Rasanya baru menyaksikan majlis pernikahan dan perkahwinan pelakon, pengacara kecil molek, Elfira Loy dan pasangannya yang sangat indah awal tahun ini. Dan sejak berkahwin, pelakon ini tidak banyak muncul dalam mana-mana majlis, hanya muat turut perkembangan terkini dalam laman media sosialnya.
Namun rupa-rupanya dalam diam, Elfira Loy sebenarnya kini sedang hamil anak pertamanya. Memberitahu berita gembira itu ketika majlis kolaborasi bersama jenama tempatan MC Vogue petang semalam di Kuala Lumpur.
Elfira mengesahkan mengenai dirinya berbadan dua.Ia sekaligus menamatkan teka teki yang berbangkit selama ini mengenai badannya yang mula berisi sebelum ini.
Elfira atau nama penuhnya,Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri walau bagaimanapun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya itu kerana berasakan lebih manis ia diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.
“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami.
“Saya sudah melepasi trimester pertama (1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk,” katanya yang kelihatan cukup berseri-seri dan sedikit berisi.
Tambah pelakon Qalesya itu lagi, dia juga akan memperlahankan kerjaya seninya sehingga selamat bersalin hujung tahun ini.
“Saya sudah cuba berlakon semasa trimester pertama dan ia sangat memenatkan. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat dahulu berlakon memandangkan ini kehamilan pertama,” jelasnya lagi.
Elfira dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lau selepas tidak sampai setahun berkenalan.
Dalam pada itu, sebaik mengetahui pelakon kesayangan mereka hamil anak pertama, netizen turut mengucapkan tahniah dan rata-rata tidak sabar menantikan kehadiran Elfira Jr.
me.paijah Congrats on your pregnancy!
_intanntsya_ Tahniah mom to be? x sabarrr nk tgok baby
nraliahsham Congrats kak El???may Allah bless you??can’t wait to see the baby
thesyuhaila Tahniahh x sabar tunggu cute baby
Malah ada juga yang turut mendoakan kesihatan Elfira menjaga kandungan sebaiknya sehingga proses kelahiran anak pertamanya nanti.
_farhx congratulations Kak El !!!! I’m so happy for you , sampai menitis air mata ni sebab happy hehe ! Jaga kesihatan kak El and baby okay ?!
rosliasiah Tahniah Elfira dan Faris.Jaga kesihatan diri dan baby ok.Semoga segala urusan dipermudahkan Allah.Amin
zierahazmi Congrats kak @elfiraloy? semoga akk n kndungn sihatt
fizahsalleh Tahniah elfira. Semoga dipermudahkan urusan sehingga bersalin. Aminn
Dalam majlis berkenaan MC Vogue juga buat julung kali menjalinkan kolaborasi bersama Elfira yan juga seorang ahli pernigaan.
Lalu terhasillah nama Elfira Loy X MC Vogue. Hadir dengan empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri, kerjasama ini melambangkan sentuhan feminin dan elegan pada masa sama yang sering menjadi pilihan si genit itu.
Koleksi ini menggunakan bahan rona lembut, sejuk, berbulu, manik berkilauan dan kasut kaca cinderella sering diterangkan dengan jelas, meningkatkan rasa keajaiban untuk genre seumpama ini. Harga sepasang RM299 juga sangat mampu milik.
MC Vogue yang merupakan akronim kepada Muslimah Collection dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Teff and May sejak tahun 2012 lagi.