Terdahulu Hijabista ada memaklumkan tentang keadaan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana yang terpaksa dikejarkan ke Hospital sebaik sahaja pulang dari percutian di Dubai, berikutan kepenatan melampau.
Namun, perkongsian terbaharu Sarah menerusi laman Instagram miliknya, berkongsikan tentang perkembangan terkini dirinya yang sudah kembali sihat dan lebih bersemangat membanting tulang empat kerat demi sesuap rezeki buat dia dan anak-anak telah membuat netizen membuka mata.
“Alhamdulillah, Allah bagi sihat. I’m back to work.
“Ain’t no stopping a hustler, we get up everyday and work 🥰,” tulis Sarah ringkas pada ruangan kapsyen hantaranya itu.
Semangat, ketabahan dan kecekalan yang ditonjolkan Sarah meski diuji dengan pelbagai ujian berat dalam kehidupannya, berjaya membuatkan warganet ‘tabik’ sekaligus terinspirasi untuk mengikut jejak langkahnya yang sentiasa tenang menghadapi ujian yang diberikan Allah.
Malah, ramai diantara warganet yang mahu mencontohi Sarah dan mengangkatnya sebagai role-model #womanpower dek kerana aura positif yang sentiasa dimilikinya.
Artikel berkaitan: Pulang Dari Dubai, Puteri Sarah Dikejarkan Ke Hospital? – “Akhirnya Sarah Tumbang Juga!”
Sehubungan itu, hantaran berkenaan telah dihujani dengan pelbagai respon positif dari wargamaya.
Antara coretan komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista adalah seperti berikut:
“Syukur Alhamdulillah. Keep strong ya, sis!
“Cantik, bijak, baik, dapat bawak anak-anak travel the world, Inilah antara wanita-wanita hebat.
Selain itu, ada juga beberapa komen berbaur sindiran dan perlian yang ditinggalkan netizen pada hantaran Sarah itu. Netizen tuju komen pada siapa?
“We get up everyday and work bukan tidur bangun mengharapkan duit laki orang. Eh sekarang dah jadi laki sendiri,”
“Cantik, tinggi, tak katik, putih, pandai cari duit. Jangan main bola gergasi, terlentang terbalik terkontang kanting.
Sekadar Info,
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana
Artikel berkaitan: Segala Keputusan Sudah Muktamad! Puteri Sarah Yakin Masih Ada Lelaki ‘Lebih Baik’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.