Baru-baru ini tular dilaman Tik Tok sebuah video berkenaan kegigihan seorang gadis dari tanah seberang, Indonesia yang gigih bersama adik beradiknya yang lain sanggup mengeluarkan belanja mengubah suai van menjadi Ambulans.
Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk membahagiakan bapa mereka yang sudah terlantar sakit berbaring diatas katil (Bed Ridden) selama empat bulan dan hanya terperuk menderita sakit di rumah.
Ubah Suai Van Jadi Ambulance, Bawa Bapa ‘Jalan-Jalan’ Hirup Udara Segar!
Perkongsian Video menerusi akaun pengguna @mutiarapriza berkenaan telah tular di laman Tik Tok, rakaman itu memaparkan seorang anak gadis bersama adik beradiknya sanggup membelikan van dan digubahsuai menjadi ambulans khas buat bapa mereka yang terlantar kerana menghidap kanser plasma darah yang menjangkiti tulang.
“Tak sangka posting tentang pembelian ambulans buat bapa jadi perhatian,” tulis @mutiarapriza pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Paparan video tersebut memaparkan van berona putih jenis Daihatsu Luxio yang diubah menjadi Ambulans lengkap dengan pengandar (Stretcher), kelengkapan perubatan dan tilam empuk berona jingga untuk memuatkan bapa mereka dengan beberapa kerusi penumpang yang dipandu di sekitar bandar Kota Malang, Indonesia.
Hijabista difahamkan bahawa bapa mereka sudah empat bulan terlantar di rumah dan tidak keluar berjalan-jalan, malah hanya keluar rumah bagi tujuan ke hospital.
“Ketika sihat dia tak suka duduk di rumah lama-lama. Tiap hari ada saja kegiatannya di luar,” tulisnya lagi.
Sehubungan itu, dengan adanya ambulance pribadi ini, bapanya kini dapat menghirup udara segar dan menikmati semula keindahan bersantai di luar rumah.
Meski, mempunyai keadaan fizikal yang tidak mengizinkan bapa bertuah ini kini dapat menikmati makanan kegemaranya iaitu ‘mi polos’ di sebuah restoran yang terletak di Kota Malang dengan penuh berselera, walaupun hanya dari dalam kenderaan.
Ads
“Senang lihat bapa berselera makan,” tulisnya.
Seterusnya, gadis ini turut membawa bapanya menikmati ais krim sebagai pencuci mulut.
“Bapa, anakmu akan terus memperjuangkan apa pun yang membuatkan bapa happy. Kerana aku ingin selalu lihat senyum ini. Sayang bapa sangat,” tulisnya.
Ads
Mutiara berharap, agar kenderaan yang telah diubah suai itu bakal dimanfaatkan sepenuhnya, sekaligus meniupkan semangat baharu buat bapanya meneruskan kehidupan dan melawan derita penyakit yang dihadapi.
Sekadar info, hantaran video berkenaan telah menjadi trending sehingga mendapat ditonton seramai 10 juta orang dengan 996 ribu tanda suka serta dibanjiri 17.7 ribu komen dari wargamaya.
Terbaharu, tular di laman TikTok sebuah video memaparkan seorang remaja perempuan yang memiliki dan membawa tumbler jenama kopi terkemuka berharga RM 1,800 ke sekolah.
Malah, tindakan remaja ini yang menjadikan video berkenaan sebagai kandungan laman TikToknya telah mengundang pelbagai kecaman dan kritikan hebat daripada netizen.
“Bawa tumbler RM2.50 ke sekolah, tidak. Bawa tumbler RM1,800 ke sekolah, ya,” tulisnya pada hantaran video berdurasi berkenaan.
“Mula-mula air rasa sedap bila minum dengan tumbler ni. Akhirnya baru rasa menyesal pula beli mahal-mahal, satu botol sahaja. Macam kena beli lagi je,” tulis Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamam atau Piya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari hantaran video itu menerima respon negatif (backfire) hingga dikecam oleh warganet serta menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Piya telah tampil untuk menjernihkan semula keadaan.
Menurut Piya, Tumbler berkenaan diperolehinya dari hasil jual beli menggunakan khidmat pembeli peribadi (personal shopper) dan sememangnya ia berharga RM1,800 dan dibeli menggunakan hasil titik peluh dirinya yang mengambil alih perniagaan milik ibunya sejak berusia 14 tahun lagi.
“Tumbler tu memang harga RM1,800 sebab edisi 2021, tapi Piya baru beli tahun 2023 dengan seorang personal shopper. Masa tu hanya ada lima buah sahaja tumbler sama yang dijual di Starbucks.
“Lagipun guna duit sendiri hasil perniagaan, tak pernah minta duit daripada mummy atau papa untuk beli,” jelas Piya.
Tambahnya lagi, kedua ibu bapanya sedia maklum akan minatnya yang gemar berbelanja barangan mewah dan tidak pernah menghalang dirinha untuk membeli barangan mahal kerana ianya merupakan perkara yang biasa dilakukan.
Bukan sahaja mampu memiliki Tumbler dengan harga yang mahal, Piya turut mendedahkan bahawa duit hasil titik peluh perniagaannya itu jugalah yang membuatkan dirimya mampu membawa keluarganya menunaikan umrah bersama-sama, menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.
“Piya ada bagitahu parents, tapi mummy dan papa okay sahaja sebab dah biasa beli barang-barang mahal. Ini bukan kali pertama beli barang dengan harga macam tu.
“Dah lama Piya teringin nak pergi Makkah dan Alhamdulillah selepas ambil alih bisnes mummy tak sangka pula pada umur 14 tahun dah boleh bawa keluarga tunai umrah sama-sama.
“Balik dari Makkah, Alhamdulillah perniagaan semakin baik. Masa tu jugalah ternampak pembeli peribadi dalam TikTok promosikan gelas tu. Tanpa fikir panjang, saya mesej dia tanya harga dan terus beli sebab ada pendapatan sendiri,” terangnya.
Ketika ditanya berhubung apakah perasaan Piya ketika menerima kecaman sedemikian rupa dari wargamaya, Piya akui dirinya terkejut dan tidak menyangka kandungan TikTok yang dibuat sekadar ‘suka-suka’ itu menjadi tular.
Piya menegaskan bahawa, dia hanya mahu berkongsi kegembiraan apabila dapat memiliki barangan yang diimpikan dan tidak bertujuan untuk riak, apatah lagi menyangka ia akan menjadi sesuatu yang serius.
“Terkejut juga sebab buat tu hanya suka-suka sahaja. Selalunya muat naik posting berniaga sahaja. Waktu itu tak ada bahan yang nak kaitkan dengan perniagaan, jadi muat naik video tumbler tu.
“Piya tak bermaksud nak riak pun sebab hanya untuk konten sahaja. Tak sangka ramai netizen anggap benda itu serius. Saya nak ucap terima kasih kepada yang kecam sebab tanpa mereka, video Piya pun tak mungkin akan viral,” jelasnya lagi.
Sekadar info, kedai kopi popular Starbucks sememangnya terkenal dengan keluaran pelbagai jenis tumbler mengikut musim.
Tumblernya yang biasa dijual dalam edisi tertentu dengan coraknya yang menarik membuatkan peminat kopi Starbucks ingin membelinya walaupun harganya mencecah ratusan mahupun ribuan ringgit.
Pakar pemakanan yang berpangkalan di UAE menggesa umat Islam yang merancang untuk berpuasa untuk mula menerapkan tabiat sihat sebelum Ramadan bagi mengelakkan komplikasi.
Pakar pemakanan di Emiriah Arab Bersatu berkata umat Islam harus mula mengamalkan tabiat sihat menjelang Ramadan untuk mengelakkan penambahan berat badan atau komplikasi kesihatan semasa bulan mulia. Pakar diet klinikal di Hospital Burjeel Abu Dhabi, berkata menjelang Ramadan semakin hampir, umat Islam harus mula membuat persediaan sekarang untuk bagaimana mereka akan mengatakan sihat semasa berpuasa.
“Ramadan sudah dekat,” katanya. “Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merancang Ramadan yang sihat dan berkhasiat.”
“Minuman berkafein bukan sahaja membuatkan anda berjaga-jaga tetapi juga bertindak sebagai diuretik dan menyebabkan dehidrasi. Semasa berpuasa, dehidrasi boleh menjadi kebimbangan, jadi cuba elakkan daripada minum kopi sebelum bulan suci bermula.”
Umat Islam juga harus mula meminum banyak cecair mulai sekarang, mengamalkan kawalan bahagian dan memilih pilihan hidangan yang sihat.
“Persediaan sebelum Ramadan ini akan membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan fasa puasa berselang dengan cara yang sesuai,” katanya. Malah, Ramadan adalah masa yang sesuai untuk menurunkan berat badan.
“Amalan makanan yang sihat dan gaya hidup aktif adalah penting. Fokus pada penghidratan. Selain daripada air, jus buah-buahan segar, susu dan air infused juga merupakan pilihan yang baik. Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi air seperti timun, zucchini, salad, tembikai, pic, epal dan tomato.”
Umat Islam juga harus cuba memasukkan karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran semasa berbuka puasa dan sahur.
Sesuaikan kaedah memasak yang sihat. Gunakan pemula yang dipanggang, dibakar dan digoreng udara bukannya yang digoreng. Juga, gunakan produk tenusu versi rendah lemak atau ringan dalam masakan.
Sertakan pelbagai jenis herba dan rempah ratus yang boleh meningkatkan rasa dan pada masa sama mengurangkan minyak untuk mencipta versi yang sihat. Sementara itu, bukannya pencuci mulut yang sarat dengan gula, rancang untuk alternatif yang sihat seperti lidi buah-buahan, parfait granola, puding buah-buahan dan sebagainya.
“Yang penting, elakkan makanan berminyak, bergoreng dan bergula untuk mengelakkan pengambilan, kembung perut, pedih ulu hati dan masalah gastrousus yang lain.”
Pakar Pemakanan kongsi bahawa Ramadan adalah “masa terbaik dalam setahun untuk memulihkan dan meremajakan minda dan badan anda,” sambil menambah bahawa umat Islam yang berpuasa harus mempertimbangkan untuk memasukkan serat dan makanan kaya nutrien dalam diet Ramadan mereka.
“Puasa membantu badan kita untuk reboot dan menghapuskan toksin walaupun pada tahap selular. Salur darah dan usus dibersihkan daripada lemak tidak sihat dan bahan kimia penyebab kanser yang terkumpul semasa mengambil makanan terproses super,” katanya.
Puasa adalah pedang bermata dua apabila digabungkan dengan makanan yang betul ia boleh memotong bahan genetik yang menyebabkan penyakit. Badan menyerap paling banyak pada tahap mental dan usus semasa berpuasa.
Manakala hormon dan enzim unik dihasilkan hanya semasa berpuasa yang sihat. Untuk mendapatkan enzim ini yang terbaik, anda mesti mempunyai diet pemakanan yang mencukupi, termasuk lebih banyak makanan segar berasaskan tumbuhan dan dimasak di rumah yang sihat, kos efektif dan juga mesra iklim.
Menyuarakan sentimennya, Pakar Pemakanan ini berharap bahawa orang ramai harus menyasarkan untuk memasukkan serat dalam makanan mereka untuk rasa lebih kenyang dan memanjangkan kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.
Pastikan anda mempunyai hidangan lengkap yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, makanan berkanji, makanan tenusu, makanan kaya protein dan lemak semula jadi. Hidangan lengkap akan membantu mengawal selera makan anda dan juga meningkatkan sistem imun. Ingatlah bahawa kualiti, bukan kuantiti, makanan anda semasa sahur dan Iftar adalah yang penting.
Sahur adalah hidangan yang dimakan sebelum subuh pada bulan Ramadan, selepas itu orang berpuasa sehingga selepas matahari terbenam, manakala Iftar adalah makan malam yang dengannya umat Islam mengakhiri puasa Ramadan setiap hari ketika matahari terbenam.
Peraturan yang berbeza dikenakan untuk sahur dan berbuka, kata doktor. Sahur adalah hidangan penting yang harus mengandungi karbohidrat kompleks, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan kopi semasa sahur!
“Tangguhkan waktu makan sahur sebanyak mungkin kerana hidangan ini memberikan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.”
Sahur tidak boleh dilangkau kerana ia boleh menurunkan metabolisme dan membantu penyimpanan lemak dalam badan. Mengelakkan minuman manis dan berkarbonat, serta karbohidrat yang diproses tinggi seperti bijirin sarapan manis, kek, pastri, biskut dan roti putih.
Selain itu, pengambilan makanan bergoreng dan diproses secara berlebihan perlu dielakkan kerana ia boleh memburukkan lagi risiko penyakit kronik dan menyebabkan penambahan berat badan.
Elakkan terlalu banyak garam kerana ini akan menyebabkan anda dehidrasi dan menyebabkan dahaga pada siang hari. Sebagai ganti garam, gunakan herba, rempah ratus, limau, atau limau nipis untuk menambah rasa pada makanan.
Untuk Iftar, umat Islam perlu berbuka puasa secara tradisional dengan tiga kurma untuk mengisi diri dengan nutrien dan tenaga yang mencukupi.
Minum air/susu/sup untuk menghidrat semula dengan sewajarnya. Hidangan utama harus termasuk pilihan protein seperti ayam tanpa lemak, ikan, lentil, kekacang dengan karbohidrat kompleks iaitu beras perang, quinoa, couscous, pasta bijirin penuh dan 1-2 cawan sayur-sayuran berwarna-warni.
Cuba elakkan makanan pedas dan bergoreng dan sebaliknya memilih makanan yang lebih sihat yang dibuat dalam penggorengan udara. Pengambilan gula dan lemak berlebihan selepas waktu puasa boleh menyebabkan penyakit hati berlemak dan meningkatkan risiko batu hempedu dan buah pinggang.
Umat Islam harus kekal aktif sebanyak mungkin untuk meningkatkan tahap tenaga mereka. Berjalan kecil dan meregangkan badan di antara jadual duduk yang panjang adalah pilihan yang baik. Elakkan aktiviti berat semasa berpuasa! Orang yang mempunyai masalah kesihatan mesti merujuk kepada doktor mereka mengenai puasa untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.
Mulakan setiap hari dengan rutin regangan intensiti rendah untuk mengelakkan kekejangan otot dan memastikan otot kolon aktif. Masa terbaik untuk bersenam pada bulan Ramadan jika anda berpuasa adalah sekurang-kurangnya 1 jam selepas Iftar kerana ia akan memastikan bahawa penghidratan individu diisi semula, memberikan orang itu masa untuk mendapatkan semula sedikit glukosa kepada tenaga dan otot yang kebuluran air.
Walaupun nampaknya mungkin dan mesra masa untuk bersenam sekitar jam 4 petang, hingga 6 petang, ia mungkin menyebabkan dehidrasi merumitkan, membawa kepada kecederaan otot, koyakan ligamen dan migrain.
Memilih rejimen senaman sederhana adalah lebih baik daripada rejimen berat kerana ia boleh menyebabkan lebih kecederaan semasa musim puasa. Melaraskan karbohidrat, protein dan lemak selaras dengan senaman boleh membantu seseorang kehilangan lemak dan mencapai berat badan yang sihat.
Senaman intensiti tinggi mesti dielakkan dan orang ramai harus mengutamakan latihan kekuatan berbanding senaman kardio untuk melambatkan proses kehilangan otot semasa berpuasa.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ramadan2023 diet nutrisi health religion
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kamar mandi, Tandas atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Bilik Termenung’ merupakan antara ruangan terpenting dalam sebuah rumah, kerana ia merupakan tempat untuk isi rumah membersihkan diri mahupun melepaskan ‘hajat’ masing-masing.
Justeru, kebersihan dan suasanya nyaman dan segar perlu dititikberatkan, kerana jika kebersihan tandas tidak dijaga, ia akan mempunyai aroma yang kurang menyenangkan seperti ‘public toilet’ sekaligus merencatkan niat untuk menggunakanya!
Kebanyakkan ruang tandas di Malaysia tidaklah begitu besar, tetapi agak sukar bagi sesetengah individu untuk mengekalkan keharuman ‘bilik kecil’ itu.
Meskipun anda merupakan seorang yang menjaga kebersihan kamar mandi dan gemar membersihkanya dua hingga tiga kali seminggu, namun kadangkala tandas masih mengeluarkan bau-bauan yang kurang menyenangkan.
Oleh itu, Hijabista terpanggil untuk kongsikan semula tip dari hijabi yang suka menghasilkan pewangi buatan sendiri (Do It Yourself), @Ciklynalias di TikTok miliknya, yang mampu membuat kamar mandi harum dengan menggunakan dua bahan je!
2. Tuangkan sedikit pelembut pakaian ke dalam bekas lilin tadi.
3. Letakkan di sudut bilik air.
Lebih menarik lagi, kaedah ini bukan sahaja mampu mengusir dan menangkis bau yang yang tidak enak, sekaligus membuatkan tandas kediaman anda berbau harum sepanjang hari, ia juga berfungsi sebagai penghalau lipas tau!
Dah tau caranya kan? Jadi lepas ini, Hijabi tak perlu lagi membeli pewangi berjenama yang sudah tentu mahal belanjanya, sebaliknya hanya gunakan dua bahan yang ada di dalam rumah sahaja.
Tapi jaga-jaga sis, memang cara ini mudah dan berkesan untuk dilakukan, tapi sekiranya mempunyai anak-anak kecil dirumah, amat digalakkan agar sis meletakkan pewangi ini ditempat yang tidak mudah dicapai sevagai langkah keselamatan.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.