Baru Berhijab 6 Bulan, Maryam Younarae Luah Rasa Gembira! Kerana..

Share

Sebut sahaja ‘Durian Kimchi’ pasti anda kenal dengan dua pasangan suami isteri Malaysia-Korea disebalik jenama berkenaan.

Malah, sejak memeluk Islam dan mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Isteri kepada pempengaruh Youtube, Ryzal Ibrahim yang dikenali sebagai Maryam Younarae menyatakan rasa gembira terhadap keputusan yang dilakukanya itu.

Maryam Akui Bertudung Atas Kemahuan Sendiri, Bukan Paksaan!

Menceritakan tentang perjalanan hijabnya sejak 6 bulan lalu Maryam berkata ramai dikalangan keluarga dan rakan-rakan yang mendakwa bahawa dia memakai hijab kerana paksaan oleh sesiapa. Namun, jelasnya dia melakukan perubahan berkenaan secara sukarela dan atas kemahuan dirinya sendiri.

“Maryam nak cerita ni semua, pada mulanya family dan kawan kawan Maryam muslim and non-muslim ramai ingat tudung ni adalah satu paksaan (forcing) dan tak boleh bebas berpakaian dah.

Artikel berkaitan: Bahagiakan Isteri, Ryzal Ibrahim Cipta ‘Kenangan Terindah’ Bawa Maryam Naik Helikopter Di Hari Istimewanya!

“Tapi Maryam pon baru je pakai tudung 6 bulan since January. Alhamdulillah, ramai kawan kawan Maryam even non-muslim pon slowly nampak dan rasa Hijab ni bukan paksaan dan bukannya tak boleh bebas dalam berpakaian,” jelasnya.

Perkara berkenaan dimaklumkan Maryam menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini, demi menjelaskan persepsi yang diterimanya sejak dia melakukan penghijrahan.

Hijab Tak Sekat Penampilan, Bebas Digayakan Ikut Kesesuaian

Menurutnya lagi, persepsi berkenaan perlahan-lahan menghilang apabila akhirnya mereka melihat bahawa Maryam gembira dan tidak kelihatan stress saat mengenakan hijab tanpa perlu menyekat penampilanya dalam berfesyen bersaa hijab.

“Bermacam jenis cara kita boleh memakainya. Slowly kita cuba dan Alhamdulilah Maryam happy dapat make them and others followers rasa Hijab ni bukan paksaan. Maryam sayang semua,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata warganet mendoakan agar Maryam kekal istiqamah dalam pemakaian hijab.

Sumber: Instagram Maryamyunrrr

Artikel berkaitan: Tampil Berhijab Dalam Busana Jubah Putih, Kejelitaan Maryam Younarae Dipuji! Cantik Bak ‘Bidadari’

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir