Baru Peluk Islam, Lelaki Amerika Ini Letak Kertas Panduan Di Depan Bagi Belajar Solat

Share

Bercakap mengenai hidayah, ia merupakan suatu kurnia Allah yang sangat bernilai buat hambaNya yang diingini.

Sebagai seorang yang dilahirkan muslim, bersyukurlah kita kerana ia merupakan nikmat yang sangat besar untuk dihargai.

Namun, mereka yang baharu memeluk Islam juga sangat beruntung kerana dipilih Allah untuk menerima hidayah dan berada di jalanNya yang benar.

Seperti yang dikongsikan oleh Abdelrahman di twitter, dia telah memuat naik gambar mengenai seorang pemuda Amerika yang sedang berusaha untuk belajar solat setelah memeluk Islam dengan meletakkan kertas panduan di depannya.

Tulisnya…

Lelaki Amerika ini yang baharu sahaja memeluk Islam dilihat sedang berusaha sebaik mungkin bagi mempelajari cara solat dengan sehelai kertas di hadapannya di satu sudut di sebuah masjid. MasyaAllah, moga Allah kurniakannya  ketabahan dalam mempelajari Islam. Ameen.

Sekeping gambar boleh memberikan seribu satu makna buat sesiapa yang melihatnya. MasyaAllah, sememangnya Tuhan sedang menjentik hati kita semua dengan perbuatan pemuda ini.

Jika dia begitu berusaha mempelajari solat, mengapa tidak kita juga memperbaiki solat kita? Jangan terlalu selesa dengan ilmu yang kita ada kerana setiap saat adalah peluang untuk kita menjadikan diri kita versi yang lebih baik.

Moga Tuhan berikannya kekuatan untuk mempelajari Islam dan untuk kita juga akan tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.

Published by
QIST