Ayah,bapa,baba,abah atau apa jua gelaran lain yang dipanggil adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa mereka siapalah kita didunia ini. Mereka adalah sesosok badan yang sanggup berkorban apa saja untuk anaknya.
Baru-baru ini, tular di laman Tiktok tindakan seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang melindungi anaknya daripada terkena hujan sebelum memasuki kereta. Video tersebut telah membuatkan ramai tersentuh.
Hantaran video itu dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @sitilatifahmutalib yang dipercayai isteri kepada lelaki tersebut, memaparkan tindakan suaminya dengan penuh kasih sayang melindungi anak mereka daripada kebasahan ditimpa hujan.
Video sayu tersebut lengkap dengan kapsyen yang ditulis ‘Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you’.
@sitilatifahmutalib Terima kasih suami selalu jaga anak dan isteri dengan baik. Love you 😘 #CapCut #fyp #trending #masukberanda #suamiterhebatku🥰🥰🥰🥰 ♬ original sound – SITI LATIFAH
Di awal video, dapat dilihat si bapa melindungi kepala anaknya dengan memasukkan kepalanya ke dalam bajunya.
Kemudian, dia bersama anaknya berjalan bersama ke arah kereta dengan keadaan si bapa yang bertongkat pada ketika itu. MasyaAllah, benar kata orang; kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa jarang diperkata, namun nilainya tetap tiada tandingannya.
Si isteri yang merakamkan video tersebut turut mengatakan seandainya dia ditanyakan mengenai manusia paling baik di dunia semasa di akhirat kelak, dia ingin sekali menjawab manusia itu ialah suaminya sendiri.
Artikel Berkaitan: Hijabi Terkilan Tak Sempat Balas Jasa Arwah Ayah, Buat Netizen Sebak
Ramai yang mendoakan
Menjengah ke ruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen tersentuh kerana walaupun si bapa mengalami kekurangan, dia tetap menggagahkan dirinya untuk anaknya itu. Ramai yang turut memuji tindakan tersebut serta mendoakan keluarga mereka.
“Sedangkan suami yg sihat walafiat belum tentu nak jaga anak begitu..asyik takde masa”
“Saya doakan akak & family sentiasa dalam lindungan Allah. rezeki yg melimpah ruah. bahagia till jannah”
“Semoga dimurahkan rezeki yang tidak putus2 untuk insan hebat ini.Aamiinn”
“Berair mata baca caption si Isteri. semoga ikatan kasih sayang sis Dan suami hingga ke syurga ya sis.aamiinn”
“Alhamdulillah…syukran Ya Allah ..cukup indah ciptaan MU melengkapi kekurangan …Masyallah….semoga bahagia kalian”
Setelah mendapat komen positif dan doa yang tidak putus daripada netizen, pemilik akaun tersebut juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih dan turut berharap doa yang dikirimkan berbalik kepada semua.
Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 545K tontonan, 69.7K tanda suka dengan 714 perkongsian dan 815 komen daripada netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Sanggup Hantar Naik Motor Redah Hujan Demi Saya’-Pengorbanan Ibu Lelaki Ini Buat Netizen Sebak
Sumber: Tiktok
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Stail Gaya Tudung Bawal DS Wan Azizah & YB Nurul Izzah Trend Ikutan Hijabi
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ramai dalam kalangan selebriti atau orang kenamaan yang gemar bertudung bawal sama ada dari fabrik cotton atau satin. Salah seorang darinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Nampak gaynyaa tudung bawal kembali bakal jadi pilihan untuk digayakan hijabi yang gemarkan tudung bawal. Dengan material fabrik yang ringan dan tidak panas serta menjadikan wajah nampak menarik untuk digayakan dan sangat ‘on point’.
View this post on InstagramA post shared by Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail (@drwanazizah) on Apr 25, 2019 at 9:37pm PDT
Beliau memang senang sekali menyarung bawal, terutama polos setiap kali dalam apa jua majlis dihadiri. Tanpa gaya berlebihan hanya disimpul sahaja di bahagian depan menjadikan stail hijabnya ringkas tetapi sangat menarik.
Bukan beliau sahaja meminati tudung bawal, anak kesayangannya, YB Nurul Izzah juga turut gemar menyarung bawal. Hijab yang sama tetapi suntikan moden menjadikan stail digayakan sangat eksklusif.
View this post on InstagramA post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on Nov 18, 2018 at 1:08am PST
Pernah ditanya katanya kenapa tidak beralih kepada selendang, penggayaan tudung bawal jadi pilihan kerana memudahkan setiap pergerakan dan tidak panas.
Artikel Berkaitan: 20 Tahun YB Nurul Izzah Setia Bertudung Bawal
Ayuh kita ikut tutorial gaya ibu dan anak ini yang digayakan oleh penyanyi popular Wany Hasrita yang juga gemar menggayakan tudung bawal.
View this post on InstagramA post shared by #TERLALUMEMUJA (@wanyhasrita) on Apr 27, 2019 at 6:02am PDT
GAYA DATIN SERI WAN AZIZAH
1. Pin bawah dagu dengan kerongsang dan kemaskan.
2. Lipat bahagian kiri dan kanan.
3. Pinkan pula bahagian tengah guna kerongsang. Boleh gunakan cincin besar untuk sedikit kelainan.
4. Simpul mati di bahagian hujung.
GAYA YB NURUL IZZAH
1. Kelepek satu sisi di tepi telinga.
2. Lakukan kemasan di bahagian dagu sisi yang satu lagi.
3. Pinkan pula bahagian tepi telinga.
4. Biarkan sebelah sisi bebas berjuntai.
SAKSIKAN VIDEO PENUH:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tarik Balik Jualan Tali Leher Sutera, Duck Hadiahkan Pada Frontliners Bukan Islam
Menerusi laman sosial Instagram, @theduckgroup memuat naik satu permohonan maaf kerana terlepas pandang material yang digunakan.untuk tali leher edisi hari bapa hasil kolaborasi bersama Marvel.
dUck yang merupakan jenama tudung terkemuka menarik balik penjualan tali leher edisi hari bapa setelah menerima kecaman netizen.
Hal ini kerana koleksi tali leher yang diperbuat daripada sutera itu menerima kritikan kerana lelaki Islam diharamkan daripada memakai material tersebut.
Amin Idris yang juga merupakan seorang pengacara merupakan seorang perunding latihan dan motivasi, penulis buku dan pengacara televisyen turut memberikan komen tentang isu ini.
Baru nak beli tie ni… serius smart. Sekali dapat tau 100% sutera. Adoooooiii frustnyaaa. Mungkin The Duck Group perlu lebih sensitif bab hukum sebab lelaki memang DIHARAMKAN pakai sutera
Daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:
إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki. (Riwayat Ahmad)
Dalam hadis lain, nabi bersabda:
أُحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها
“Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dari kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum laki-lakinya” (Riwayat An Nasa’i)
Malah lelaki bukan hanya dilarang menggunakan sutera, lelaki juga dilarang sengaja duduk di atas sutera. Dari Hudzaifah RA beliau berkata:
نَهَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ لُبْسِ الْحَرِيرِ وَالدِّيبَاجِ وَأَنْ نَجْلِسَ عَلَيْهِ
“Nabi SAW melarang kami memakai pakaian sutera dan dibaj (sutra yang bergambar), dan melarang kami duduk di atasnya” (Riwayat Bukhari).
Kesemua hadis larangan adalah haram pada teks & konteks dalil… Huhu… mohon tolong produce yang non-sutera
Menerusi laman sosial Instagram, @theduckgroup memuat naik satu permohonan maaf di atas kekhilafan mereka kerana terlepas pandang material yang digunakan.
Selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai, dUCk dilihat memberhentikan jualan tali leher tersebut di laman web rasminya. Malah, dUCk juga bakal lakukan pemulangan wang semula kepada pelanggan mereka dan bakal tali leher tersebut bakal diberikan sebagai hadiah kepada para frontliner yang bukan islam.
Kami ingin memohon maaf kerana terlepas pandang pemilihan material tali leher bagi koleksi Marvel X dUck dan telah menghentikan penjualannya dengan serta merta. Semua tempahan yang sudah dibayar akan dikembalikan,” tulis jenama tersebut sebagak kenyataan rasmi.
Untuk tali leher pula, kami akan menghadiahkannya kepada frontliners yang bukan beragama Islam supaya bapa-bapa mereka gembira menjelang hari bapa ini. Kami memohon maaf sekali lagi di atas kesilapan dari pihak kami ini.
Selain tali leher, koleksi Marvel X dUCk ini turut hadir dalam lima jenis rekaan tudung.
Berikut petikan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah tentang hukum memakai sutera bagi lelaki.
HUKUM MEMAKAI SUTERA BAGI LELAKI
Hukum memakai sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum wanita. Hal ini berdasarkan hadith nabi S.A.W:
أحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها
Maksudnya: “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya”. Riwayat al-Nasa’ie (5163)
Imam al-Syaukani menyatakan hadis ini merupakan dalil yang digunakan oleh jumhur ulama’ yang berpendapat bahawa sutera dan emas adalah haram bagi lelaki dan harus bagi wanita. (Rujuk: Nail al-Autar, 2/98).
Saidina ‘Ali bin Abi Thalib R.A menyatakan: “Nabi S.A.W pernah memberiku pakaian daripada sutera bergaris maka aku pun keluar mengenakannya. Ketika Rasulullah S.A.W melihatnya, tampaklah kemarahan di wajah baginda. Maka aku pun membahagikan pakaian sutera tersebut di antara wanita-wanitaku.” Riwayat al-Bukhari (5840)
Selain itu, para ulama’ menyatakan hikmah pengharaman sutera bagi lelaki kerana kerana Islam adalah agama jihad dan kekuatan. Maka Islam juga menjaga sifat kelelakian kaum lelaki daripada segala perkara yang menunjukkan kelemahan dan kelembutan. Sedangkan sutera itu sifatnya lembut dan melambangkan kewanitaan. Hal ini berbeza dengan wanita yang dihalalkan memakai sutera kerana Allah menciptakannya dengan sifat kelembutan yang sukakan kecantikan dan kewajipannya untuk berhias demi kesenangan suaminya. (Rujuk: Nihayah al-Muhtaj, 373-374).
Penggunaan Sutera Selain daripada Pakaian
Kita sedia maklum bahawa hukum pemakaian sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan harus bagi kaum wanita. Justeru, apakah hukum mengambil sutera sebagai alas untuk solat atau duduk dan sebagainya?
Hukum menggunakan sutera sebagai selimut, cadar atau alas untuk solat adalah seperti hukum memakai sutera iaitu diharamkan bagi lelaki dan diharuskan bagi wanita. Ini adalah pandangan jumhur ulama’ daripada mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanbali. (Rujuk: Umdah Al-Qari' Syarh Sahih Al-Bukhari, 22/13-14; Al-Iqna', 1/198, Kasysyaf al-Qina', 1/273).
Berkata Imam Hajar al-Asqalani dalam bab ‘mengambil sutera sebagai alas’: “Hukumnya (menjadikan sutera sebagai alas) adalah sama seperti hukum (memakai sutera) dari sudut pengharaman dan keharusan”. (Rujuk: Fath al-Bari, 10/291; Irsyad al-Sari, 8/440).
Berkata Imam Hajar al-Haitami: “Dan diharamkan bagi lelaki untuk menjadikan sutera sebagai pakaian, alas untuk duduk atau bersandar, alas untuk tidur dan segala jenis penggunaan”. (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, 3/20 dan Al-Iqna', 1/198). Hal ini bersandarkan hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Huzaifah:
نَهَانَا رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم عَن لبس الْحَرِير والديباج وَأَن نجلس عَلَيْهِ
Maksudnya: "Nabi S.A.W melarang kita daripada memakai sutera dan dibaj (sejenis sutera) serta duduk di atasnya."
Riwayat al-Bukhari (5837) dan Muslim (2067)
Berkata Imam al-Mawardi ketika menjawab pandangan daripada Abu Hanifah yang mengharuskan pemakaian sutera sebagai alas: “Pandangan ini adalah suatu pandangan yang bersalahan kerana keumuman hadis nabi S.A.W yang menyatakan “Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya”, oleh yang demikian mengambil sutera sebagai alas adalah suatu perkara yang berlebih-lebihan dalam mempamerkan kemewahan, justeru hukumnya lebih berat daripada hukum memakai sutera, maka lebih utama ia diharamkan”. (Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 2/478).
Justeru, diharamkan bagi kaum lelaki menggunakan sutera selain daripada pakaian seperti sejadah, selimut, cadar dan sebagainya. Hal ini berdasarkan keumuman hadis nabi S.A.W yang melarang pemakaian sutera bagi lelaki. Tambahan pula ia merupakan simbol kemegahan dan berlebih-lebihan dalam mempamerkan kemewahan.
Hukum Sembahyang Dengan Pakaian Sutera Meskipun diharamkan bagi lelaki untuk memakai pakaian sutera atau menjadikannya alas ketika solat, namun sekiranya dia solat dalam keadaan sedemikian solatnya itu tetap sah di sisi jumhur ulama’.
Berkata Imam Ibn al-Mulaqqin: “Diharamkan mengerjakan solat dengan mengenakan pakaian yang diperbuat daripada sutera, dan barangsiapa yang melakukan hal sedemikian, maka solatnya sah tetapi dia berdosa, dan ini adalah pendapat jumhur ulama’. Dan berkata Imam Syafie dan Abu Thaur: “Perbuatan (mengenakan pakaian sutera) ketika solat itu haram, tetapi solatnya sah”. (Rujuk: Al-Taudhih li Syarh al-Jami' al-Sahih, 5/353).
Berkata Imam Ibn Nujaim: “Dan sekiranya dia menutupi dirinya dengan pakaian daripada sutera dan menunaikan solat (dalam keadaan itu), maka solatnya sah tetapi dia menanggung dosa sama seperti hukum orang yang solat di tanah yang dirampas”. (Rujuk: Al-Bahr al-Raiq Syarh Kanz al-Daqaiq, 1/283).
Imam al-Rajihi ketika mengulas tentang hukum solat dengan mengenakan pakaian daripada sutera berkata: “hukum solatnya sah tetapi dia mendapat dosa, kerana kaedah fiqh menyebutkan, sekiranya larangan itu merujuk kepada zat (syarat dan rukun), maka hukumnya boleh membatalkan solat, namun sekiranya larangan itu merujuk kepada faktor luaran, maka hal tersebut tidak membatalkan solat. Seorang Muslim hanya dituntut untuk memastikan pakaian dan badannya bersih ketika solat”. Sekiranya dia memakai pakaian bernajis maka solatnya tidak sah, namun sekiranya dia bersolat memakai pakaian daripada sutera, maka solatnya sah tetapi berdosa kerana mengenakan pakaian yang diharamkan”. (Rujuk: Syarh Umdah al-Fiqh, 1/15)
KESIMPULAN:
Setelah meneliti perbahasan di atas, dapatlah kami simpulkan masalah ini kepada beberapa perkara:
Hukum memakai sutera adalah haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum perempuan selagi tidak melanggar batas syariat. Namun begitu, kaum lelaki diharuskan memakai sutera ketika dalam keadaan darurat seperti memakainya ketika tiada pakaian yang boleh menutupinya pada musim sejuk atau untuk tujuan perubatan (Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 4/437).
Hukum menggunakan sutera selain daripada pakaian samada di dalam solat seperti sejadah atau di luar solat seperti selimut, cadar, dan sebagainya ialah sama seperti hukum memakai sutera iaitu haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum perempuan.
Bagi lelaki yang memakai sutera atau menggunakannya sebagai alas untuk solat, dia menanggung dosa kerana melakukan perbuatan yang haram tetapi solatnya tetap sah di sisi jumhur ulama’. Hal ini kerana perkara tersebut tidak memberi apa-apa kesan dari sudut sah dan batalnya solat mengikut hukum syarak. Wallahu a’lam.
Kami juga ingin mengingatkan kaum lelaki supaya bertaqwa kepada Allah dalam urusan meninggalkan pakaian sutera. Sesungguhnya Allah menjanjikan kenikmatan di syurga yang lebih abadi bagi kaum lelaki yang meninggalkan larangan tersebut di dunia, sebagaimana firman Allah S.W.T:
عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا
Maksudnya: "Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal (yang bertekap), serta mereka dihiasi dengan gelang tangan daripada perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih dan suci."
(Surah al-Insan: 21)
Sumber kredit: Instagram The dUCk Group Instagram Amin Idris dan laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
FV Buka Talian Semula, Peluang Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan Untuk Barisan Hadapan
Sekali lagi inisiatif syarikat perniagaan atas talian FashionValet membuka jalan kepada orang ramai bersama menghulurkan bantuan kepada mangsa virus yang tular mahupun barisan hadapan yang bertungkus lumus menangani virus ini.
Usaha pertama kitafund berjaya, namun pertempuran belum berakhir. Kes Covid-19 di Malaysia semakin meningkat dan barisan hadapan memerlukan anda untuk membantu memerangi keadaan ini.
Bermula 9 Oktober baru sahaja perintah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalan kan di negeri Sabah dan di beberapa mukin di Klang, satu kejutan diumumkan PKPB akan dijalankan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrjaya bermula Rabu.
Kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun kes baharu dicatatkan kurang dari 100 setiap hari, ia mula menular secara berselerak di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta semua daerah di Selangor kecuali Sabak Bernam.
Usaha pertama kitafund untuk Dana Sokongan Covid-19 menunjukkan kejayaan besar! Semasa MCO, kempen bermula penggalangan dana untuk bekalan perubatan dan keluarga b40, dan kempen penggalangan dana kedua khusus untuk membuat dan mengedarkan pakaian PPE untuk barisan hadapan.
Kitafund berjaya mengumpulkan RM 1.47 juta hanya dalam seminggu untuk penggalangan dana pertama, dan sasaran RM307K melepasi untuk penggalangan dana kedua. Kemurahan hati dan kebaikan rakyat Malaysia amat luar biasa. Bukan hanya dari rakyat Malaysia tetapi dari negara jiran seperti Singapura, Brunei, Australia juga menyumbang untuk membantu negara kita!
Semua dana telah dikeluarkan sepenuhnya penerima manfaat setiap dana dan penggunaannya di semua negeri mendapat manfaat dan sumbangan lebih 196 kemudahan kesihatan di Malaysia. Untuk pakaian PPE, lebih daripada 140,000 pakaian telah dihantar.
Tetapi dengan peningkatan kes di kawasan yang terjejas teruk seperti Sabah dan Kedah. Barisan depan memerlukan pertolongan anda sekali lagi. Sasaran mengumpulkan RM500,000 melalui Kitafund untuk membantu sebanyak mungkin barisan hadapan, dalam usaha mereka menyelamatkan dan melindungi rakyat Malaysia. Dana yang dikumpulkan di sini akan digunakan untuk menggerakkan sukarelawan perubatan untuk membantu kemudahan kesihatan. Pastinya dana ini untuk peralatan perubatan dan am ke kemudahan kesihatan di seluruh negara terutama di kawasan zon merah yang kritikal.
Inisiatif ini dilakukan atas nama IMARET (IMAM Response & Relief Team) yang merupakan pasukan yang dikuasakan oleh Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) yang memberikan bantuan kemanusiaan sebagai tindak balas terhadap bencana alam atau buatan manusia serta program jangkauan kepada masyarakat yang terpinggir di wilayah yang tidak bencana, tempatan dan antarabangsa. Bagi menyokong barisan hadapan dan komuniti yang diperlukan yang terpengaruh oleh perintah kawalan pergerakan anda boleh melayari terus:
Web: http://bit.ly/IMARETCovid FB: IMAM Response & Relief Team – IMARET IG: imaret_my Persatuan Perubatan Islam Malaysia
Mari tunjukkan sokongan anda rakyat Malaysia! Bersama kita bantu kita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI