Bekas Pesakit Covid-19 Jadi Penderma Pertama Plasma Darah Demi Selamatkan Pesakit Lain

Share

Naib Presiden Kanan, Modal Insan Kumpulan UDA Holdings Berhad Reza Huzairi Zainudin, 41, tidak menyangka plasma darahnya boleh membantu menjadi penawar Covid-19 selepas diduga menjadi salah seorang pesakit yang dijangkiti virus itu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Reza bersama dengan beberapa orang rakan sekerjanya telah mendapat jangkitan virus COVID-19 ini sewaktu gelombang kedua.

Penderma plasma darah pertama di Malaysia

Pada 2 April lalu, Reza telah mengambil keputusan untuk menjadi penderma plasma darah pertama di Malaysia bagi membantu pesakit lain yang dijangkiti.

Berdasarkan keputusan klinik, darah milik Reza didapati cukup sihat dan sesuai serta memenuhi kriteria yang dapat membantu rawatan pesakit Covid-19 yang berada dalam keadaan kritikal.

Work From Hospital. Serious katil ni tinggi sgt. Paddle utk turunkan tak boleh. So masa ni sakit urat2 belakang.
Ni lah padahnya if amik selfie dengan phone feature skin smoothness still ‘ON’ 🙈. Rambut tinggal jambul jer.
Nah ni la rupanya blood plasma. Cantik tak? 😅
Done donating 500ml of my blood plasma for the research at Pusat Darah Negara. We were excited with this.

Pesan Reza, pesakit covid-19 perlulah kuat semangat dan jangan putus asa bagi melawan penyakit ini. Selain itu, seluruh rakyat Malaysia juga haruslah berganding bahu agar wabak ini dapat dibendung sepenuhnya.

kredit: Facebook Reza Huzairi Zayn

Published by
Qistina