Telah lama mengimpikan untuk belajar bahasa arab, Neelofa bersyukur dan teruja kerana hasratnya itu akhirnya tercapai apabila dia berpeluang memulakan kelas bahasa arabnya itu bersama PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail.

Menerusi instastory Neelofa, dia telah memuat naik kembali hantarannya pada 2017 dimana mempelajari bahasa arab menjadi azamnya pada tahun itu.

IKLAN

Azam 2017 untuk belajar bahasa arab. MasyaAllah, lepas 3 tahun berazam, baru hari ni dapat realisasikan impian dan pagi tadi alhamdulillah dapat mula my first arabic class with my very own ustaz @hrisbismail

Wah! Beruntung sungguh Neelofa apabila diajar sendiri oleh cinta hati. InsyaAllah, moga hasrat Neelofa ini akan terlaksana dan dapat menguasai bahasa arab dengan sebaiknya.

IKLAN

Terdahulu, status mengenai hubungan pengacara Next to Neelofa bersama PU Riz ini terjawab apabila Neelofa dirisik oleh keluarga PU Riz di kediamannya pada 1 November yang lalu. Mereka dijangka akan disatukan pada tahun hadapan.

IKLAN

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI