Rezeki Allah SWT itu sangat luas. Keluasannya itu sehingga mampu memberi kebahagiaan kepada seluruh umat manusia di muka bumi. Jadi, usahlah kita sebagai hambanya selalu mengatakan bahawa rezeki Allah itu tidak mencukupi.
Malahan, sebagai umat Islam, kita seringkali disarankan untuk mengamalkan pelbagai amalan untuk memperolehi rezeki daripada-Nya. Pelbagai doa mahupun zikir yang boleh anda amalkan supaya diberi keluasan rezeki oleh-Nya. Berikut Hijabista senaraikan tujuh jenis zikir yang hijabi boleh jadikan amalan setiap hari.
“Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah”
(HR. At- Tabrani)Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
“Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu”. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
Artikel berkaitan: Pokok Meliuk Lentuk ‘Rancak’ Berzikir, Mungkinkah Petanda Malam Lailatul Qadar?
“Barang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. AtTabrani)
Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).
“Barang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
“Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah. Jika jauh maka dekatkanlah. Jika dekat maka mudahkanlah. Jika sedikit maka banyakkanlah. Berkat keagungan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala apa jua bentuk rezeki yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh. Kabulkanlah doa kami.. Aamin yarabbalamin”.Artikel berkaitan: Berpeluangkah Mencari Lailatul Qadar Jika Didatangi Haid Pada 10 Malam Terakhir?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.