Bapa kepada pelakon, Nad Zainal sudah menerima sejumlah wang hampir mencecah RM 44,000 hasil kutipan ‘derma kilat’ yang dilakukan oleh rakan artis dan orang awam baru-baru ini.
Tabung berkenaan bertujuan untuk membantu menampung kos rawatan Nad yang masih di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri akibat pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.
Kutipan Cecah Hampir RM 44,000 Ringgit – Sherry Alhadad
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad menerusi hantaran Instagram Story, miliknya berhubung ‘Tabung Kecemasan Nad Zainal’ itu kini telah dihentikan serta merta, dengan jumlah terkumpul setakat RM43,987.50.
Menurut Sherry lagi, kesemua hasil kutipan dari sumbangan itu kini sudah disalurkan sepenuhnya ke akaun bapa Nad, Zainal Abidin.
“Salam semua, mewakili ibu bapa Nad, kami ucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan industri yang menghulurkan bantuan ketika sahabat kita memerlukan.
Ads
“Sumbangan diterima daripada rakan artis, sahabat, guru dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), produser televisyen (TV), rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat.
“Sumbangan sebanyak RM43,987.50 sudah disalurkan kepada ayah Nad untuk urusan pembayaran bil hospital,” katanya.
Sherry turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih, kepada yang telah memberikan sumbangan dan prihatin terhadap nasib yang menimpa pelakon jelita, Nad Zainal yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu.
Ads
“Terima kasih kepada semua atas doa dan sumbangan kepada sahabat kita.
“Semoga semua usaha kita dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Sherry tidak memaklumkan berhubung sebarang perkembangan terkini Nad ketika ini.
Untuk rekod, sebelum ini Hijabista ada melaporkan bahawa pelakon utama drama Cina Buta, Nad Zainal telah mulai sembuh apabila tidak lagi bergantung pada mesin oksigen.
Ads
Namun kemudian, Hijabista menerima perkhabaran bahawa Nad terpaksa ditidurkan semula oleh doktor pada 2 Disember lalu, kerana paru-paru masih lemah dan belum stabil untuk bernafas sendiri tanpa sebarang sokongan.
Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan. Tiada apa yang dapat diungkapkan tentang kasih dan cinta seorang ibu. Besar luhur sayangnya seorang ibu itu umpama seluas lautan biru yang terdampar luas. Hilangnya kasih ibu, seperti hilangnya sebuah nikmat. Hilangnya doa seorang ibu, seperti hilangnya sebuah rahmat.
Bersempena meraikan Hari Ibu bulan ini, hulurkan sebuah hadiah ikhlas dari hati bersama dengan PANDORA dan ICE-WATCH yang sememangnya menjadikan Hari Ibu lebih bermakna.
Hadiah daripada hati bersama PANDORA
Kali ini, PANDORA hadir dengan koleksi simbol yang baru dalam setiap aspek rekaan produknya termasuklah cincin, rantai tangan dan juga subang. Simbol seakan-akan ‘unbreakable bonds’ itu diserikan dengan butiran berlian amat sesuai buat seorang ibu yang amat bermakna.
Bukan itu sahaja, malah PANDORA turut menghasilkan charms berbentuk hati khas untuk hari istimewa buat si ibu. Rekaannya yang lebih unik dan istimewa ini didatangi khas dengan tulisan cinta bersama dengan mesej bermakna untuk tatapan ibu setiap saat.
Untuk menjadikan sambutan Hari Ibu lebih istimewa, rekaan khas cincin dan subang berbentuk hati bersama dengan kilauan batu berlian sebagai rekaan utama disulami dengan emas 14 karat seperti memahami definisi seorang ibu. Sparkling Round Halo Ring dan Sparkling Round Halo Stude Earrings bukan sekadar metafora cinta, malah seperti bukti mengikhlaskan hati memberi sayang kepada si ibu.
Promosi istimewa Hari Ibu bermula dari 25 April sehingga 8 April ini, miliki sebuah rekaan rantai tangan yang berharga RM 379 dengan setiap pembelian PANDORA sebanyak RM 688!
Semarakkan cinta dengan ICE-WATCH!
ICE-WATCH hadir dengan rekaan jam yang lebih lembut konsepnya, sederhana, rona yang cukup tenang dan feminin, khas sebagai pemberian istimewa buat si ibu! Meraikan sambutan Hari Ibu dalam nada yang lebih elegan namun tidak sarat, produk jam terbaru dari ICE-WATCH ini amat sesuai untuk menyerikan lagi tarikh 8 Mei ini!
Mengetengahkan konsep feminin yang menggabungkan rona merah jambu lembut bersama dengan rona putih salju amat sempurna untuk menggambarkan sisi santun seorang ibu yang penyayang dan penuh kasih. Ditambah pula dengan perincian kilauan emas dan ros emas, menjadikan produk jam ini harus dimiliki bagi setiap ibu.
Rekaan corak flora juga antara kunci utama dalam penghasilan rekaan ini untuk menyerlahkan lagi definisi Hari Ibu. Biarkan ibumu merasai cinta dari kasihmu dengan jam tangan dari ICE-WATCH ini!
Memiliki empat rekaan berbeza, Heaven Sage, White Sage, Poppies Sage dan Lady Pink, kesemuanya didatangi khas dengan rekaan kecil dan medium. Harganya juga mampu milik!
Jadi, usah buntu mencari pilihan terbaik untuk si ibu sempena Hari Ibu yang bakal tiba. PANDORA dan ICE-WATCH punya jawapan terbaik untuk insan yang bergelar ibu!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sememangnya pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin sebuah pemergian yang dicemburui semua. Pergi dalam keadaan yang baik dan memudahkan, ia memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia.
Penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 pada jam 5.13 pagi. Berita sedih ini bukan sahaja memberi kesan kepada peminatnya, malah dari kalangan rakan artis juga turut berkongsi rasa sedih di laman Instagram mereka. Antara selebriti yang turut berkongsi rasa dukacita ialah Fasha Sandha yang menyifatkan arwah sebagai insan yang baik.
Fasha Sandha memuat naik ‘posting’ di laman Instagramnya tentang perbualannya bersama arwah. Menerusi perbualan itu, arwah berhajat ingin menghadiahkan barangan bayi kepada Fasha Sandha dan meluahkan rasa keterujaan ingin berjumpa dengan Fasha Sandha.
Bukan itu sahaja, malah menerusi ‘screenshot’ perbualannya bersama Allahyarhamah, arwah juga semat berdoa untuk Fasha Sandha agar disembuhkan dari segala penyakit. MasyALLAH…
Rakyat Malaysia yang membaca ‘posting’ ini juga turut meluahkan rasa dukacita dan menyifatkan arwah adalah seorang yang baik. Ada juga yang mengatakan setiap satu kebaikan arwah tidak putus-putus menjadi bualan ramai.
Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ternyata setiap kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Sarah Raisuddin menjadi bualan ramai yang dapat dijadikan contoh kepada semua. Sesungguhnya, pemergiannya ialah sebuah kisah yang menghembus sumber inspirasi kepada semua supaya menjadi umat Islam yang lebih baik. Terima kasih Allahyarhamah Siti Sarah. Tenanglah dikau disana…
Sumber gambar: Instagram Fasha Sandha
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dalam keadaan cuaca yang gaka panas sekarang ini, ramai yang mula mengalami batuk. Apabila batuk tentulah tekak terasa perit dan perih. Keadaan ini tentunya membuatkan anda jadi rasa tidak selesa.
Batuk akan menjadi bertambah teruk pada waktu malam iaitu ketika tidur. Sudah tentu keadaan ini akan mengganggu waktu tidur anda. Pada akhirnya anda akan jadi lesu dan tidak bermaya pada waktu siang hari kerana tidak cukup tidur.
Selain ubat batuk, anda boleh cuba cara penawar menggunakan bahan-bahan semula jadi. Anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan kerana ianya tentulah selamat.
Memandangkan sekarang ini agak panas, ramai antara kita mungkin mengalami masalah batuk. Disertakan disini sumber alami untuk bantu atasi masalah batuk
1. Minum Air Serbuk Halia
Apabila halia dikeringkan dan dikisar jadi halia serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol. Bahan shogaol boleh bertindak sebagai ubat batuk.
2. Makan Nanas
Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
3. Minum Madu Asli
Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
4. Minum Yoghurt Atau Madu Kelulut
Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
5. Minum Air Limau Nipis Bersama Madu
Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau nipis tinggi bahan berkhasiat (neohesperidin) berbanding jus. Caranya adalah dengan tambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
6.Hidu Bawang Merah
Bawang Merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
7. Minum Air Kunyit
Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, ditambah air dan diminum.
8. Minum Air Kulit Kayu Manis
Rendam 1 atau 2 kulit kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis.
9. Kumur-kumur dengan air garam
Disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam.
Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by towfiqu-barbhuiya from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...