Penggunaan garam sebagai perisa dalam masakan menjadi kemestian dan dianggap pelengkap sajian. Walau bagaimanapun tahap pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia agak tinggi iaitu pada kadar purata 7.9 gram atau 1.6 sudu teh sehari, melebihi saranan hanya lima gram sehari oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Berdasarkan kajian Malaysian Community Salt Study (MyCoSS) 2017/2018, kadar pengambilan rakyat negara ini tinggi dan ia boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar.
Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit tidak berjangkit (NCD) terutama hipertensi. Pengambilan garam berlebihan ini termasuklah garam tersembunyi dalam makanan terproses, bahan perisa dan makanan diawet serta makanan ringan.
Adakah anda sudah menukar jenis garam yang anda gunakan? Lebih 84 trace mineral ada dalam garam Himalaya. Garam laut Celtic pun ok. Antara pilihan yang lebih baik dari garam putih.
Warna merah jambu, warna garam Himalaya. Ada pottasium, magnesium dan calcium. Ini yang membuatkan warna jadi lain sikit. Rasa pun berbeza sangat dengan garam putih.
Garam laut pula, nampak warna macam kelabu sedikit. Ini sebenarnya garam yang asli. Garam yang mesti ada di rumah kita. Garam yang bukan sahaja sebagai penyedap makanan, tetapi juga memberi sedikit khasiat pada tubuh badan. Tiada bahan peluntur untuk menjadikannya warna putih bersih bersinar berkilau.
Perlu diketahui bahawa semakin tinggi garam diproses, semakin putih bersihlah warnanya.
Garam Himalaya bagus untuk menstabilkan elektrolit dalam badan supaya badan kekal bertenaga walaupun tidak makan satu hari.
Kalau tak sihat, atau cirit birit, masukkan garam asli seperti ini dalam botol air yang berisi air. Jadikan ia sebagai air minuman. Bertenaga sikit kita sebab kandungan mineral tinggi sangat dalam garam ini, tidak seperti garam putih.
Marilah kita tukar garam yang kita gunakan. Harga tinggi sikit sahaja berbanding garam biasa. Kita bukan makan sebab hendak sedap sahaja bukan? Paling penting nutrisi yang ada dalam setiap makanan yang diambil itu. Kita cuba sama-sama ya.
Sumber kredit: Doktor Mazliana Mazlan Berita Harian Online Top image: Photo by Kaboompics from Pexels
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.