Bapa Muda Anak Lima Ini Kongsi Kos Bersalin Isterinya Di Perancis Percuma, Ketahui Apa Sebabnya

Share

Tinggal di tempat orang, pandai-pandailah menjaga diri. Tentunya semua tidak sama dengan negara sendiri. Namun demi kelangsungan hidup, kita perlu menghadapinya dengan tabah. Pendek kata segalanya berbeza berbanding dengan tanahair tercinta.

Bagi bapa muda kepada lima orang cahaya mata yang kini tinggal di bumi Perancis sejak 2013, telah banyak pengalaman yang dikutipnya. Lima orang anaknya dilahirkan di Perancis. Melalui posting di laman Instagramnya, bapa muda ini berkongsi info tentang tiadanya kos bersalin di Perancis pada ibu-ibu yang melahirkan.

Benarkah bersalin di Perancis percuma? Ramai hendak tahu mengapa bersalin di Perancis percuma. Mula-mula kita mesti faham mengapa percuma dan merangkumi apa. Percuma yang dimaksudkan ialah kita sebagai ibu yang bersalin, tetapi pada pihak hospital sudah tentu ada kos.

Nilai kos bersalin di Perancis adalah antara 300€ – 3000€ (1€ – RM 5), cuma kos ini adalah subsidi dari kerajaan Perancis. Kos ini terpakai pada semua hospital awam dan hampir semua hospital swasta.

Kos ini termasuklah rawatan susulan (follow up) dari pakar sakit puan, pakar bius, epidural, bilik bersalin, penginapan di hospital hingga 12 hari selepas bersalin. Sama ada secara normal atau pun pembedahan di hospital swasta mahupun di hospital awam.

Andai kata hendak guna televisyen, telefon atau ada permintaan untuk bilik khas dan lain-lain, itu caj atas kita sendiri. Tapi bilik yang disediakan pun selesa, rasanya tidak perlu minta naik taraf ke bilik lain.

Kenapa percuma ya? Kata mudah adalah kerana kita ada insuran kesihatan dan insuran ini wajib dan diberi kepada mereka yang menetap di Perancis dengan legal atau dengan visa. Selagi kita sah menetap di Perancis walaupun bukan warganegara, kita layak untuk dapat kebajikan ini.

Segala kebajikan sama ada elaun atau subsidi ini berada di bawah badan yang dipanggil sebagai “Sécurité Sociale-Social Security”. Di bawah “sécurité sociale” pula ada satu cabang yang dipanggil “Assurance Maladie-Health Insurance.”

Health insurance ini lah yang menampung pembiayaan untuk bersalin. Tapi kenapa percuma? Mungkin ramai yang fikir, banyak betul duit kerajaan. Mesti kita pun hendak Malaysia mengaplikasikan sistem begini, banyak lagi perlu diteliti. Belum lagi sesuai bagi pendapat saya kerana negara Perancis ini sendiri penuh dengan cukai. GST negara ini pun sudah 20%, income tax, pelbagai cukai dan caj ada.

Ini adalah antara hasil yang digunakan oleh kerajaan Perancis untuk memberi kebajikan kepada rakyatnya. Kita biasa dengar, negara yang hebat kebajikannya pasti cukainya tinggi dan pasti negara yang maju dan hebat mengurus sistem kewangan negara.

Jadi sebenarnya mereka yang menetap di Perancis akan ada cabaran:
1) Komitmen demi keterusan hidup seperti living kos keperluan asas.
2) Sumbangan kepada sistem cukai Perancis.

Cuma kesnya lain bagi mereka yang berstatus pelajar, banyak cukai terkecuali, tetapi masih layak untuk dapat semua kebajikan. Jadi apabila kita menyumbang kepada sistem percukaian mereka, kita berhak untuk dapat kebajikan dari mereka khususnya kesihatan dan pendidikan.

Perancis juga mengamalkan sistem pendidikan percuma. Konsepnya sama juga dengan sistem kesihatan, cuma pendidikan tidak berada di bawah security social, ianya memang direct dari kerajaan.

Macam mana sekali pun, kita perlu elak untuk menjadi golongan yang mengambil kesempatan atas sistem sebegini. Kita akan rasa layak setimpal dengan sumbangan kita kepada satu-satu negara.

Sumber kredit: Instagram Abuzar_Elfaransee Facebook Abuzar Elfaransee

Published by
Norhasliza