Wajah cantik berseri tanpa sebarang cela, segala-galanya tampak sempurna dan sentiasa bergaya. Namun dalam kesempurnaan luaran itu, masih terdapat segelintir individu yang mempunyai masalah bau badan yang menyesakkan hidung sehingga akhirnya menjejaskan penampilan diri seseorang individu.

Bagi wanita, bau badan walaupun sedikit tetap merunsingkan. Selain masalah bau badan, masalah ketiak hitam juga antara masalah yang sering dihadapi. Meskipun masalah itu ‘tersembunyi’ selain menggunakan deodoran untuk ‘menutup’ bau badan namun ia tetap menimbulkan rasa rendah diri.

IKLAN

Petua Putihkan Ketiak dan Hilangkan Bau Badan:
Antara cara-caranya:
1. Ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi.
Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak, seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah.
Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.
Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan. InsyaAllah.
2. Cuci ketiak anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, setelah itu basuh bersih dengan menggunakan air suam.
3. Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dengan menggunakan span ataupun kapas.
Sumber gambar: guide.alibaba.com
Kecantikan seorang wanita itu bukan hanya pada wajah sahaja tetapi dari hujung rambut ke hujung kaki. Boleh cuba amalkan tip-tip ini untuk mengurangkan/menghilangkan bau badan dan juga mencerahkan ketiak yang hitam/gelap.