“Bayinya Nanti ‘Strong’ Macam Maknya”- Tetap Aktif Walaupun Hamil, Netizen Terpegun Tonton Video Senaman Uyaina!

Share

Pengacara popular, Uyaina Arshad yang kini sedang hamil anak sulungnya kelihatan cergas dan aktif melakukan senaman yang dikongsikan dalam laman Instagramnya.

Menerusi perkongsiannya itu, Uyaina yang merupakan salah seorang pengacara program bual bicara Wanita Hari Ini menyatakan bahawa sebelum ini dia terpaksa menangguhkan rutin senamannya kerana kesihatan badannya yang tidak mengizinkan.

Last week Yana dapat train sekali je dengan Elaine sebab Yana tak sihat. Batuk, flu, sakit tekak & demam sikit. Test Covid negative. And Dr pun tak bagi antibiotics sebab risau kat baby. So kita hadap jelah.

Tambah Uyaina yang kini kembali sihat, senaman yang dilakukan dengan pengawasan seorang jurulatih itu bukanlah senaman yang biasa-biasa. Meskipun nampak seperti ringkas dan sederhana, namun ia merupakan senaman yang mampu mengeluarkan peluh yang banyak.

Harini Alhamdulillah feeling better & stronger! So Kita pulun sikit. Exercises ni nampak je simple. Tapi peluh dasyat juga.

Kongsi Uyaina lagi, bagi para ibu yang sedang hamil, senaman squat boleh dilakukan dalam pelbagai cara mengikut kesesuaian bebanan. Namun apa yang penting ketika melakukan senaman untuk menguatkan pelvik ini ialah bernafas dan lakukan secara perlahan.

Mommies, you can add some variations to your squats. Add some weights kalau larat. Yang penting, breathe! Slow and steady okay? Exercises ni semua to strengthen our pelvic floor.

Uyaina mendirikan rumah tanggan bersama pasangan, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur. Kini, pasangan sejoli ini sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka yang kini sudah berusia hampir lima bulan.

Sumber gambar: Instagram Uyaina Arshad

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista.

Klik di sini.

 

Published by
Putra