Rasanya baru menyaksikan majlis pernikahan dan perkahwinan pelakon, pengacara kecil molek, Elfira Loy dan pasangannya yang sangat indah awal tahun ini. Dan sejak berkahwin, pelakon ini tidak banyak muncul dalam mana-mana majlis, hanya muat turut perkembangan terkini dalam laman media sosialnya.
Namun rupa-rupanya dalam diam, Elfira Loy sebenarnya kini sedang hamil anak pertamanya. Memberitahu berita gembira itu ketika majlis kolaborasi bersama jenama tempatan MC Vogue petang semalam di Kuala Lumpur.
Elfira mengesahkan mengenai dirinya berbadan dua.Ia sekaligus menamatkan teka teki yang berbangkit selama ini mengenai badannya yang mula berisi sebelum ini.
Elfira atau nama penuhnya,Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri walau bagaimanapun memilih untuk merahsiakan usia kandungannya itu kerana berasakan lebih manis ia diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.
“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami.
“Saya sudah melepasi trimester pertama (1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk,” katanya yang kelihatan cukup berseri-seri dan sedikit berisi.
Tambah pelakon Qalesya itu lagi, dia juga akan memperlahankan kerjaya seninya sehingga selamat bersalin hujung tahun ini.
“Saya sudah cuba berlakon semasa trimester pertama dan ia sangat memenatkan. Jadi saya ambil keputusan untuk berehat dahulu berlakon memandangkan ini kehamilan pertama,” jelasnya lagi.
Elfira dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lau selepas tidak sampai setahun berkenalan.
Dalam pada itu, sebaik mengetahui pelakon kesayangan mereka hamil anak pertama, netizen turut mengucapkan tahniah dan rata-rata tidak sabar menantikan kehadiran Elfira Jr.
fizahsalleh Tahniah elfira. Semoga dipermudahkan urusan sehingga bersalin. Aminn
Dalam majlis berkenaan MC Vogue juga buat julung kali menjalinkan kolaborasi bersama Elfira yan juga seorang ahli pernigaan.
Lalu terhasillah nama Elfira Loy X MC Vogue. Hadir dengan empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri, kerjasama ini melambangkan sentuhan feminin dan elegan pada masa sama yang sering menjadi pilihan si genit itu.
Koleksi ini menggunakan bahan rona lembut, sejuk, berbulu, manik berkilauan dan kasut kaca cinderella sering diterangkan dengan jelas, meningkatkan rasa keajaiban untuk genre seumpama ini. Harga sepasang RM299 juga sangat mampu milik.
MC Vogue yang merupakan akronim kepada Muslimah Collection dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Teff and May sejak tahun 2012 lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Figura ini sering kita lihat menggayakan hijab pada majlis-majlis tertentu dan juga sebagai penghormatan kepada bulan Ramadan yang mulia. Malah, ramai tetamu pastinya terpukau dan terpesona melihat kejelitaanya ketika menggayakan hijab.
Meski belum sempurna mengenakan hijab, Daphne Iking tetap memanjatkan rasa syukur kerana sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Jadi sama-samalah kita doakan Daphne agar dikurniakan hidayah menutup aurat sepenuhnya kelak!
Daphne Iking Salah Seorang Penderma Rambut Untuk Pesakit Kanser
Pengayaan hijab bagi Daphne Iking adalah perkara biasa dan tidak nampak kekok sama sekali kerana apabila tibanya Ramadan bulan penuh barakah, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti akan mengenakan hijab.
Namun wujud satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila selepas Ramadan tahun lalu apabila dia kembali tidak berhijab. Menurut Daphne, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya.
Menjadi sebahagian penderma rambut untuk pesakit kanser, Daphne Iking dinasihatkan tidak mewarnakan rambut dan harus menjagannya sihat selama 6 bulan, niat untuk mewarnakan rambut tertangguh dan ini adalah salah satu sebab dia mahu melakukan perubahan secara perlahan-lahan.
Mahu Berubah Secara Perlahan-Lahan
Daphne menegaskan bahawa dia mahu berubah memakai hijab secara perlahan-lahan, ini demukian kerana, tiada kekangan dan halangan biarpun dia menggayakan hijab. Tawaran kerja masih diterima seperti biasa.
Ditanya mengenai pengayaan yang menjadi pilihannya sehingga hari ini, wanita cantik ini berkata dia tidak pernah menetapkan terhad untuk satu gaya. Pengayaan tudung buat masa kini, lebih kepada mengikut kesesuaian aktiviti semasa yang pastinya buatkan dirinya berasa lebih selesa.
Daphne akui merasa terharu, apabila dia dihujani dengan pelbagai mesej peribadi di media sosial apabila ramai mendoakan supaya dia kekal istiqamah ketika dia mengenakan hijab.
Bagaimanapun, bukan mudah untuk kekal istiqamah, wanita ini berkongsi yang dia lebih menumpukan pada pengisian rohani terlebih dahulu.
Daphne turut menuntut orang ramai agar menerima keputusanya seadanya dan teruskan mendoakan serta memberikan sokongan moral, bukan sahaja kepada dirinya, malahan kepada mereka di luar sana yang masih berusaha untuk mendekatkan diri kepada tuhan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Tersentuh melihat kebaikan yang dilakukan oleh Datin Seri Nur Shahida, isteri tercinta kepada usahawan tersohor Datuk Seri Aliff Syukri ketika kunjungannya ke sebuah pusat perlindungan wanita, bayi dan kanak-kanak baru-baru ini.
Video kunjungan tersebut dimuat naik di Instagram peribadinya yang telah meraih lebih 18 ribu tanda suka.
Dalam hantaran itu, Datin Seri Nur Shahida menyantuni anak-anak kecil di bawah jagaan pusat perlindungan Rumah Kita.
Untuk info, Rumah Kita merupakan sebuah pusat perlindungan untuk mangsa dera, mangsa rogol serta wanita yang terlanjur sehingga melahirkan anak.
Tidak berseorangan, Datin Seri Nur Shahida turut membawa anak sulung serta anak keduanya iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra.
“Sengaja saya bawa Ammar Ahyan dan Qadejah ke @ngo_rumahkita ni.
“Sebab nak bagi mereka belajar, supaya mereka dapat mendalami perasaan insan insan yang ada di Rumah Kita iaitu sebuah pusat perlindungan bagi mangsa dera, mangsa rogol dan wanita yang terlanjur sehingga melahirkan anak.”
Bagi Datin Seri Nur Shahida yang sudah beberapa kali mengunjungi pusat perlindungan itu, ia cukup memberi keinsafan kepada mereka.
Senyuman tetap terukir pada wajah Ammar dan Qadejah ketika bermesra dengan anak-anak kecil di pusat perlindungan itu.
Lebih-lebih lagi Qadejah atau terkenal dengan panggilan Cess ini yang sememangnya seorang yang mudah mesra dengan kanak-kanak.
Dengan usianya yang baru belasan tahun, tidak menjadi masalah kepada Qadejah untuk melayani anak-anak kecil di situ seperti kakak dan adik.
Qadejah yang tampil manis berbaju kurung moden pink kelihatan semakin cantik persis ibunya!
Sementara Ammar pula segak menyarungkan t-shirt merah berlengan pendek dan berkolar yang dipadankan dengan seluar berwarna cerah. Terserlah kematangannya sebagai seorang abang.
Mereka turut memanfaatkan detik kunjungan itu dengan menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan.
Harapan Datin Seri Nur Shahida agar pemberian tersebut dapat memberikan seribu senyuman buat anak-anak kecil di situ.
Untuk info, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida dikurniakan enam cahaya mata hasil perkongsian hidup yang dibina sejak Ogos 2007. Selain itu, mereka turut mempunyai seorang anak angkat.
Hijabista mendoakan agar kebaikan yang dilakukan oleh Datin Seri Nur Shahida serta anak-anaknya itu dikurniakan ganjaran pahala dan rezeki yang melimpah ruah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita dan dunia kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Malah dek kerana obses dengan kecantikan menyebabkan kita sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan penampilan sentiasa menarik dan cantik. Ada yang menggunakan petua tradisional dan ada juga mendapatkan servis spa secara mobile dengan pusat kecantikan. Tetapi tidak semua pusat kecantikan menawarkan servis yang bagus. Perkongsian wanita ini Nur Narquiyah Halil di facebook menceritakan bagaimana kawannya mengalami melecur tahap 3 di bahagian wajah setelah mendapatkan rawatan spa bergerak.
Apa yang mengecewakan pihak terbabit di pusat kecantikan berkenaan bersikap sambil lewa dan tidak memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.
Kesan kecederaan itu telah menyebabkan wajah kawannya itu mengambil masa cukup lama untuk pulih seperti sedia kala.
Malah menurutnya juga kecacatan berkenaan di wajah juga menyebabkan anak mangsa takut untuk melihat dirinya.
Pada hari Ahad, kawan saya inazalina mendapatkan servis facial dgn mobile spa The Walking Beauty Project, dengan pakar kecantikan Joji.june.
Apa yg mengecewakan adalah, yg kononnya pakar kecantikan ini telah tidak sengaja menumpahkan air panas steamer yg menggelegak ke atas muka, mata dan leher kawan saya. Dahla dia tak dengar ckp kawan sy yg risaukan steamer tu terlalu dekat, sudahnya mmg betul2 tumpah.
Ko rasa? Kawan saya pon pergi ke hospital utk mendapatkan rawatan dan pakar bedah sendiri telah mengatakan bahagian melanin kulit kawan saya sudah rosak, kawasan yg terbakar adalah peringkat ke-2 dan ke-3. Jadi, ini dikira sebagai kecacatan dan apa yg lebih mengecewakan kawan saya ini bekerja sebagai customer servis yg perlu berjumpa org setiap hari.
Kawan saya menghubungi pakar krcantikan tersebut utk mendapatkan penjelasan, dan hanya hari ke-3 kawan saya di dalam ward, barulah pakar kecantikan ini kunjung tiba dan memberikan vitamin c shaklee sebagai “pampasan”.
Kawan saya juga menghubungi founder The Walking Beauty Project tersebut tetapi alangkah kecewanya kawan saya apabila founder bertindak melepaskan tgn dan sambil lewa, juga tidak mahu bertanggungjawab ke atas kejadian yg menimpa kawan saya itu.
Oleh itu, saya disini membantu mencoretkan post ini utk berkongsi dengan anda semua supaya tiada lagi kejadian yg tidak beretika ini berulang lagi. Diharapkan anda semua dpt panjangkan kisah ini ke saudara mara, rakan taulan anda supaya tidak lagi mengambil servis daripada pihak The Walking Beauty Project lg. Kita tidak mahu kejadian sebegini menimpa kepada anda.
Tiada apa lagi yg boleh kembalikan muka beliau seperti dlu, telanla berkotak-kotak supplement ataupun buat segala rawatan muka, ia akan mengambil masa yg sgt panjang utk kembali pulih. Itu hanya di luaran, bagaimana perasaan beliau?
Bagaimana nak jumpa client? Anak dia sendiri pon takut nak tgk muka ibunya. Kesian. Jadi, panjang-panjangkanla post ini ya supaya tiada lagi mangsa seperti kawan saya ini lagi.
Sekian,
Nukilan ikhlas dari saya, Quiyah.
Perkembangan terkini, mangsa juga telah membuat report polis dan akan bertemu dengan pihak peguam bagi menyelesaikan kes ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...