Pada waktu ini, isu yang sedang tular di negara kita ialah mengenai seorang lelaki yang berusia 41 tahun yang sudah beristeri dua bernikah dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun. Apa yang lebih mengejutkan, perkahwinan itu berlaku tanpa sebarang paksaan dan bernikah dengan kerelaan hati pasangan itu sendiri atas dasar cinta.
Ramai yang menyuarakan bantahan mengenai perkara ini dan masyarakat menganggap lelaki tersebut mengahwininya kerana nafsu semata walaupun dia mendakwa bernikahnya dengan isteri ketiganya itu kerana ingin membantu kehidupannya yang daif itu. Pelakon popular, Sherry Ibrahim juga tidak ketinggalan turut menunjukkan rasa kesal dan marahnya terhadap perkara ini.
Ads
Menurutnya, banyak lagi cara untuk membantu budak itu dan bernikah bukanlah solusinya.
Ads
Sherry menganggap semua yang terjadi ini sangat tidak betul dan lelaki tersebut telah melampaui batas. Baginya, lelaki itu hanya menggunakan agama sebagai alasan atau ‘tiket’ untuk bernikah dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun.
Ads
Sementara itu, netizen dan para pengikut akaun instagram Sherry, @sherryibrahim turut menyokong pandangan dan luahan hatinya mengenai isu hangat ini.
Sememangnya rakyat Malaysia sangat terkesan dengan isu ini. Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik demi mengelakkan kekeliruan masyarakat dan pandangan sinis terhadap agama Islam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @sheikh_anon telah berkongsi sebuah kisah mengenai kematian seorang wanita yang hanya diketahui selepas 3 tahun. Paling meruntun jiwa, mayatnya ditemui sedang duduk di atas sofa menghadap TV yang masih ‘on’, tidak pernah ditutup selama 3 tahun dari saat kematiannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kejayaan demi kejayaan diraih jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memang begitu memberi inspirasi kepada semua orang. Namun segala kejayaan itu tidak datang bergolek. Malah mengakui beliau bukan dari kalangan keluarga senang. Namun dek kerana kerja kuat dan keazaman yang tinggi membolehkan beliau merasai kesenangan hasil penat lelahnya selama ini. Justeru, apabila mempunyai anak, Datuk Aliff Syukri tekad tidak mahu mengulangi perkara yang sama.
Menulis dalam status instagramnya, Datuk Aliff Syukri memberitahu anak-anak adalah segala-galanya untuknya. Merujuk kepada anak yang baru dilahirkan, Yusof Qardawi beliau memberitahu ketika zaman kecilnya ibu dan ayah tidak mampu membahagiakan dengan kesenangan.
Malah mereka hidup merembat dan apabila besar sedikit barulah merasai kesenangan. Ini adalah kerana faktor hidup susah ketika itu dan juga perceraian yang berlaku antara ibu dan ayahnya.
Beliau masih ingat ketika dia masih bayi, ibunya tidak mampu untuk membeli susu dan menggantikannya dengan air sirap sahaja. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa tidur beralaskan lantai sahaja tanpa adanya tilam atau katil..
Datuk Aliff Syukri juga turut memberitahu dia hanya dilahirkan di rumah sahaja bukan di hospital. Ini kerana ketiadaan duit untuk membawa ibunya ke sana dan juga faktor rumah yang jauh dari hospital.
Menyedari kesusahan lalu yang dialami olehnya ketika zaman kecil menyebabkan Datuk Aliff Syukri tidak mahu perkara yang sama berulang berlaku pada anak-anaknya.
Walaupun kisah pahit itu berlaku lebih 30 tahun dulu, namun kesan dan ingatannya masih sukar dipadamkan dari kotak memori beliau.
Jadi tiada salahnya jika anak keempatnya yang baru lahir dua minggu lalu diraikan dengan penuh kemewahan. Ini kerana beliau mampu memberikan lebih dari itu.
Lagipun tiada salahnya Datuk Aliff Syukri bermewah kepada zuriatnya sendiri kerana merekalah kelak bakal pewaris harta kekayaan yang dimiliki.
Bagaimanapun semoga Datuk Aliff Syukri tidak lupa diri dan sentiasa istiqomah dengan kurniaan rezeki dari Allah.
Netizen juga turut tersentuh dengan kisah silam kehidupannya ketika kecil dulu. Mereka turut mendoakan semoga keluarga beliau di rahmati Allah.
@arafahazhar Alhamdulillah. Smg keluarga dlm lindungan Allah selalu dato’
@riena5467 Setiap IBUBAPA inginkan bg kesenangan dan kemewahan pd ank2..tp bukan smua memiliki rezeki spt Dato @aliffsyukriterlajaklaris …syukur alhamdulillah dato diberi dan dilimpahi rezeki utk ank2…
@farahsahny9563 Sedihnye Bace kisah dato..comel Yusof ..semoga dato diberi kesihatan yg baik,diberi kekuatan dan kesabaran dan dirahmati oleh Allah s.w.t.amin
@zai_eton_husin Memberi inspirasi..moga trus success dan dikuat serta ditambahkan keimanan..
Peristiwa kematian adik Adam Rayqal berusia lima bulan yang dijumpai dalam peti sejuk memang begitu menyayat hati seluruh lapisan masyarakat. Rata-rata melahirkan simpati dan berharap agar kedua-dua ibu bapa mangsa reda dan tabah hadapi ujian Tuhan ini. Dalam perjalanan terakhir menuju kepada pencipta Abadi, ibu arwah Farrah Madihah tidak lepas merangkul anaknya sepanjang enam jam perjalanan ke kampung mereka di Kuala Terengganu.
Menurut kakak iparnya, Nadia Mohd Fauzi, Farrah tidak mahu menaiki ambulan kerana mahu memangku sendiri anaknya sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur hingga ke Kuala Terengganu. Farrah menaiki kereta sendiri dengan ditemani suaminya jam tiga dari Kuala Lumpur.
Malah menurut Nadia, sepanjang perjalanan itu rangkulan terakhir akan menjadi kenangan abadi buat Farrah Madihah memandangkan Adam merupakan anak pertama dia dan suami.
Semalam mayat adik Adam selamat dikebumikan di kampung keluarganya di Terengganu. Namun pesanan dari bapa Adam, buat ramai sebak dan pilu.
Ayah arwah Mohd Sufi Naief Mohd Fauzi yang kelihatan sedikit keletihan tetap tabah berhadapan dengan orang ramai yang sama-sama hadir di majlis pengebumian malam tadi.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut mencari anaknya yang sebelum itu dilaporkan hilang di rumah pengasuh di Kg Nakhoda, Batu Caves.
Dia berkata, pada mulanya mereka mengharapkan yang terbaik dalam pencarian Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayang padanya.
“Insya-Allah Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga,” beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai urusan pengebumian Adam Rayqal di Tanah Perkuburan Ladang Tok Pelam, di Kuala Terengganu malam tadi.
Dalam pada itu, ibu Adam Rayqal, Farrah Madihah Othman yang masih sugul juga gagal menahan sebak dan menangis apabila mendengar kata-kata suaminya yang mahu arwah menungguh mereka di syurga.
Suasana itu menyebabkan mereka yang hadir turut mengalirkan air mata. dalam pada itu, Mohd Sufi Naeif juga merayu agar orang ramai tidak menyebarkn gambar berkaitan mayat anaknya sebagai menghormati keluarga yang masih bersedih dengan kehilangan anak sulung ini.
Hijabista harap keduanya reda dan tabah. Yakin keduanya akan bertemu semula adik Adam Rayqal nanti di syurga.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.