Bapa OKU Gigih Lindung Anak Dari Hujan, Buat Netizen Tersentuh

Share

Ayah,bapa,baba,abah atau apa jua gelaran lain yang dipanggil adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa mereka siapalah kita didunia ini. Mereka adalah sesosok badan yang sanggup berkorban apa saja untuk anaknya.

Baru-baru ini, tular di laman Tiktok tindakan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang melindungi anaknya daripada terkena hujan sebelum memasuki kereta. Video tersebut telah membuatkan ramai tersentuh.

Hantaran video itu dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @sitilatifahmutalib yang dipercayai isteri kepada lelaki tersebut, memaparkan tindakan suaminya dengan penuh kasih sayang melindungi anak mereka daripada kebasahan ditimpa hujan.

Video sayu tersebut lengkap dengan kapsyen yang ditulis ‘Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you’.

@sitilatifahmutalib Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you 😘 #CapCut #fyp #trending #masukberanda #suamiterhebatku🥰🥰🥰🥰 ♬ original sound – SITI LATIFAH

Di awal video, dapat dilihat si bapa melindungi kepala anaknya dengan memasukkan kepalanya ke dalam bajunya.

Kemudian, dia bersama anaknya berjalan bersama ke arah kereta dengan keadaan si bapa yang bertongkat pada ketika itu. MasyaAllah, benar kata orang; kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa jarang diperkata, namun nilainya tetap tiada tandingannya.

Si isteri yang merakamkan video tersebut turut mengatakan seandainya dia ditanyakan mengenai manusia paling baik di dunia semasa di akhirat kelak, dia ingin sekali menjawab manusia itu ialah suaminya sendiri.

Artikel Berkaitan: Hijabi Terkilan Tak Sempat Balas Jasa Arwah Ayah, Buat Netizen Sebak

Ramai yang mendoakan

Menjengah ke ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen tersentuh kerana walaupun si bapa mengalami kekurangan, dia tetap menggagahkan dirinya untuk anaknya itu. Ramai yang turut memuji tindakan tersebut serta mendoakan keluarga mereka.

“Sedangkan suami yg sihat walafiat belum tentu nak jaga anak begitu..asyik takde masa”

“Saya doakan akak & family sentiasa dalam lindungan Allah. rezeki yg melimpah ruah. bahagia till jannah”

“Semoga dimurahkan rezeki yang tidak putus2 untuk insan hebat ini.Aamiinn”

“Berair mata baca caption si Isteri. semoga ikatan kasih sayang sis Dan suami hingga ke syurga ya sis.aamiinn”

“Alhamdulillah…syukran Ya Allah ..cukup indah ciptaan MU melengkapi kekurangan …Masyallah….semoga bahagia kalian”

Setelah mendapat komen positif dan doa yang tidak putus daripada netizen, pemilik akaun tersebut juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih dan turut berharap doa yang dikirimkan berbalik kepada semua.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 545K tontonan, 69.7K tanda suka dengan 714 perkongsian dan 815 komen daripada netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Ibu Sanggup Hantar Naik Motor Redah Hujan Demi Saya’-Pengorbanan Ibu Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Sumber: Tiktok

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira