Bekas Model Muslimah & Ibu Bayi Tercantik Di Dunia, Dhuhaa Sophea Kongsi Tip Kawal Anak Tanpa Gajet

Share

Sebelum ini viral apabila tersebarnya foto comel milik kanak-kanak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia. Pemilik nama Dhuhaa Sophea ini  menjadi buah hati kesayangan ibunya, bekas model Muslimah popular, Siti Safuraa Hamzah yang berasal dari Terengganu dan bapanya Asadullah Stumbry pula adalah warga Rusia.

Kini mereka menetap di Sweden dan walaupun jauh beribu batu, namun Dhuhaa Sophena tetap menjadi perhatian seluruh dunia. Walaupun dunianya hanya ibu dan ayah serta kaum keluarga terdekat, namun followernya (melalui akaun instagram) ibunya tetap menanti perkembangan terbaru kanak-kanak yang kini sudahpun berusia dua tahun.

Terbaru dalam satu posting ibunya, ada netizen yang DM bertanyakan bagaimana Safuraa mengawasi anaknya kerana Sophea dilihat jarang sekali didedahkan dengan gajet.

Menyedari Sophea jadi perhatian dunia, jadi Safuraa tidak keberatan untu berkongsi tipnya mendidik Sophea yang kini semakin comel dan bijak walaupun belum bersekolah lagi.

Dan ini pula jawapan dari Safuraa ibu Sophea

Assalamualaikum semua!! .

Okay memandangkan ramai juga yang tanya mommy soalan yg sama seperti diatas, so sy just share apa yg sy apply kt Sophea. I don’t have any tips sbb sy bkn pakar kanak-kanak tp ini hanya cara sy. So mana rasa elok ikut, yang rasa tak, x perlu ikut sbb biasanya kalian lebih tahu apa yg kalian mahukan utk family kalian sendiri . .

Rumah memang tak ada TV & habiskan masa bersama

Okay Bismillah, camni.. actually pasal tv. Rumah kami mmg takda TV memandangkan my husband and i bukan jenis layan TV. Kami perlukan waktu bersama lebih dari benda lain. So bila waktu bersama, time tu lah waktu utk bersembang, bergurau, bergaduh dan me time utk both of us . Mcm my husband dia punya me time dgn buku & website page utk tahu tentang isu semasa. Utk sy pula, me time dgn phone layan fb/ig ( of course ) ,dan selebihnya settlekan kerja rumah, masak dan layan anak. So at the same time Sophea pun follow apa yg kami buat. Dia akan ambil buku dan baca atau ikut sy buat kerja rumah. .

Sophea ada juga layan youtube tapi dikawal & hanya tengok waktu makan

Pasal video youtube / cartoon , yes!! Sophea pun ada tengok dan layan, tp bukan dia yang kawal gadget tu, sy yang kawal utk dia. Biasanya, sy benarkan dia tgk masa makan je ( breakfast, lunch and dinner ) masa snack sy x bg sbb biasanya kami akan spent time berdua. .

Bagi masa untuk tengok & berdisiplin

Utk waktu makan pula biasanya amik masa dlm 15-30 minit, jd sepanjang waktu tu sy benarkan, lebih dr tu sy akan stop kan dan bawa dia main bersama utk distract dia dari fikirkan gadget. Biasa dia dh faham bila sy dah ajak dia main, dan dia pun seakan macam bosan tgk cartoon tu lama2. Tp ada juga kadang2 dia macam nk tgk lagi tp sy tegaskan yg masa dah cukup! . Alhamdulillah Sophea biasanya faham bila sy jelaskan dia sesuatu. .

Luangkan masa dengan aktiviti lain seperti bermain di taman berhampiran

Sebab tu bila ada masa terluang sy atau husband akan bawa dia keluar main kat park atau ke mana2 at least 1-2jam sehari lebih-lebih lagi bila summer ni. Jd dia akan ada banyak activity lain yang dia boleh buat dan main. Bila ada masa terluang kami ke library or coffee bersama tp Sophea minum fresh juice laa hihi . .

Okay tu jelah kot yang sy buat utk dia dan Alhamdulillah sbb sy housewife jd banyak masa sy focus pd family. Untuk ibu2 yg bekerjaya mungkin ada cara tersendiri kan?

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SITI SAFURAA

Published by
Siti Zurina