Bayan Galal, Muslim Pertama Dilantik Sebagai Presiden Badan Pelajar Yale University

Share

Siapa yang tidak kenal Yale University yang merupakan antara universiti terkemuka dunia dan berada dalam kelompok ivy league. Bukan mudah untuk mendapatkan tempat disini sebagai pelajar melainkan individu tersebut cemerlang bukan sahaja dalam pejalaran tetapi juga peribadinya.

Mencipta nama dalam sejarah 320 universiti berkenaan, Bayan Galal menjadi Muslim pertama dipilih sebagai presiden badan pelajar universiti berkenaan. Memperolehi 56 peratus majoriti undian keseluruhan menjadikan dia calon pilihan para pelajar yang mengundi.

Dalam laporan stesen televisyen tempatan Connecticut, WFSB, Bayan Galal berkata, “Sebagai seorang wanita Muslim, saya hanya dapat mencapai banyak perkara kerana orang lain yang telah memberikan sokongan kepada individu seperti saya. Tujuan saya adalah untuk membina masa depan yang lebih cerah kepada generasi akan datang dengan memberikan hasil untuk badan pelajar Yale.”

Bayan merupakan pelajar dalam dua jurusan utama iaitu Biologi Molekular dan Perhubungan Antarabangsa dan minor dalam jurusan pengajian kesihatan global.

Sebagaian daripada mesej kempennya ketika bertanding, dia menyatakan kepada WFSB bahawa dia menekankan platform untuk ‘membangunkan Yale yang lebih sihat’ menerusi pemerhatian semasa pandemik Covid-19 berlaku, faktor lain memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan pelajar.

“Kami memiliki lima prinsip utama kesihatan – kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesihatan masyarakat, kesihatan akademik dan kesihatan kewangan, dan tujuannya adalah sebagai pentadbiran, kami akan menekankan kelima-lima prinsip kesihatan dengan mendekatinya secara holistik,” jelasnya.

Menarik tentang Bayan, sebelum ini kakaknya, Ayah Galal juga memecah sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama yang memakai hijab sebagai wartawan di saluran televisyen tempatan di Connecticut.

Sumber: The National News

Sumber gambar: Instagram Bayan Galal

Published by
Fiezreen