Hari ini genap seminggu seluruh umat Islam menyambut dan meraikan ketibaan Syawal, bermakna sudah seminggu juga bulan mulia Ramadan Al Mubarak melabuhkan tirainya dan pergi meninggalkan kita.
Ramadan yang telah pun berlalu diibaratkan sebagai madrasah terbaik dalam memupuk keimanan melalui tarbiah diri tidak kira samada secara fizikal dan spiritual.
Namun, apa yang menyedihkan setelah pemergianya, ada dikalangan kita yang kembali kepada tabiat lama iaitu culas dalam melaksanakan ibadah.
Solat berjemaah menjadi asing, bacaan al-Quran sudah semakin sepi dan fakir miskin serta anak yatim kembali terpinggin tanpa diendahkan oleh sesiapa pun.
Justeru, melihatkan perkara ini, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan sebuah doa dan beberapa amalan yang dapat dipraktikan meskipun kita berada di luar bulan Ramadan agar dapat kekal istiqamah dalam melaksanakan ibadah sebagai seorang hamba terhadap Allah yang maha esa.
Selama sebulan berhempas pulas dan pulun mencari secebis pahala di bulan Ramadan, mungkin ada diantara kita yang merasakan bahawa inilah masanya untuk berehat dan bersenang-senang semula. ‘Lupakan’ seketika soal ibadah dan nikmati serta raikan Syawal yang telah tiba.
Ini merupakan antara tabiat dan sifat semulajadi yang ada di dalam diri seorang manusia. Kerana kita sememangnya mudah alpa dan lupa.
Artikel berkaitan: Ramadan Bulan Terbaik Untuk ‘Berubah’, Tapi Gusar Iman Turun Naik? Jadikan Doa Ini Sebagai Amalan!
Malah, setiap perkara yang dilakukan setiap hari secara berulang-ulang pasti membuatkan kita merasa letih dan hilang keghairahan untuk melaksanakanya. Namun, tak ramai yang cakna bahawa penat lelah melakukan ibadah antara penat yang disukai oleh Allah SWT.
Ada satu doa yang boleh diamalkan Hijabi sekiranya mulai merasa lesu, letih, lelah dan tidak lagi bersemangat untuk beribadah.
Doa ini dikongsikan oleh pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang mana merutnya jika diamalkan, doa ini mampu mengembalikan semangat serta menyegarkan jiwa yang lesu beribadah itu.
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah ENGKAU pesongkan hati kami sesudah ENGKAU beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya ENGKAU jualah TUHAN Yang melimpah-limpah pemberianNYA.” (Surah Ali Imran, ayat 8)
Dalam sehari ada lima waktu yang diperuntukkan untuk kita sebagai umat Islam untuk ‘dating’ dan bertemu dengan yang maha pencipta.
Jadi, dalam setiap solat fardhu yang dilaksanakan, berdoalah minta agar kembali diberi semangat dan keazaman yang tinggi dalam mengerjakan ibadah serta diberi ketetapan iman agar hati tidak berbolak balik. Selamat beramal!
Artikel berkaitan: Sayu Hati! Ramadan Bakal ‘Pergi’, Amalkan Doa Ini Di Penghujungnya Moga Peroleh..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.