Bekas guru prasekolah ini aktif sebagai pempengaruh sejak di usia remaja. Setelah meninggalkan bidang perguruan, Sonia Asyira kini terkenal sebagai usahawan dan pencipta digital.
Selain jiwa pendidik, Sonia Asyira juga seorang pencinta modest fashion dan hijab sehingga sering mencetuskan inspirasi di kalangan para pengikutnya di Instagram sejak sembilan tahun lalu.
Beralih daripada bidang perguruan kepada keusahawanan, Sonia Asyira rancak melakar kerjaya barunya dalam industri perniagaan.
Bertudung sejak usianya lima tahun, Sonia Asyira meneroka pelbagai gaya tudung.
Pada Disember 2023, Sonia Asyira mengorak langkah lebih jauh dengan melancarkan jenama Raiysa, sebuah perniagaan yang mengkhususkan kepada penjualan selendang.
Perjalanan kerjaya terkininya mencerminkan keazaman dan semangat keusahawanannya.
Sebagai seorang yang memberi inspirasi khususnya di Singapura, Sonia Asyira terus memperkasakan pengikutnya dengan pelbagai pilihan fesyen termasuk menggalakkan mereka untuk menerima identiti serta minat dengan sepenuh hati.
Hijabista mendoakan agar Sonia Asyira terus sukses dalam apa jua yang dilakukan dan menjadi inspirasi kepada para hijabi di luar sana.
BACA JUGA: Penampilan Sopan & Stylish LARISSA CHOU Jadi Inspirasi Hijabi