Baru ‘Launch’ Hari Ini, Dayah Bakar Teruja ‘Jarak’ Dapat Sambutan Positif! Cadang Lancar ‘Single’ Ketiga

Share

Dayah Bakar, satu figura dan nama yang tidak asing lagi dalam arena pengacaraan negara, wajah manis ibu kepada seorang cahaya mata ini seringkali menghiasi kaca-kaca televisyen bagi pelbagai program kewanitaaan dan kerohanian.

Terbaharu hari ini, wanita muda yang cukup hebat ini telah melancarkan satu muzik video berjudul ‘Jarak’ yang dinyanyikan sendiri olehnya, hasil daripada pengalaman peribadi ketika terpaksa berjauhan dengan suami dan keluarga sewaktu pandemik melanda dunia.

Ketika dihubungi Hijabista, Dayah berkata, tujuan melancarkan single terbaharu ini adalah untuk memberi semangat dan suntikan ‘sense of belongings’ buat insan-insan diluar sana yang terpisah oleh jarak.

Jarak Satu Penceritaan Kesengsaraan Dan Kecekalan Hadapi ‘Long Distance Relationship’

Menurut Dayah, Jarak merupakan sebuah hadiah yang dihasilkan khusus buat mereka yang berdepan hubungan jarak jauh bersama insan tersayang (LDR).

Tambahnya lagi, jarak mempunyai maksud yang meluas dan tidak terbatas kepada hubungan jarak jauh antara pasangan suami isteri atau jarak percintaan sahaja.

“It could be, jarak anak dan ibu bapa, jarak sahabat karib, jarak antara adik beradik, jadi maksud Jarak ini sangat meluas.

“Sejujurnya memang saya berkongsi rasa untuk mereka yang melalui LDR, jadi sebab itu lagu ‘Jarak’ ini di cipta,” ujarnya ketika dihubungi Hijabista.

Selain itu, Hijabista difahamkan single ‘Jarak’ ini merupakan single kedua yang dinyanyikan oleh Dayah Bakar, selepas single pertamanya empat tahun lalu yang berjudul ‘Imamku’ yang dikarang khas buat suami tercinta.

Jarak Dapat Sambutan Positif Peminat Dan Orang Ramai!

Meskipun gementar dalam keterujaan melancarkan muzik video kedua ini, Dayah akui dirinya turut berasa lega dan gembira, melihat sambutan positif dan menggalakkan yang diterima dari peminat dan orang ramai.

“Alhamdulillah.. Lagu Jarak ini mendapat sambutan yang baik, the comment is overwhelming, walaupun baru sangat dilancarkan.

“Saya tak sempat nak baca secara details lagi, sebab Instagram saya dibanjiri dengan Tagged dan komen sebab orang baru lepas dengar lagu Jarak.

Artikel Berkaitan: Setelah Setahun PJJ, Dayah Bakar & Anak Akhirnya Kembali Bertemu Suami Di Australia

“Saya tak pernah fikir yang lagu Jarak ini akan meletup, tapi apa yang saya mahu adalah  orang ramai dapat betul-betul feel lagu saya dan appreciate walaupun sikit saya sangat gembira.

“Walaupun saya sangat gementar dan teruja untuk melihat reaksi orang ramai, saya amat galakkan para peminat untuk menonton muzik video Jarak sambil merakam diri sendiri.

“Ini kerana saya mahu melihat reaksi mereka, ada yang kata dah menangis sampai keluar air mata macam pili Bomba,” jelasnya.

InshaaAllah Akan Ada Single Ketiga!

Mengulas berkenaan perancangan selepas single kedua ini, Dayah berkata dia merancang untuk mengeluarkan single ketiga yang lebih catchy dan rancak pada penghujung tahun ini!

“Hopefully, lepas ini mungkin saya akan keluarkan single lagu yang lebih rancak, sebab dah dua lagu sedih, pertama lagu ‘Imamku’ dan kedua lagu ‘Jarak’.

“Kedua-duanya lagu ‘slow’ perhaps more music in future, tanpa perlu menunggu beberapa tahun untuk single seterusnya.

“Saya harap dan doakan juga, semoga tahun ini kita akan berjaya keluarkan satu lagi single, InshaaAllah,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, ketika ditanya adakah dia akan beralih arah ke bidang nyanyian, Dayah berkata bidang pengacaraan adalah ‘passion’ baginya dan akan diteruskan kerana itu kerjaya hakiki sejak azali.

Namun, bidang nyanyian juga akan diteruskan atas dasar berkarya. Meskipun sedikit gentar dengan penerimaan orang ramai, Dayah tetap mahu terus berkarya agar dapat berkongsi sisi lain dirinya yang penuh dengan penceritaan dan emosi.

I would love to do this. Jika lagu ini tidak meletup, dan sekadar diterima baik oleh orang ramai, saya okay! Kerana itu bukanlah ukuran saya untuk saya terus berkarya,” tegasnya.

Justeru, Dayah berharap agar lagu Jarak ini mampu menjadi pembakar semangat kepada mereka yang sedang menjalani hubungan jarak jauh, kerana lagu ini dicipta dari lubuk hati terdalam.

Min dah tonton muzik video lagu ‘Jarak’ ni, sedap! Dah level-level OST drama dah, apa pandangan hijabis?

Kalau anda dah dengar bolehlah kongsikan cerita anda kepada Dayah Bakar menerusi video atau gambar dengan menggunakan lagu ‘Jarak’ sebagai latar muzik! Lepas tu jangan lupa hashtag #Jarak #JarakDayahBakar

Sekadar info, lagu ‘Jarak’ boleh di stream di Youtube dan semua platform sosial media seperti Tik Tok dan Instagram Reels.

Setakat dua jam dilancarkan, video ini telah ditonton seramai 1.5 ribu orang dengan 400 tanda suka.

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Artikel berkaitan: Ini Rupanya ‘Rahsia’ Dayah Bakar Kekal Fit Sepanjang Masa

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir