Zahirah Macwilson bukanlah satu nama baru dalam industri hiburan tanah air. Sememangnya kemunculan Zahirah menyerikan lagi industri ini berbekalkan bakat lakonan yang mantap serta raut wajah yang jelita. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap lakonannya pasti berjaya meninggalkan kesan di dalam hati.
Terbaru, drama lakonannya bertajuk Tak Ada Cinta Sepertimu telah ditayangkan di Astro Ria dan mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan para peminat. Drama ini telah pun tamat semalam dan dalam drama ini, Zahirah membawa watak seorang wanita bertudung bernama Athea yang menjaga dua orang anak buahnya.
Menerusi drama ini, Zahirah dilihat berpenampilan sungguh manis dengan hijab yang disarungnya. Malah, dia juga dilihat begitu ayu menyarung pakaian yang menutup aurat, sopan serta longgar. Apa yang menarik perhatian Hijabista adalah hijab yang disarungnya kelihatan begitu cantik terletak di kepala tidak kira sama ada dia memakai tudung bawal ataupun selendang, Biarpun tidak bergaya dengan lilitan yang terkini, Zahirah tetap nampak cantik.
Ayuh kita lihat 10 gaya hijab Zahirah Macwilson di dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu.
Memandangkan cuaca sekarang sangat tidak menentu dan panasnya agak terik, ia bukanlah alasan untuk kita tidak menggayakan hijab sebaik mungkin. Jangan pula dek kerana cuaca panas anda gayakan hijab dengan sambil lewa dan selekeh.
Ada beberapa ciri yang perlu anda berikan perhatian untuk memastikan anda kekal selesa berhijab sewaktu cuaca panas. Mari kita lihat beberapa tip tersebut.
Kunci keselesaan berhijab tatkala cuaca panas adalah pemilihan fabrik yang betul. Fabrik kapas sangat sesuai untuk cuaca panas terik. Tidak kiralah shawl atau bawal, elakkan hijab dari fabrik yang berat dan tidak serap peluh. Jenuh anda nanti!
Celana denim merupakan item esensi semua wanita tetapi cuaca yang panas kadangkala memberi cabaran lain apabila memakai celana denim. Pilihlah celana dari fabrik ringan seperti cotton atau lycra lembut untuk palazzo. Elakkan celana dari fabrik licin atau sifon yang mana penyerapan peluhnya satu masalah.
Jangan pilih celana yang sendat atau legging! Celana yang lebar seperti palazzo dan potongan boot cut sebenarnya lebih selesa dan berangin.
Pilihan ini lebih bijak untuk anda menghadapi cuaca panas terik. Mereka bukan sahaja feminin dan manis, ia mudah untuk disuai padankan dengan banyak item. Jika anda mahu menggayakan jaket atau kardigan, pilih dres yang tiada lengan kerana ia lebih selesa untuk layering.
Skirt labuh sangat versatil dan anda tidak perlu fikir banyak. Ambil sehelai kemeja atau blaus, skirt labuh dan shawl cotton, padankan dan siap! Easy peasy
Jangan biarkan cuaca panas mengurangkan meter stail anda. Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk mencuba stail baru dan juga gayakan hijab anda sedikit berbeza berbanding biasa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semua sedia maklum penyanyi yang mencipta nama di negara Tembok Besar China, Shila Amzah sedang meniti hari bahagianya minggu ini. Beliau bakal menamatkan zaman gadisnya setelah bertunang hujung tahun lalu dengan pilihan hatinya, Haris Idraki. Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah, Shila Amzah juga seperti gadis lain turut melakukan beberapa majlis kecil seperti khatam Quran dan berinai. Ternyata seri pengantin baru cukup terserlah di wajahnya. Shila Amzah kelihatan cukup jelita dan cantik dengan penampilan sopan memenuhi ciri-ciri gadis Muslimah.
Dalam majlis khatam Quran yang dilakukan sebelah siang di kediamannya, Shila Amzah tampil cantik dengan dress moden rona peach dengan solekan ringkas yang cukup menyerlahkan lagi sisi jelitannya.
Penyanyi yang baru dinobat dalam senarai Forbes 30 Under 30 ini turut diiringi dayang-dayang yang juga merupakan teman baiknya, Fara Fauzana dan Jihan Muse yang mana masing-masing cukup sportingmenggayakan busana rona birulembut sedondon.
Shila Amzah telah mengetuai majlis khatam Quran berkenaan memperdengarkan bacaan dengan suara yang lunak merdu kepada hadirin yang turut hadir.
Dan sebelah malamnya pula telah diadakan pula majlis berinai kecil. Kali ini penampilan Shila lebih menyerlah dengan rona garang.
Khabarnya majlis ijab kabul pasangan ini akan berlangsung pada hari jumaat ini di kediamannya. Melihat busana yang digayakan cukup cantik, tidak sabar untuk melihat persalinan di majlis pernikahan dan perkahwinan mereka berdua nanti.
Biasanya kita melihat penampilan selebriti ini cukup menarik dan lain dari yang lain jika menghadiri majlis seperti anugerah yang menghargai bakat mereka. Sudah tentu mereka ini akan bergaya sakan memenuhi tema yang ditetapkan. Sebagai seorang selebriti penampilan mereka ini tetap stailo, walaupun ketika mengerjakan ibadah umrah di tanah suci. Antara yang bijak bergaya adalah Rozita Che Wan, Fazura dan Elfira Loy yang memang tetap kelihatan cantik biarpun sedang mengerjakan ibadah umrah.
Sempena Jumaat nan barakah ini, jom kita intai OOTD selebriti yang tampil cantik biarpun dalam jubah atau niqab.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.