Bapa Terlantar, Dapat Layanan ‘Kelas Pertama’, Kegigihan Anak Gadis Lelaki Ini Cetus Inspirasi!

Share

Baru-baru ini tular dilaman Tik Tok sebuah video berkenaan kegigihan seorang gadis dari tanah seberang, Indonesia yang gigih bersama adik beradiknya yang lain sanggup mengeluarkan belanja mengubah suai van menjadi Ambulans.

Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk membahagiakan bapa mereka yang sudah terlantar sakit berbaring diatas katil (Bed Ridden) selama empat bulan dan hanya terperuk menderita sakit di rumah.

Ubah Suai Van Jadi Ambulance, Bawa Bapa ‘Jalan-Jalan’ Hirup Udara Segar!

Perkongsian Video menerusi akaun pengguna @mutiarapriza berkenaan telah tular di laman Tik Tok, rakaman itu memaparkan seorang anak gadis bersama adik beradiknya sanggup membelikan van dan digubahsuai menjadi ambulans khas buat bapa mereka yang terlantar kerana menghidap kanser plasma darah yang menjangkiti tulang.

@mutiarapriza Membalas @junghwa ♬ Somewhere Only We Know X Everything – FUJI AN

“Tak sangka posting tentang pembelian ambulans buat bapa jadi perhatian,” tulis @mutiarapriza pada ruangan kapsyen hantaran itu.

Paparan video tersebut memaparkan van berona putih jenis Daihatsu Luxio yang diubah menjadi Ambulans lengkap dengan pengandar (Stretcher), kelengkapan perubatan dan tilam empuk berona jingga untuk memuatkan bapa mereka dengan beberapa kerusi penumpang yang dipandu di sekitar bandar Kota Malang, Indonesia.

Artikel berkaitan: Airmata Ibu Bapa Wawa Zainal Tumpah! Terima Hadiah ‘Rumah’, Kini Menetap Di Kuala Lumpur!

Hijabista difahamkan bahawa bapa mereka sudah empat bulan terlantar di rumah dan tidak keluar berjalan-jalan, malah hanya keluar rumah bagi tujuan ke hospital.

“Ketika sihat dia tak suka duduk di rumah lama-lama. Tiap hari ada saja kegiatannya di luar,” tulisnya lagi.

Sehubungan itu, dengan adanya ambulance pribadi ini, bapanya kini dapat menghirup udara segar dan menikmati semula keindahan bersantai di luar rumah.

Meski, mempunyai keadaan fizikal yang tidak mengizinkan bapa bertuah ini kini dapat menikmati makanan kegemaranya iaitu ‘mi polos’ di sebuah restoran yang terletak di Kota Malang dengan penuh berselera, walaupun hanya dari dalam kenderaan.

“Senang lihat bapa berselera makan,” tulisnya.

Seterusnya, gadis ini turut membawa bapanya menikmati ais krim sebagai pencuci mulut.

“Bapa, anakmu akan terus memperjuangkan apa pun yang membuatkan bapa happy. Kerana aku ingin selalu lihat senyum
ini. Sayang bapa sangat,” tulisnya.

Mutiara berharap, agar kenderaan yang telah diubah suai itu bakal dimanfaatkan sepenuhnya, sekaligus meniupkan semangat baharu buat bapanya meneruskan kehidupan dan melawan derita penyakit yang dihadapi.

Sekadar info, hantaran video berkenaan telah menjadi trending sehingga mendapat ditonton seramai 10 juta orang dengan 996 ribu tanda suka serta dibanjiri 17.7 ribu komen dari wargamaya.

Sumber: Tik Tok @mutiarapriza

Artikel berkaitan: Tak Mampu Sewa ‘Homestay’, Bapa Ini Sanggup Berkhemah Belakang Kereta, Tunggu Perkembangan Anak Hidap Tumor Otak!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir