Siapa tidak kenal selebriti Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta. Anak jati kelahiran Kedah itu dilihat sering menggunakan ‘populariti’ yang dimilikinya untuk memberi impak positif kepada orang sekeliling.
Malah, sejak memutuskan untuk bertudung, penampilan isteri kepasa aktor Zain Saidin ini sering menjadi inspirasi kepada wanita berhijab diluar sana.
Memetik laporan HIJABISTA ketika menemui figura berkenaan, Che Ta menegaskan tidak sukar untuk seseorang berubah ke arah yang lebih baik, namun perlu bijak mengutip dan menambah ilmu di dada serta sentiasa memperbaiki diri sendiri.
“Sekarang nak belajar agama banyak cara yang mudah. Follow
je ustaz yang boleh kita yakini dan kenal pasti ilmu agamanya. Dari situ kita akan lebih mempelajari ilmu agama secara mendalam dengan mereka ini.Artikel berkaitan: Kena Covid Sewaktu Hari Jadi, Che Ta Janji Sambut Lepas Aaisyah Kembali Sihat
“Macam sekarang saya akui ada follow mereka yang tidak bertudung. Tetapi bila kita like dan share orang tak pakai tudung, selama mana kita kongsi gambar itu kita akan tanggung dosa. Oleh sebab itu saya dah jarang like atau share gambar mereka yang tak berhijab,” ujarnya.
“Ia sebenarnya haram. Selama mana kita letak di Instagram kita, selama itulah kita kena tanggung dosa sebab kita menyebarkan gambar mereka yang tidak menutup aurat.
“Tambahan pula, sejak mengetahui perbuatan itu salah, saya terus berhenti berbuat demikian.
“Saya tak nak bila kita ada follower yang banyak di Instagram, tetapi tak kongsi benda yang bagus dan bermanfaat untuk orang lain,” katanya lagi.
“Malah kalau ada yang DM tanya berapa harga untuk review barang, saya bagi tahu balik kalau ada produk bagi je dan tidak akan kenakan sebarang caj. Kebanyakan mereka tidak ada bajet dan saya akan review produk mereka.
“Bukan maksudnya wajib promote, tapi bagi saya itu seperti tanggung jawab. Apa gunanya ada follower yang banyak tetapi tidak gunakan untuk menolong orang lain,” jelasnya lagi yang mempunyai follower seramai 5.1 juta di laman Instagram.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sumber: Instagram Rozita Che Wan & Facebook HIJABISTA
Artikel berkaitan: Trik Mata Nampak Bundar, Besar & Menawan Macam Che Ta, Ini Trik Solekan Mata Yang Boleh Dicuba
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.