Perasaan pada permulaan pekerjaan dan pada pertengahan adalah sangat berbeza. Tidak semua orang akan mempunyai motivasi yang sama sepertimana mereka mempunyai azam padal awal permulaan untuk mendapat kerja yang mereka miliki sekarang.
Apakah maksudnya bekerja mengikut gaji?
Jika anda seorang yang mengikuti tren atau menyukai untuk ‘berlayar’ di sosial media terutama sekali Twitter dan TikTok yang sering menjadi medan perbincangan sesuatu perkara. Quite Quitting–pernah anda dengar istilah ini? Mungkin sebilangan dari kita mengenali istilah ini namun tidak semua faham maksud di sebaliknya.
Quiet Quitting ini mula di perkenalkan melalui platform sosial media yang membawa maksud bekerja mengikut gaji yang sesuai. Kebanyakkan orang yang menggunakan prinsip quiet quitting kerana mereka tidak mahu di tindas dan bekerja lebih masa dengan mendapat gaji yang tidak setimpal sepertimana mereka bekerja keras.
Artikel berkaitan: Hirup Udara Segar Setiap Pagi, Kurang Stres Dan Kekal Positif Sepanjang Hari
Perkongsian melalui Merdeka, permulaan bagi idea quiet quitting ini berlaku di sebabkan oleh gaya kerja ketika musim pandemik Covid-19. Ketika itu ramai yang menerima nasib yang tidak baik kerana terpaksa bekerja melebihi masa pekerjaan yang di tetap oleh kerana tempat kerja ‘di rumah’ yang tidak ‘mebebankan’ mereka.
Keadaan itu menjadikan orang ramai yang berkerjaya untuk mengambil tindakan menggunakan idea ini sebagai coping mechanism dan menunjukkan rasa ketidakpuasan hati jika pihak majikan bertindak untuk tidak mengambil endah dengan pekerja mereka. Idea quiet quitting juga sedikit sebanyak memberi ruang kepada orang ramai yang mengamalkan konsep ini untuk bekerja sekadar apa yang mereka perlu lakukan tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan hasil yang tidak setimpal.
Perkongsian Merdeka juga ada menerangkan terdapat kajian yang di hasilkan oleh Gallup bagi tahun 2021 mengenai gaya pekerjaan generasi kini. Ia menunjukkan sebanyak 36% orang telah di laporkan terlalu fokus dan sangat terikat dengan pekerjaan yang mereka lakukan. Melalui kajian dari LinkedIn pula, ramai orang yang masih kekal dengan kerja tetap mereka dan memiliki kelebihan serta manfaat darinya.
Bagaimana gaya pekerjaan mereka yang mengamalkan konsep quiet quitting ini?
Tiada perincian tetap atau khusus untuk menunjukkan seseorang itu menggunakan konsep quiet quitting ini kerana ia boleh terjadi dalam pelbagai aspek dan cara. Semuanya bergantung kepada seseorang individu itu bagaimana mereka membuat cara quiet quitting tersebut.
Namun, kebiasaan yang dapat di huraikan secara ringkas bagi mereka yang amalkan konsep ini, sudah tentu akan bertindak mengikut kemampuan dan dasar gaji yang mereka terima. Ini adalah antara ciri-ciri orang yang melakukan quiet quitting, seperti:-
- Kurang berinteraksi dan tidak rapat dengan rakan sekerja
- Datang lambat atau balik kerja dengan awal
- Kurang menunjukkan produktiviti
- Tidak banyak memberikan pendapat dalam tugasan berkumpulan
- Tidak mengambil bahagian dalam apa-apa perancangan atau mesyuarat
- Kurang semangat
Setiap pekerjaan yang di miliki oleh setiap individu pasti ada liku dan cabaran yang tersendiri. Tidak di nafikan jika anda mulai rasa untuk penat dan putus asa kerana tidak di berikan penghargaan yang sepadan dengan kerja yang anda lakukan. Semuanya terpulang kepada anda untuk lakukan apa cara yang betul bagi membantu anda dalam mengharungi cabaran dalam dunia perkerjaan.
Sumber gambar: Canva
Artikel berkaitan: Jangan Hukum Diri Apabila Stres Dengan Masalah. Ini 7 Cara Untuk Tenangkan Diri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI