Banyak Risiko Boleh Terjadi Jika Terus Membasuh Miss V Dengan Air Garam!

Share

Ramai wanita yang mempunyai masalah apabila menghadapi kegatalan di sekitar kemaluan. Seperti anda tahu, kebaikan air garam banyak membantu jika anda mengalami sakit gigi. Adakah air garam dapat membantu dalam menghilangkan kegatalan pada Miss V anda?

Kegatalan pada alat sulit merupakan perkara biasa. Selalunya, kegatalan yang melampau juga disebabkan wanita itu tidak menjaga kebersihan diri sendiri atau mengalami jangkitan pada miss V. Sebelum mencuba sesuatu, anda perlu mengetahui risiko yang bakal berlaku. Ini untuk mengelakkan dari risiko baik dan buruk jika kita lakukannya.

Ramai yang menyangka air garam dapat membantu dalam kegatalan disebabkan oleh sifat antiseptik yang berada di dalam garam. Akan tetapi, dinasihatkan supaya untuk diagnos pada pakar terdahulu sebelum keadaan miss V

gatal lebih teruk. Selain itu, air garam juga akan menyebabkan kawasan intim anda menjadi kering dan gatal teruk.

Artikel Berkaitan: Kembalikan Keyakinan Zon-V, Jangan Abaikan 5 Langkah Ini. Pad Istimewa Sempena Hari Malaysia

Keburukan hilangkan gatal pada kemaluan wanita dengan air garam.

Kadang-kadang kita pasti terlupa tentang keburukan sesuatu perkara itu. Diingatkan supaya, bukan semua petua boleh dipaka guna. Oleh itu pastikan anda menggunakan air garam dengan lebih berhati-hati. Air garam boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih pedih. Sehingga boleh menyebabkan kulit vagina melecet dan gatal.

Penggunaan air garam pada Miss V juga akan menyebabkan keseimbangan PH di kawasan intim anda menjadi lebih kering. Oleh sebab itu, penggunaan air garam mungkin tidak berkesan untuk sesetengah wanita. Usah bimbang kerana ada cara penjagaan yang boleh dilakukan oleh anda di rumah.

Cara penjagaan vagina di rumah.

Cara yang paling mudah untuk anda menjaga miss V untuk bebas dari penyakit dan bersih adalah dengan membasuh menggunakan air biasa dan lap sehingga kering menggunakan tisu atau tuala yang bersih. Vagina tidak akan gatal-gatal dan sentiasa bersih jika anda menjaganya selalu.

Jangan ambil mudah jika menghadapi kesakitan atau kegatalan yang kerap pada vagina. Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai masalah seperti jangkitan yis atau vaginitis untuk rawatan selanjutnya. Dengan rawatan yang betul, masalah kegatalan, dan penyakit akan dapat diatasi dengan cepat.

Untuk pengetahuan anda, alat sulit wanita atau vagina mempunyai PH tersendiri. Jadi dengan PH tersendiri anda tidak perlu cuci vagina dengan menggunakan air garam, campuran herba, sabun tertentu. Takut vagina dijangkiti oleh penyakit lain dan menjadi lebih kering.

Artikel Berkaitan: Kenal Pasti 5 Tanda Ini Kalau Nak Tahu Vagina Sihat Atau Tidak. Salah Satunya Sakit Ketika Buang Air Kecil

Petua hilangkan gatal pada kemaluan

Antara petua gatal yang boleh dilakukan adalah:

  1. Dilarang untuk menggunakan semburan wangi atau bedak pada kawasan intim.
  2. Sewaktu haid, dinasihatkan untuk memakai tuala wanita dan elak menggunakan tampon ya!
  3. Kadar gula yang seimbang boleh mengelakkan kegatalan jadi ini merupakan salah satu petua buat mereka yang menghidap diabetes.
  4. Pastikan vagina dapat bernafas dengan baik. Pakai seluar dalam yang selesa dan tidak ketat! Kapas merupakan fabrik yang sesuai dipakai.
  5. Buat yang sudah berkahwin, amalkan seks yang selamat. Elakkan daripada jangkitan kelamin dan pakai perlindungan!

Akhir kata, jangan ambil mudah tentang kesihatan terutama sekali kesihatan dalaman dan alat sulit kerana ia akan mendatangkan kemudaratan pada diri anda pada masa akan datang. Jumpa dengan doktor jika anda rasa pelik atau sakit pada bahagian alat sulit.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.