Pada waktu ini, isu yang sedang tular di negara kita ialah mengenai seorang lelaki yang berusia 41 tahun yang sudah beristeri dua bernikah dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun. Apa yang lebih mengejutkan, perkahwinan itu berlaku tanpa sebarang paksaan dan bernikah dengan kerelaan hati pasangan itu sendiri atas dasar cinta.
Ramai yang menyuarakan bantahan mengenai perkara ini dan masyarakat menganggap lelaki tersebut mengahwininya kerana nafsu semata walaupun dia mendakwa bernikahnya dengan isteri ketiganya itu kerana ingin membantu kehidupannya yang daif itu. Pelakon popular, Sherry Ibrahim juga tidak ketinggalan turut menunjukkan rasa kesal dan marahnya terhadap perkara ini.
Sherry menganggap semua yang terjadi ini sangat tidak betul dan lelaki tersebut telah melampaui batas. Baginya, lelaki itu hanya menggunakan agama sebagai alasan atau ‘tiket’ untuk bernikah dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun.
Sememangnya rakyat Malaysia sangat terkesan dengan isu ini. Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik demi mengelakkan kekeliruan masyarakat dan pandangan sinis terhadap agama Islam.