‘Banyak Baca Buku & Bertanya Pada Orang…’- Neelofa Gementar Nantikan Saat Bersalin

Share

Umum pasti tak sabar rasanya menantikan detik kelahiran anak kepada pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan PU Hariz.

Akui gementar, Neelofa,33, memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusannya untuk bersalin kelak.

“Satu pengalaman yang berbeza. InsyaAllah untuk kelahiran nanti saya akan kongsi dengan semua dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Dekat dah dan bila-bila saja.

“Tidak dinafikan untuk melalui proses ini memang saya gementar. Dari segi persiapan kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku, bertanya pada orang. Barangan bayi alhamdulillah sudah siap,” jelasnya.

Tambah Neelofa, jika diizinkan Tuhan dia semestinya ingin bersalin secara normal.

“InsyaAllah kalau diberi rezeki memang nak bersalin normal.

“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami.

“Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Mengimbas kembali, Neelofa dan PU Hariz telah sah bergelar suami isteri pada 27 Mac tahun lalu.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

sumber: Media Hiburan

Published by
QIST