Benarlah hidayah itu milik Allah dan Dia akan memberikan kepada sesiapa saja yang Dia berkehendak. Seperti itu jugalah yang boleh kita kaitkan dengan penghijrahan Joram Van Klaveren, seorang bekas ahli parlimen parti PVV dari Belanda yang dahulu anti Islam, kini menjadi saudara baru dalam agama itu.
Joram Van Klaveren dilaporkan memeluk agama Islam selepas tersentuh hati ketika sedang menulis sebuah buku yang bertujuan mengkritik agama tersebut.
Namun, sebaliknya lain pula yang terjadi apabila pandangannya berubah dan ketika detik itulah dia secara rasminya menjadi seorang muslim.
“Ketika sedang menulis, saya bertemu dengan banyak perkara yang telah membuatkan pandangan saya terhadap Islam menjadi goyah,” katanya kepada Dutch Radio.
Ads
“Jika anda percaya dengan satu tuhan dan Muhammad merupakan seorang utusan, bersama dengan Jesus dan Moses, maka anda seorang Muslim,” kata Van Klaveren yang sebelum ini merupakan penganut Kristian Ortodok bermazhab Protestant, lapor dutchnews.nl
Tindakannya itu dilapor mengikut jejak langkah Arnoud van Doorn, seorang lagi bekas ahli parlimen Parti PVV yang telah memeluk Islam sebelum ini.
Van Doorn turut menyampaikan ucapan tahniah dan pujian kepada Van Klaveren menerusi akaun Twitter.
Ads
Sepanjang tujuh tahun menjadi ahli parlimen untuk parti PVV yang anti-Islam, Van Klaveren merupakan seorang pengkritik Islam yang lantang, sering menyebut “Islam satu penipuan,” dan “Quran adalah racun,”.
Ads
Ditanya bagaimana dia berdepan sentimen anti Muslim yang pernah diciptanya dahulu, Van Kleveren mengakui kesalahannya yang lalu.
“Saya telah menyumbang di dalam mencipta dan mengekalkan imej buruk terhadap Islam, namun anda tidak boleh bayangkan bagaimana prasangka berlaku, sehingga anda berdepan dengannya sendiri,” katanya.
Dalam kita seronok meraikan cahaya Aidilfitri kali ini, ada juga di kalangan selebriti yang bersedih kerana kehilangan insan tersayang. Terbaru penyanyi dan juga penyampai radio di Zayan FM, Mawi yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dulu, telah kehilangan ibu tersayang, pada Syawal mulia.
Ibunya, Ramlah Sarlan yang meninggal dunia pada usia 73 tahun pada waktu Maghrib bersamaan 15 Syawal di rumah di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Sebelum itu, arwah yang berdepan masalah kesihatan kerana komplikasi beberapa penyakit dimasukkan ke hospital sejak Syawal kelima.
Walaupun Mawi bersedih dengan kehilangan ibunya ini, tetapi dalam masa sama berasa tenang dan bersyukur kerana dapat menjaga arwah dari awal hingga ke akhir hayatnya.
Bukan sahaja Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani, malah isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin juga turut terkesan dengan kehilangan ibu mertua yang disayangi ini.
Ketika dihubungi Hijabista baru-baru ini dia menyatakan kesedihannya dengan berita pemergian insan tersayang berkenaan.
“Memang Ekin rasa sedih dengan kehilangan mak. Hubungan kami memang sangat rapat dan baik. Kali terakhir bertemu dengan Mak dua hari sebelum arwah meninggal dunia. Masa itulah kali terakhir kami menjaga Mak di Hospital.
“Mak meninggal ketika kami berdua tiada di sisinya. Dua hari lepas menjaganya di Hospital Kulai, mak menghembuskan nafas terakhirnya,” ujar Ekin terkenang momen manis semasa hayatnya arwah
Menurut Ekin, dia cukup kagum melihat kelebihan arwah ibu mertuanya itu walaupun sudah berusia tetapi boleh mengajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja.
“Ekin memang respek dengan arwak Mak. Dia boleh ajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja tanpa melihat kitab atau muqaddam.
“Itu pencapaian yang sangat hebat dan momen paling manis untuk Ekin kenang sampai bila-bila. Mak memang jenis kurang bercakap, tetapi suka tengok gelagat anak-anak dan cucunya.
“Lagi satu apa yang Ekin sedari, arwah juga ketika hayatnya seorang ibu yang sangat-sangat kuat dan tinggi tahap redanya. Biarpun pelbagai dugaan hebat yang datang, Mak tetap tenang menghadapi segalanya,” tambahnya lagi ketika ditanya ajaran arwah yang akan diingati sampai bila-bila.
Untuk pengetahuan, Ekin dan Mawi berkahwin pada tahun 2008 dan diraikan dalam satu majlis penuh gemilang. Pasangan yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga ini dikurniakan seorang anak, Cahaya Malaika kini berusia 6 tahun.
Ketika sahabat lain sibuk menghabiskan kuliah, beliau sudah membina empayar LEEYANARAHMAN pada usia muda, malah kisah kejayaan dan kerja keras Nur Liyana cetus inspirasi!
Mesra dan mudah didekati, karakter Pengasas LEEYANARAHMAN yang mesra disapa Yana ini jelas cukup menyenangkan. Berusia 30-an, anak Terengganu bernama Nur Liyana Abdul Rahman itu sering menjadi tumpuan usahawan khususnya dalam bidang fesyen Muslimah.
Direzekikan sedang hamil anak ketiga ketika ini, isteri kepada Muhamad Hafiz Abdul Hamid dan ibu kepada si comel Tyara Luthfia, 5 tahun serta Hanna Qhalisya, 2 tahun tersebut tidak berselindung kisah mereka menjalani prosedur IVF selepas lima tahun menanti zuriat.
“Dalam pada duk kuat bergaduh tu boleh termengandung pulak tiba tiba aih. Tak tau nak sedih ke nak happy ke nak apa. Dulu sampai jalani IVF sebab 5 tahun menanti zuriat.
Sekarang ni anak tak sampai 2 tahun tup tup mengandung lagi. Apa-apa pun Allah Yang Maha Berkuasa atas setiap rezeki kita. Doakan I kuat hadap alahan untuk beberapa bulan ni,” tenang Nur Liyana berkongsi kisah IVF beliau ketika sibuk membangunkan LEEYANARAHMAN.
Selain memiliki kemewahan pada usia muda, wanita dermawan yang mesra disapa Yana itu juga kerap menyampaikan sumbangan kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Antara yang terbaru, sejumlah dana sekitar RM128,000 melalui Yayasan Nurjiwa buat saudara seislam di bumi Aqsa.
“Sumbangan ni bukanlah dari saya semata tapi sumbangan dari semua yang menyokong produk LEEYANARAHMAN. Walaupun pahala ni benda yang kita tidak nampak, tapi itulah duit kita di akhirat. Semoga sekecil-kecil usaha kita semua ni dipandang Allah dan jadi asbab untuk kita ke syurga.”
Sama cantik, sama padan. Kagum dengan karakter pasangan serasi pengasas LEEYANARAHMAN, Nur Liyana Abdul Rahman dan Muhamad Hafiz Abdul Hamid mengatur strategi bisnes serta rumah tangga.
Memiliki sebuah empayar perniagaan pada usia yang masih muda bukan menjadi satu halangan kepada mereka berdua untuk terus menempa kejayaan. Kerana terlalu fokus mengejar impian untuk membina empayar LEEYANARAHMAN, saat itu jugalah mereka berikhtiar menjalani prosedur IVF selepas beberapa tahun menanti tangisan cahaya mata sendiri.
Inspirasi kerja keras Nur Liyana yang merupakan ibu kepada si comel Tyara Luthfia, 5 tahun dan Hanna Qhalisya, 2 tahun ketika membina empayar LEEYANARAHMAN cetus inspirasi.
“Kami memulakan perniagaan ini pada tahun 2012 yang mana ketika itu kami sama-sama menuntut di UiTM dalam peringkat ijazah sarjana muda bidang kewangan. Ketika itu kami baru sahaja bercinta dan belum bergelar suami isteri.
Permulaannya apabila Liyana sendiri mereka busana hari rayanya dan memuat naik gambar tersebut di laman sosial, siapa sangka ramai yang bertanya dari mana Liyana membeli baju tersebut.
Dari situlah terdetik untuk mengeluarkan modal bagi menghasilkan busana untuk dijual. Kalau nak tahu modal yang kami keluarkan hanya sebanyak RM1,500 dan berjaya menghasilkan 14 helai busana.
Alhamdulillah semuanya laris dijual dalam masa sejam sahaja, dari keuntungan ini kami menggandakan jumlah busana yang dihasilkan sedikit demi sedikit, dari 14 menjadi 28 dan kemudian 36 sehinggalah kami mampu menjual dalam skala yang besar.
Selepas itu kami menghentikan rekaan ini dan bermula lebih serius dalam menghasilkan rekaan busana yang lain.
Kalau nak tahu duit sebanyak RM1,500 yang kami gunakan sebagai modal tadi adalah duit pinjaman pelajaran PTPTN yang kami terima sebenarnya, jadi saya menyumbang sebanyak RM900 dan Liyana pula sebanyak RM600.
Alhamdulillah dari hanya wang sebanyak itu kini jenama LEEYANARAHMAN sudah memiliki bangunan sendiri. Berkat kegigihan, kami berjaya membuka butik pertama di Bangi, Selangor.”
Selepas sedekad berumah tangga, pasangan ini kian matang mengatur strategi bisnes yang dibangunkan bersama.
“Dalam berniaga kita harus bersikap profesional dan realistik, paling penting kalau terlibat di dalam satu projek misalnya, pastikan semuanya perlu ada hitam dan putih agar tidak ditipu.
Bagi saya perkara ini adalah satu tindakan utama yang harus dilakukan bagi menjamin kelancaran sesebuah perniagaan, lagipun ia amat penting untuk melindungi diri kita daripada kerugian.”
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Leeyanarahman Empire Sdn Bhd dan beribu pejabat di Hub Perindustrian Suntrack, Selangor ini sebenarnya bukan asing lagi di kalangan penggemar fesyen Muslimah. Selepas kejayaan koleksi GEMERSIK RAYA, kini Nur Liyana fokus terhadap jualan tudung bawalnya.
“Sebelum tudung kami terlebih dahulu keluarkan pakaian Muslimah. Jualan tudung kami mula sejak Oktober 2022 dan hingga sekarang sudah 700,000 helai tudung terjual.”
Hampir 12 tahun bina empayar LEEYANARAHMAN, bisnes mereka turut berkembang menghasilkan pelbagai produk lain. Antaranya busana lelaki dan produk kosmetik. Moga segala perancangan Liyana dan Hafiz dipermudahkan serta mampu menyuntik inspirasi kepada golongan muda untuk melakar kejayaan sama kelak.
Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum bererti betul. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.
Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya kerana tidak benar dalam mencuci kemaluannya.
Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba2 berkata:
”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”
Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang mengabaikan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.
Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.
WANITA:
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bahagian dalamnya dengan memasukan sedikit jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.
Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, kerana hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.
LELAKI:
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.
Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dengan air sampai bersih.
SANGAT PENTING
Begitu juga semasa membasuh air besar, sangat penting untuk memasukan satu jari kedalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dengan air hingga terasa najis benar-benar telah hilang dan bersih.
Betulkah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum betul, mari bersama-sama kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang sebenar. Ini kerana telah dijanjikan neraka bagi mereka yg tidak istibro’ (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...