukkan ke dalam beg tangan anda dan….akhirnya! Ada yang tertumpah, tertekan tanpa sengaja dan paling teruk, ada yang tercicir tanpa anda sedari. Haish.. sis macammana tu?

Langkah bijak:

  1. Pastikan anda memiliki beg kecil atau small clutch yang boleh memuatkan kesemua alatan solekan anda.
  2. Simpan di dalam beg tangan anda dengan cermat.
  3. Jika ingin mudah, pilih alatan solekan yang asas sahaja untuk dibawa kemana-mana seperti maskara, bedak asas dan lipstik.
  4. Jika anda masih mahu membawa kesemua alatan solekan anda, cuba beli saiz yang kecil.

3. Gunakan dust bag

Sumber gambar: Tuscany Leather

Oleh disebabkan terlalu banyak koleksi beg tangan anda, pasti ada sahaja beg tangan yang anda jarang gunakan. Selalunya, jika beg tangan bermaterial PVC ataupun kulit, jika anda jarang gunakan, ia akan merekah dan menyebabkan beg tangan anda kelihatan tidak elok. Akhirnya, anda hanya buang sahaja beg tangan itu! Jangan membazir sis! 

Langkah bijak:

  1. Setiap pembelian beg tangan berjenama pasti akan diberikan dengan dust bag, bukan? Pastikan anda membalut beg tangan anda dengan dust bag itu sebaik mungkin!
  2. Jika tiada, anda boleh sahaja membelinya di mana-mana kedai murah asalkan beg tangan anda dibalut dengan kemas dan melindungi strukturnya dari rosak!

Baca juga: Jangan Stres Bila Tudung Masih Renyuk Walaupun Dah Gosok! Cuba Lakukan 5 Tip Mudah Ini!

4. Jangan letak atas lantai!

Sumber gambar: Ono Kosuki

Hal ini seringkali terjadi apabila anda makan di luar. Selalunya, untuk jalan mudah, anda hanya meletakkan beg tangan anda di atas lantai yang kotor dan mempunyai banyak bakteria. Ini boleh menyebabkan beg tangan mudah rosak! Jadi, ubah cara itu sis!

Langkah bijak:

Anda boleh letakkan beg tangan anda di atas riba, di belakang kerusi atau ambil satu lagi kerusi kosong untuk anda letakkan beg tangan anda.

5. Rutin penjagaan rapi

Sumber gambar: Nataliya

Selain daripada itu juga, anda boleh melakukan rutin penjagaan rapi seperti berikut:

  • Elakkan memegang beg dengan tangan yang kotor atau yang sudah disapu losyen atau krim.
  • Simpan beg tangan anda dari terkena cahaya matahari atau direct sunlight.
  • Pakai beg secara berselang dengan beg lain supaya ia tidak mudah rosak.
  • Gunakan berus suede untuk bersihkan beg.
  • Gunakan leather moisturizer untuk beg kulit lebih tahan lama.
  • Cuci beg menggunakan kain lembut setiap minggu.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra