Hari ini genap seminggu seluruh umat Islam menyambut dan meraikan ketibaan Syawal, bermakna sudah seminggu juga bulan mulia Ramadan Al Mubarak melabuhkan tirainya dan pergi meninggalkan kita.
Ramadan yang telah pun berlalu diibaratkan sebagai madrasah terbaik dalam memupuk keimanan melalui tarbiah diri tidak kira samada secara fizikal dan spiritual.
Ramadan Telah Berlalu, Adakah Amal Ibadah Kita Juga Kelaut Biru?
Namun, apa yang menyedihkan setelah pemergianya, ada dikalangan kita yang kembali kepada tabiat lama iaitu culas dalam melaksanakan ibadah.
Solat berjemaah menjadi asing, bacaan al-Quran sudah semakin sepi dan fakir miskin serta anak yatim kembali terpinggin tanpa diendahkan oleh sesiapa pun.
Justeru, melihatkan perkara ini, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan sebuah doa dan beberapa amalan yang dapat dipraktikan meskipun kita berada di luar bulan Ramadan agar dapat kekal istiqamah dalam melaksanakan ibadah sebagai seorang hamba terhadap Allah yang maha esa.
Doa Kembali Menyemarakkan Jiwa Untuk Beribadah!
Ads
Selama sebulan berhempas pulas dan pulun mencari secebis pahala di bulan Ramadan, mungkin ada diantara kita yang merasakan bahawa inilah masanya untuk berehat dan bersenang-senang semula. ‘Lupakan’ seketika soal ibadah dan nikmati serta raikan Syawal yang telah tiba.
Ini merupakan antara tabiat dan sifat semulajadi yang ada di dalam diri seorang manusia. Kerana kita sememangnya mudah alpa dan lupa.
Malah, setiap perkara yang dilakukan setiap hari secara berulang-ulang pasti membuatkan kita merasa letih dan hilang keghairahan untuk melaksanakanya. Namun, tak ramai yang cakna bahawa penat lelah melakukan ibadah antara penat yang disukai oleh Allah SWT.
Ads
Ada satu doa yang boleh diamalkan Hijabi sekiranya mulai merasa lesu, letih, lelah dan tidak lagi bersemangat untuk beribadah.
Doa ini dikongsikan oleh pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang mana merutnya jika diamalkan, doa ini mampu mengembalikan semangat serta menyegarkan jiwa yang lesu beribadah itu.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah ENGKAU pesongkan hati kami sesudah ENGKAU beri hidayah petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya ENGKAU jualah TUHAN Yang melimpah-limpah pemberianNYA.” (Surah Ali Imran, ayat 8)
Dalam sehari ada lima waktu yang diperuntukkan untuk kita sebagai umat Islam untuk ‘dating’ dan bertemu dengan yang maha pencipta.
Jadi, dalam setiap solat fardhu yang dilaksanakan, berdoalah minta agar kembali diberi semangat dan keazaman yang tinggi dalam mengerjakan ibadah serta diberi ketetapan iman agar hati tidak berbolak balik. Selamat beramal!
Tular baru-baru ini perkongsian pelakon tempatan Aaron Aziz mengenai status dia digugurkan sebagai pelakon filem The Original Gangster.
Membuat satu hantaran di Instagram, Dato’ Aaron Mustapha Aziz menjelaskan percubaannya dalam menurunkan berat badan demi membintangi filem arahan Syamsul Yusof itu.
Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon terkenal itu, Datin Diyana Halik membuat satu hantaran khas untuk menyuarakan ketidakpuasan hatinya ekoran statement yang diberikan tentang tubuh badan suaminya.
“Selepas menenangkan diri sempena bulan suci Ramadan, saya ingin membuat satu pesanan. Perasaan bercampur-baur melihat apa yang terjadi di media sosial,
“Hati saya sedih melihat suami saya (Aaron Aziz) di hina secara terbuka,
“Selama ini saya tidak pernah terfikir untuk meluahkan sesuatu yang peribadi di sosial media. Tetapi kali ini tidak lagi dan saya ingin melindungi hak suami saya.” tulisnya.
Katanya, apa yang menjadi kepentingan sekarang adalah soal maruah suaminya apabila ramai mempersoalkan tentang perubahan badannya itu.
“Saya lihat usaha suami saya untuk menjayakan projek ini. Bukanlah ingin menyoal tentang rezeki yang ‘ditarik’ malah lebih kepada ingin menegur cara yang ‘tidak menghormati’ pihak lain, SubhanaAllah,
“Berjurai air mata saya demi projek ini. Pertama kali dalam hidup saya sebagai pengurus terpaksa lalui perkara sebegini,
“Sebagai pengajaran, biarlah kita berpada-pada. Berbudi bahasa sangat penting. Terima kasih Allah SWT kerana lindungi suamiku dari projek ini. Allah SWT lebih mengetahui apa yang baik.” katanya lagi.
Sekadar info, Aaron Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia terpaksa menurunkan berat badan mengikut ideal yang diingini pengarah, Syamsul Yusof. Dia juga terpaksa lalui beberapa suntikan untuk berusaha dapatkan badan yang digambarkan itu.
Sumber: Instagram @Diyanahalik
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mira Filzah lebih dikenali sebagai seorang selebriti yang begitu menjaga penampilan dirinya. Malah dia juga dilihat begitu menjaga batas aurat menjadikan dirinya sebagai idola kepada hijabi di luar sana. Tanpa mendedahkan apa yang sepatutnya setiap kali bergambar terutama di laman sosial membuatkan aura pelakon serta pengacara Nona ini cukup kuat dan begitu disayangi peminatnya. Bersandarkan wajah yang jelita serta bakat semula jadi, Mira antara pelakon yang juga menjadi pilihan ramai.
Setiap #OOTD yang santun juga menjadi inspirasi buat hijabi yang masih tercari-cari gaya bersesuaian tika bersantai atau ketika bercuti bersama teman-teman. Tanpa solekan tebal juga memperlihatkan sisi comel Mira Filzah.
Ini antara 10 #OOTD Mira Filzah yang santun dan sering jadi contoh buat hijabi di luar sana.
Merupakan seorang pelarian dari Afghanistan, wanita berusia 27 tahun ini mula menjejakkan kakinya ke bumi Australia ketika berusia lapan tahun setelah tiga tahun bapanya berhijrah terlebih dahulu. Status keluarganya yang bersangkut paut dengan dunia politik menjadikan mereka sebagai sasaran puak Taliban sehingga menyebabkan keluarganya mengambil keputusan untuk meninggalkan Afghanistan
Di Australia, bapa Fatima bekerja sebagai pemandu teksi, pembantu dapur dan pengawal keselamatan demi membina sebuah kehidupan baharu untuk isteri dan anak-anak. Ibunya pula menubuhkan sekolah memandu, untuk menyara keluarga mereka dan membantu peringankan bebanan ayahnya.
Setelah menyaksikan perjuangan ibu bapanya sebagai pendatang baharu ke Australia, Fatima menjadi penganjur kesatuan di United Worker’s Union, yang mewakili pekerja merentas pelbagai industri termasuk pembersih, pekerja penjagaan warga emas dan pendidik pusat penjagaan kanak-kanak.
Fatima Payman menjadi pemecah tembok stigma untuk wanita Islam selepas dia menjadi ahli politik berhijab pertama yang memenangi undi yang mencukupi untuk menduduki kerusi di Dewan Senat Australia menerusi parti Buruh.
“Saya mahu menormalkan pemakaian hijab. Saya berharap dapat menjadi inspirasi kepada ramai anak muda Australia yang lain, bahawa hanya kerana anda percaya kepada Tuhan, atau hanya kerana anda kelihatan berbeza, ia tidak seharusnya menghalang anda daripada terlibat dalam institusi yang penting.
“Anda tidak boleh menjadi apa yang anda tidak dapat lihat, dan parlimen tidak mencerminkan masyarakat umum Australia, maka bagaimana anda boleh mempunyai kepercayaan penuh bahawa mereka boleh mendengar suara anda, dan menjadi suara anda yang berkuasa?” ujarnya dalam satu temubual bersama The Guardian.
Berada dalam negara yang bukan majoriti warganya beragama Islam, pemilihan Fatima oleh rakyat kulit putih yang lain menonjolkan keterbukaan dan penerimaan terhadap masyarakat Islam. Mereka saling hormat sebagai satu komuniti yang berusaha menjadikan persekitaran kehidupan yang positif.
Menurut profil peribadinya di laman web rasmi parti Buruh, dia sangat bersemangat untuk memecahkan halangan untuk wanita dan golongan muda, dan menggalakkan mereka menyuarakan pendapat mereka. Fatima juga mahu berkhidmat dan membalas jasa kepada komuniti yang telah banyak membantunya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: (1), (2)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...