Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tentunya mereka berdepan dengan masalah ketika ingin berinteraksi dengan masyarakat yang normal. Maka sebab itulah kita perlu membantu golongan ini dalam melalui kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

Melalui satu perkongsian yang dipetik dari pdrmsia_official  memperlihatkan usaha seorang anggota Polis berpangkat Lans Koperal membantu seorang pengadu yang merupakan seorang OKU.

SYABAS LANS KOPERAL NABILAH BANTU PENGADU OKU BUAT LAPORAN POLIS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengutamakan masyarakat tanpa mengira status mahupun latar belakang demi memastikan khidmat layanan terbaik diberikan.

IKLAN

Syabas diucapkan buat Lans Koperal Nabilah Mohd Yusof dari Balai Polis Alor Setar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah atas usaha membantu seorang pengadu berstatus orang kurang upaya (OKU) yang mengalami cacat pendengaran dan pertuturan semasa membuat laporan di balai berkenaan.

IKLAN

Lans Koperal Nabilah telah menghubungi Jurubahasa Isyarat dari Persatuan Orang Pekak Kedah (POPKDA), Puan Suriati Mohd Shukor melalui panggilan video bagi menterjemah bahasa isyarat pengadu untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

IKLAN

Semoga usaha murni ini menjadi contoh tauladan buat warga PDRM yang lain demi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat kekal profesional dan berkualiti.

HIJABISTA: Semoga masyarakat normal seperti kita lebih peka dengan golongan OKU dan dapat membantu disaat-saat mereka memerlukan bantuan.  

Sumber video: pdrmsia_official

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI