Pemilihan beg yang baik sebenarnya amat bergantung kepada bentuk badan seorang wanita. Maka sebab itulah wanita perlu bijak memilih beg tangan yang sesuai dan tidak hanya terpengaruh dengan jenama semata-mata.
Adakalanya kita lihat beg tertentu cantik dipakai oleh orang lain, namun apabila kita pakai, kurang sepadan pula. Apakah sebabnya? Inilah yang kita perlu ambil tahu kerana tidak semua beg sesuai dengan semua orang. Amat penting untuk kita memilih beg yang sesuai dengan gaya hidup dan personaliti diri.
Berikut tip pemilihan beg yang boleh dijadikan panduan ketika memilih beg tangan.
BENTUK BEG TANGAN BERLAWANAN DENGAN BENTUK BADAN
Bentuk beg tangan haruslah berlawanan dengan bentuk badan. Dalam situasi ini, anda haruslah benar-benar memahami bentuk badan anda sama ada jenis curvy atau solid. Jika anda memiliki bentuk badan jenis curvy, beg tangan yang sesuai dengan saiz anda ialah beg tangan yang mempunyai struktur solid. Manakala jika bentuk badan anda adalah solid, maka beg tangan yang sesuai digayakan adalah beg tangan berstruktur curvy.
LEBAR BEG TANGAN TIDAK MELEBIHI LEBAR BADAN
SAIZ BEG TANGAN SEIMBANG DENGAN SAIZ BADAN
Saiz beg tangan juga perlulah seimbang dengan saiz badan. Berdasarkan gambar di bawah, imej wanita pertama dari kiri mengenakan beg tangan yang sesuai dengan saiz badannya. Saiz beg tangan itu langsung tidak mencacatkan imej wanita tersebut, ditambah lagi dengan tali pemegang beg tangan yang tidak begitu panjang melengkapkan lagi imej yang dipaparkan.
Kesesuaian itu yang lebih utama. Dengan pemilihan beg tangan yang tepat maka gaya penampilan kita juga jadi lebih menyerlah!
Sumber kredit: puanmary.com