Selepas penyanyi Yuna dan Chryseis Tan yan memilih untuk menyarung dress putih di majlis pernikahan, seorang lagi selebriti yang juga turut menggyakan rona putih pada hari bersejarahnya. Bekas model antarabangsa yang cukup popular dan punya pengaruh kuat di media sosial, Aliza Kim juga selamat mengakhiri zaman gadisnya bersama lelaki pilihan yang dipanggil Zafrul.
Mengimbas detik perkenalan, Aliza Kim memberitahu di laman instagramnya dia bertemu Imamnya dua kali sepanjang pertemuan sebelum mengikat hubungan dengan ikatan yang sah. Hubungan mereka berdua sangat suci kerana antara mereka tidak ber’dating’, ‘chating’ dan dia juga turut mengadakan solat istkharah sebelum berkata ‘YES’pada suaminya itu.
Aliza yang memuat turut posting di laman instagramnya sehari lalu memberitahu mereka berdua telah disatukan dalam satu majlis pernikahan mengikut syariah dan cukup sederhana yang hanya dihadiri oleh sanak saudara serta teman rapat.
Aliza Kim berkata dia turut bersyukur kepada Tuhan kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang sangat baik, mampu membuatkan dia ketawa dan mereka berdua juga sama-sama dalam proses mendalami Islam.
Pasangan ini turut dihujani ucapan tahniah dari rakan-rakan artis seperti Heliza Helmi dan juga Fynn Jamal. Masing-masing mendoakan kebahagiaan buat pasangan pengantin baru ini dan semoga kekal hingga ke jannah.
Ads
Aliza yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Colorado, Amerika Syarikat nekad melafazkan syahadah pada 2011. Dia sanggup meninggalkan dunia glamour sebagai model popular di United Kingdom setelah mengenali Islam dan berhijrah.
Beliau lahir sebagai anak tunggal seorang paderi Katolik. Berdarah kacukan Siam Cina, sebagai anak tunggal dia sentiasa menikmati sokongan keluarga termasuk keputusannya memilih Islam sebagai jalan hidup menuju akhirat.
Jom saksikan foto eksklusif momen bahagia Aliza Kim dan suaminya yang masih dalam ‘mood’ pengantin baru.
Kehadiran Ramadan memang disambut penuh kegembiraan oleh setiap insan. Malah inilah masalah untuk kita berkumpul berbuka puasa bersama insan tersayang. Tetapi tidak bagi personaliti Intan Liana Saleh yang menganggap Ramadan kali ini agak berbeza seperti sebelumnya. Tiada lagi permintaan dari seorang suami untuk minta itu dan ini tatkala berbuka puasa.
Ditanya persediaan menyambut ramadan tahun ini, Intan memberitahu semuanya sama macam biasa kecuali kelainan tiada suami di sisi.
“Ramadan disambut macam biasa dengan keluarga. Cuma bezanya tiada suami di sisi. Kalau dulu saya akan fikirkan untuk sediakan juadah berbuka buat suami, tetapi kali ini hanya akan fikir untuk diri saya dan anak-anak.
“Buat masa ini Intan kena kerja lebih kuat untuk menyara keluarga. Apa sahaja kerja ditawarkan Intan akan terima. Semuanya untuk anak-anak. Mereka masih kecil dan tak tahu apa yang terjadi,” ujar Intan ketika ditemui di majlis pelancaran Inner Sejuk baru-baru ini.
Intan juga turut mengakui kehidupan yang dilaluinya kini perlu diteruskan macam biasa. Walaupun agak sukar tapi dia mendapat sokongan ahli keluarga yang menjadi kekuatannya selama ini.
“Keluarga banyak bantu saya terutama berdepan saat sukar. Sekarang ini kalu saya kerja pun akan bawa anak kerana tidak ada yang menjaga mereka.
“Tambahan pula anak kedua masih kecil dan menyusu badan. Tidak terfikir untuk tinggalkan anak-anak dengan ‘baby sitter’ kerana mereka tak pernah berenggang dengan Intan. Oleh sebab itu Intan akan terima kerja jika dibenarkan untuk membawa anak,” jelasnya lagi yang selesa lihat anak membesar di depan matanya.
Menurutnya juga ada masanya anak-anak terutama yang sulung akan diambil oleh ayahnya. Walau apa perkara Intan tidak berhasrat untuk menjarakkan hubungan anak beranak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Semalam, seluruh dunia terutamanya peminat muzik era 80-an yang membesar dengan dendangan lagu-lagu di era 90-an telah digemparkan dengan pemergian seorang penyanyi lagenda wanita, Sinead O’ Connor yang begitu ikonik.
Hijabista dimaklumkan bahawa bintang lagenda itu menghembuskan nafas terakhirnya di usia 56 tahun. Berita duka itu dimaklumkan oleh ahli keluarga O’Connor sebelum menjadi trending di kalangan rakan-rakan di industri seni. Kemudian mengemparkan peminatnya di seluruh dunia.
Pengakhiran O’Connor Begitu Baik, Wajar Di Cemburui!
Antara fakta menarik yang tidak didendangkan oleh Media Barat tentang Allayarhamah O’Connor adalah bintang seni kelahiran Katolik ini telah menerima hidayah Allah sejak 6 tahun lalu, iaitu pada 2018.
O’Connor memilih nama Shuhada Sadaqat sebagai nama Islamnya. Tetapi, masih menggunakan nama Sinead O’Connor sebagai nama pentas bagi tujuan kerjayanya di dalam industri Seni dunia.
Pada 2019, ketika ditemubual sebagai artis jemputan dalam RTE’s Late Late Show. O’Connor ada mendedahkan tetantang bagaimana perjalanan dirinya mengenali Islam hingga tertarik untuk berhijrah dan mengambil keputusan untuk menganuti agama Islam yang syumul.
“Saya membaca sedikit ayat Al Quran dan baru tersedar inilah ‘rumah’ saya. Dan sejak itu saya memilih menjadi Muslim untuk kehidupan saya,” katanya lapor Al Jazeera.
Sekadar info, nama O’Connor melonjak hingga tersohor diseluruh dunia menerusi lagu Nothing Compares 2 U. Lagu yang diciptakan oleh mendiang Prince pada awal 90-an ini telah ditonton sebanyak 400 juta kali di YouTube.
Menariknya! Menerusi lagu tersebut, O’Connor telah mencipta penampilanya yang unik iaitu imej kepala botak yang masih menjadi trademark hingga kini.
Bagaimanapun, kematian O’Connor yang menutup mata sebagai wanita muslimah wajar dicemburui dan menjadi contoh kepada wanita Islam diluar sana, untuk berfikir sejenak tentang bertapa beruntung dan bersyukurnya kita dilahirkan di dalam nikmat Islam.
Fitrah seorang wanita, memang suka pada kecantikan dan sentiasa mahu terlihat sempurna. Selalunya wanita memang sanggup menghabiskan wang semata-mata ingin terlihat cantik.
Tetapi, rata-rata produk kecantikan yang berada di pasaran juga memakan belanja yang besar. Bayangkan jika anda sudah berhabisan duit untuk mendapat kulit yang licin, tetapi tiba-tiba kulit mengelupas, memang terus potong ‘mood’. Nak bersolek pun akan terlihat ‘cakey’ dan ‘crack’. Ah, tidak!
Apa itu kulit mengelupas?
Pengelupasan kulit merupakan perkara biasa yang terjadi di mana-mana bahagian kulit tubuh badan termasuk pada bahagian wajah. Secara saintifiknya, kulit mengelupas dikenali sebagai “desquamation,” yang bermaksud kehilangan lapisan luar kulit.
Kalau kulit pada bahagian wajah yang mengelupas, seakan terkopek atau tertanggal memang boleh hilang keyakinan diri! Selain itu, pengelupasan yang juga disebut sebagai ‘facial skin peeling’ ini boleh mendatangkan kesan buruk lain seperti kemerahan, kegatalan, kesakitan dan keradangan. Jadi, apakah punca kulit muka mengelupas?
Ramai yang menganggap masalah kulit muka mengelupas ini terjadi disebabkan kulit yang kering atau tidak lembap, tetapi sebenarnya ada banyak faktor lain. Berikut Hijabista senaraikan beberapa punca mengapa kulit anda mengelupas:
#1 Penggunaan produk yang salah
Perkara paling penting dalam pemilihan produk adalah mengelakkan bahan yang mengandungi merkuri, tretinoin dan hydroquinone. Bahan-bahan ini sangat berbahaya dan dilarang kerana mendatangkan pelbagai kesan buruk seperti kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, kulit pedih, ruam serta meningkatkan risiko kanser kulit.
Jika kulit muka anda sensitif dan mudah berjerawat, pastikan untuk pilih produk yang bersesuaian. Produk seperti losyen, moisturizer, toner atau lain-lain haruslah dipilih dengan berhati-hati. Ini kerana, kalau anda memilih produk yang salah, kulit muka anda akan mengelupas disebabkanmengandungi bahan yang tidak bersesuain untuk kulit sensitif seperti asid salisilik, benzoil peroksida, sulfonamida serta macam-macam lagi.
#2 Pendedahan sinar matahari yang berlebihan
Selain itu, kulit mengelupas juga disebabkan selar matahari iaitu sunburn. Di antara kesan fizikal yang paling sering dikaitkan dengan selar matahari adalah gatal-gatal, sakit, melepuh, bengkak, dan mengelupas.
Sel-sel kulit asli akan terbunuh disebabkan terdedah kepada sinar matahari yang berlebihan. Selepas sel kulit asli mati, ia akan digantikan dengan sel kulit yang baharu. Disebabkan itu, proses pengelupasan kulit wajah akan terjadi secara semula jadi. Oleh itu, pastikan anda memakai pelindung matahari sepertisunscreen atau sunblock yang mencukupi!
#3 Masalah kulit kering
Yang ketiga adalah tidak lain tidak bukan disebabkan oleh kulit wajah yang terlalu kering. Kekeringan pada kulit mengakibatkan sel-sel tidak mampu untuk melekat di antara satu sama lain. Seterusnya, ia akan menyebabkan pengelupasan kepada jaringan kulit asal.
Secara ringkasnya, kulit wajah kering dan mengelupas disebabkan kurangnya kelembapan pada wajah. Hal ini sering terjadi disebabkan beberapa faktor seperti cuaca yang terlalu sejuk. Contohnya, apabila anda pergi bercuti ke negara yang mempunyai iklim sejuk ataupun akibat duduk terlalu lama di bawah pendingin hawa (aircond).
Suhu pendingin hawa yang rendah boleh membuatkan kulit kering dan mengelupas serta menyerap lembapan dari udara di sekeliling lalu menyebabkan kulit anda menjadi kering dan tidak bermaya. Dalam masa yang sama, udara yang kering juga membuatkan mata mudah gatal dan merah-merah.
#4 Hipotiroidisme
Hipotiroidisme terjadi apabila anda mempunyai tiroid yang kurang aktif. Tiroid adalah kelenjar endokrin kecil berbentuk rama-rama di bahagian depan tekak anda, yang membantu mengawal proses metabolik, kardiovaskular, dan perkembangan tubuh badan anda.
Salah satu tanda-tanda penyakit ini adalah apabila kulit anda mula mengering lalu mengelupas disebabkan ketiadaan hormon tiroid yang sangat penting bagi proses pembentukan dan penggantian sel kulit baharu.
#5 Alergi, Ekzema danRosacea
Selain faktor diatas, terdapat beberapa faktor lain yang turut menjadi faktor kulit wajah mengelupas seperti:
Alergi– Alergi adalah tindak balas berlebihan sistem imun terhadap bahan asing yang dianggap berbahaya. Untuk pengetahuan hijabi; selain produk, alahan kepada bahan seperti besi, logam dan plastik juga boleh menyebabkan masalah pengelupasan kulit.
Ekzema – Ekzema adalah sejenia simptom keradangan dan kegatalan kulit. Jika anda penghidap ekzema, kulit anda akan senang mengelupas, merah, gatal, dan mengeluarkan nanah atau cecair
Rosacea – Rosacea adalah satu penyakit kulit muka, individu yang menghidapi rosacea selalunya akan mempunyai kulit merah yang disertai dengan tompok-tompok seperti jerawat. Dalam keadaan ini, hipersensitiviti yang berlebihan menyebabkan kulit menjadi mengelupas, merah, gatal, dan berbenjol.
Itulah di antara punca pengelupasan kulit pada wajah. Namun, sekiranya kulit anda mengelupas dan mengalami simptom teruk, jangan lupa untuk rujuk atau meminta pendapat dan rawatan daripada pakar dermatologi!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...