Pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera akhirnya selamat melahirkan bayi perempuannya 22 Ogos lalu. Menjalani fasa baru sebagai seorang ibu memberi pengalaman cukup berbeza buat pelakon ini. Ternyata kehadiran bayi perempuan yang lahir sebulan lebih awal ini membuatkan Ummi Nazeera tidak cukup tidur rehat kerana terpaksa berjaga sepanjang malam. Ummi yang memuat naik status terbarunya itu turut memberitahu masanya kini difokuskan pada si kecil yang baru berusia beberapa hari ini.
Pelakon Bisik Pada Langit ini juga tidak berkesempatan untuk membalas semua mesej kerana tidak punya rehat mencukupi. Malah dia juga memberitahu kini sedang dalam proses membiasakan diri dengan situasi yang dihadapinya sekarang.
Bergelar ibu juga membuatkan dia turut mengamalkan amalan berpantang serta memakai stoking yang membaluti kakinya.
Bayinya yang telah diberi nama Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari juga menggunakan tanda palang #Baby AA ini begitu terserlah kecomelannya. Sebaik lahir ke dunia, ucapan tahniah turut diberikan buat si kecil ini.
ctdk congratulations dear… so cute!
naaismail6286 Alhamdulillah.. SubhanaAllah comel ny.. Tahniah ummi n husband..
effa_hanee Barakaallah.. Subhanaallah comel ank. Moga dipermudahkan proses kesembuhan dan berpantang.
puan_azienik Tahniah.. Comelnye baby
nuri_zaff Tahniah kak ummi. So cute
Dan sebagai ibu Ummi turut mendoakan semoga Allah melindungi anak yang baru dilahirkan ini. Dia melahirkan bayi perempuannya ini menerusi pembedahan Csect dengan kandungan baru mencecah usia 34 minggu di Hospital Serdang.
Namun segalanya berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan Allah. Ummi dan suami, Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, 31, itu selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 23 Julai lalu.