Di rumah, kita pasti mahukan satu momen aromaterapi yang cukup nyaman membuatkan diri ini seolah-olah di suatu tempat yang indah dengan bau yang wangi. Jadi tidak sukar untuk mendapatkan alat yang boleh bantu memberikan satu aromaterapi.
Ada sesetengah orang yang menggunakan peranti seperti essential oil diffuser, pewangi automatik dan ada juga menggunakan lilin pewangi. Jadi penggunaan lilin pewangi ini bukanlah satu benda yang baru, ramai juga gemar mengumpul lilin pewangi kerana ia mampu memberikan wangian ala aromaterapi buat anda.
Penggunaan lilin pewangi sebagai aromaterapi
Penggunaan lilin menjadi satu alat yang pengcahayaan buat seketika waktu dahulu oleh kerana tiada elektrik untuk di gunakan kepada lampu kalimantang seperti yang kita ada di rumah, pejabat, dan di mana-mana. Kini lilin bukan sahaja di buat menjadi sebagai alat pengcahayaan, malah, telah menjadi sebagai satu objek aromaterapi.
Ramai orang yang membeli lilin pewangi kerana manfaatnya yang boleh membantu dalam mengurangkan stres dan mendapatkan ketenangan. Aroma yang keluar dari lilin pewangi ini sangat berguna untuk mewujudkan suasana menjadi tenang apabila ia di bakar. Asap yang keluar bukanlah berwarna hitam seperti yang kita sering lihat, ia tidak begitu kelihatan dan akan memberikan bau mengikut ‘flavour’ lilin pewangi itu.
Hakikatnya, lilin pewangi ini di percayai dapat memberikan kesan yang merbahaya kepada pengguna yang menghidu dengan terlalu lama. Jadi apakah penggunaan sebagai aromaterapi itu boleh membawa maut?
Artikel berkaitan: Memang Menjadi! Tak Perlu Buang Gel Pewangi Yang Kecut, Cuba Cara Ini Pasti Boleh Guna Lagi
Lilin pewangi bersifat toksik?
Menurut hellodoktor, kebanyakan lilin pewangi yang di hasilkan adalah dari sumber petroleum. Pada tahun 2009, terdapat satu kajian yang mendapati pembakaran lilin parafin (lilin pewangi) ini melepaskan sejenis bahan kimia yang berbahaya seperti toluena. Namun begitu, kajian tersebut tidak pernah di terbitkan dan telah menjadi satu pertikaian oleh National Candle Association dan juga European Candle Association yang berpusat di Amerika Syarikat dan Eropah.
European Candle Association menyatakan bahawa kajian tersebut tidak menerangkan dan menunjukkan sebarang data serta kesimpulan berkenaan bahaya dalam penggunaan lilin, hanya dakwaan yang begitu sahaja. Pada tahun 2007, Europian Candle Association telah menjalankan satu kajian yang memeriksa setiap jenis lilin untuk memastikan jika terdapat bahan kimia yang beracun. Hasil dari kajian itu, tahap bahan kimia yang di lepaskan oleh setiap jenis lilin yang berbeza adalah pada paras yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan manusia.
Penggunaan lilin pewangi ini selamat di guna atau tidak?
Asap yang di hasilkan oleh pembakaran lilin boleh di samakan dengan asap yang terhasil daripada enjin diesel. Namun, berbeza dengan lilin pewangi kerana ia melepaskan sebatian organik yang mengeluarkan asap seperti formaldehid. Ada yang mendakwa ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser.
Walaupun begitu, ia masih tidak dapat di jelaskan sekiranya sebatian yang keluar dari lilin pewangi sebetulnya boleh menjejaskan kesihatan atau sebaliknya. Ada juga individu yang mengalami alahan seperti bersin, hidung berair, dan juga sinus yang tersumbat sekiranya terhidu bau dari lilin pewangi.
Tidak kira apa sekalipun yang di bakar, terdapata bahan kimia yang di lepaskan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. Bagi mengurangkan risiko terhidu bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat ini, anda boleh gunakan alternatif lain yang diperbuat daripada bahan semulajadi, sebagai contoh:-
- Lilin kelapa
- Lilin lebah
- Lilin soya
- Lilin kelapa sawit
- Lilin sayuran
Sejujurnya, anda boleh sahaja untuk menggunakan lilin pewangi untuk mendapatkan kelebihan dan manfaat. Tapi anda perlu, menghidu sebarang jenis asap dengan kadar yang banyak, ia boleh membahayakan kesihatan anda. Jadi jika ingin bakar lilin pewangi, anda perlu pastikan aliran pengudaraan anda yang baik dan asap lilin yang tidak terkumpul.
Artikel berkaitan: Sering ‘Sold Out’, Pewangi Viral Ini Boleh Hilangkan Bau Hapak & Wangikan Kereta
Sumber gambar: Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI