Apabila berbuka puasa, pastinya kita akan mencari makanan berat dan juga air terlebih dahulu untuk memenuhi tuntutan perut yang berkeroncong setelah seharian menjalani ibadah puasa.

Bila dah kenyang, mesti ada keinginan nak basahkan tekak dengan pencuci mulut yang sejuk, manis dan berlemak. Jadi apa kata Hijabi cuba buat sendiri resepi puding buah koktail ini di rumah! Rasanya sungguh menyegarkan. Cara penyediaanya pun mudah sahaja tau!

Di sini Hijabista kongsikan bahan-bahan yang diperlukan dan resepi untuk merealisasikanya.

Ads

Bahan-Bahan Membuat Agar-agar Merah:

  • 400 ml susu cair
  • 100 ml krim masakan jenis heavy cream.
  • 4 sudu sirap perisa stroberi
  • ½ bungkus (3½ g) agar-agar perasa asli berwarna putih
  • ½ sudu jeli perasa asli berwarna putih

Bahan-Bahan Membuat Agar-Agar Koktail:

  • 300 ml susu cair
  • 100 ml krim krim masakan jenis heavy cream
  • ½ bungkus (3½ g) agar-agar asli berwarna putih
  • ½ sudu jeli berwarna putih
  • 1 tin (385 g) fruit cocktail, asingkan airnya 100 ml

Basahkan Tekak Setelah Berbuka, Nikmati ‘Puding Fruit Cocktail’ Yang Menyegarkan!

Artikel berkaitan: Minum Air Tembikai Merah Je? Bosan Weh! Improvise Lah Sikit, Ini Resipi Air ‘Tembikai Pelangi’ Yang Menyegarkan!

Ads

Cara Membuat:

  • Agar-agar merah: Campur semua bahan. Masak di atas api kecil sambil dikacau perlahan-lahan (untuk mengelakkan susu dan krim pecah lemak).
  • Apabila telah mendidih. Angkat, dan tuangkan ke dalam gelas yang ingin disajikan dan sengetkan gelas 45º darjah dan biarkan agar-agar sejuk pada suhu bilik hingga agar-agar mengental selama 15 minit.
  • Agar-agar putih: Campurkan kesemua bahan, kecuali cocktail dan airnya. Masak di atas api kecil dan ulang langkah sama seperti tadi. Apabila telah mendidih angkat dan tambahkan air cocktail, dan kacau sehingga sebati.
  • Setelah itu, tuang cecair agar-agar putih ke dalam cawan agar-agar merah yang sudah mengental tadi, biarkan sejuk pada suhu bilik hingga agar-agar mengental selama 15 minit.
  • Setelah agar-agar mengental, masukkan kedalam peti ais selama satu jam.
  • Setelah siap, keluarkan agar-agar dan tambahkan buah koktail ketika hendak disajikan.

Mudah je kan nak buat? Tak perlu beli pencuci mulut yang fancy-fancy pun. Buat sendiri je di rumah. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Berbuka Puasa Dengan Teh Ais? Boring! Jom Buat ‘Almond Cloud Milk Tea’ Yang Estetik Ni

Ads

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI