Wajah yang dibelai dengan sempurna pastinya mampu menaikkan seri wajah. Maka sebab itulah pentingnya penjagaan kulit wajah bukan sahaja pada waktu siang hari tetapi juga malam hari. Pemilihan produk yang sesuai memainkan peranan penting.
Malam merupakan waktu yang terbaik untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dek kerana debu serta pancaran cahaya matahari. Disebabkan itu, anda memerlukan penjagaan yang rapi pada waktu malam untuk mengembalikan semula kesegaran kulit yang rosak.
Selain itu, produk penjagaan malam juga dapat membuatkan tidur malam anda menjadi lebih lena dan akhirnya badan akan jadi lebih segar pada keesokan harinya. Apabila kulit di belai dengan sempurna padfa waktu malam hari maka apabila anda bangun pagi, kulit wajah akan tampil lebih glowing dan berseri.
Jadi, jom gunakan 5 produk ini sebelum tidur.
Clinique Pep-Start Pout Restoring Night Mask
Memberi hasil bibir yang lebih lembap dan lembut pada keesokan hari. Hanya sapu dan cuci pada keesokan harinya.
Estelle & Thild Fresh Water Body Lotion
Hadir dengan tekstur yang lembut serta aroma yang menyegarkan, losyen ini menyerap terus ke dalam kulit menjadikan kulit lebih lembut dan terhidrat.
PIXI Beauty Sleep Cream
Krim malam yang membantu melindungi, menyubur dan menghidrat kulit semasa anda sedang tidur. Hasilnya, kulit menjadi lebih selesa dan tenang membuatkan tidur anda menjadi lebih lena.
Fresh Peony Brightening Night Treatment Mask
Terbukti mampu mencerahkan kulit serta lingkaran gelap pada bawah mata. Selain menghidrat kulit, ia juga mampu menghilangkan garisan halus pada wajah.
Estée Lauder Advanced Night Repair Eye Concentrate Matrix
Membantu mengurangkan garisan halus, kedutan serta lingkaran gelap pada bawah mata. Malah, mata akan jadi lebih segar!
HIJABISTA: Apa-apa jua pemakaian produk kecantikan perlu diamalkan secara konsisten. Oleh itu pastikan anda menjadikan asas perawatan kulit wajah iaitu mencuci, menyegar dan melembap sudah ‘kukuh’ sebelum melanjutkan dengan tambahan produk perawatan kulit wajah yang lain.
Sumber kredit: Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI